TIP PAKAIAN KE PEJABAT.
SESETENGAH wanita lebih selesa menyarungkan busana warna gelap untuk ke pejabat. Pemilihan busana daripada kumpulan warna itu disifatkan mampu mencerminkan penampilan yang profesional dan korporat. Wajarkah pakaian warna gelap dipakai ke pejabat? Adakah pakaian rona terang bukan pilihan yang ideal? Merungkai persoalan tersebut ruangan RiakRias, kali ini mendapatkan pandangan perunding imej bebas, Malvin Shah yang juga pemilik butik Vintaj Bazar mengenai pemakaian ideal ke pejabat.
Menulis Email Yang Efektif Dan Bermaklumat
Email merupakan alat yang paling porpular dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan serta pelbagai jenis perniagaan Internet secara online. Telah diterangkan sebelum ini bagaimana email memainkan peranan paling berkesan untuk tujuan promosi. Email juga senang digunakan untuk tujuan pemasaran dan proses jual beli serta lebih dekat kepada pengguna atau pelayar web.
Cara mudah membuat kad nama
Kebiasaannya bertukar kad nama bukan perkara asing, Tidak perlulah kita pesan kad nama dengan seseorang atau kedai ketika kita memerlukan nama dengan segera. Buat dan cetak saja sendiri. Lebih cepat prosesnya. Selain itu, Anda boleh menambahkan identiti yang bersifat peribadi di kad nama anda agar kelihatan berbeza dan lebih cantik.
Anda tidak perlu perasian khusus yang harus didownload atau diinstal untuk membuat kad nama peribadi. Kita guna sahaja perisian yang sering kita guna untuk menaip, iaitu Microsoft Word.
PETUA AWET MUDA
MAKANAN/MINUMAN
- Jangan minum air bergas & air batu,
- Makan tepat pada waktu; jangan terlalu banyak,
makan malam sebelum maghrib!
-Ulaman segar; iaitu sayur -sayuran wajib diambil
-Minum Kopi asli; bukan kopi campuran yang banyak dipasaran sekarang!
Petua org dulu-dulu
MENGHILANGKAN KESAN JERAWAT...
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.
KOLEKSI PETUA DALAM PANTANG DAN KESEJAHTERAAN RUMAHTANGGA
Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah
Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.
Anak Suka Melawan, Bagaimana Mengatasi?
Bukan satu hal yang mudah untuk mendidik anak-anak sekiranya mereka melawan setiap arahan atau kata yang ibu bapa suarakan. Pasti ramai yang pening kepala memikirkan bagaimana untuk berdepan dengan situasi sebegitu dan mahu sikap kurang ajar ini berakhir secepat mungkin.
Bagaimana mengurus hutang?
UNTUK mencapai matlamat kewangan, kita sememangnya memerlukan wang. Namun, sekiranya kita mendapatkannya dengan cara senang iaitu melalui jalan mudah, selalunya pelbagai masalah akan timbul.
Hakikatnya, ia akan membawa padah apabila memiliki hutang yang banyak. Mana tidaknya, wang yang senang didapati itu diambil daripada transaksi kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman overderaf dari institusi kewangan dan bank atau pinjaman menerusi khidmat ah long.
Apa perlu anda lakukan jika HP hilang?
Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.
Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.
Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-
Temuduga Kerja : Apa Kunci Kejayaannya ?
Berdasarkan puluhan sesi mengendalikan temuduga semasa bertugas di industri korporat dan juga beberapa pengalaman rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, saya terlibat sebagai panel untuk menemuduga calon-calon yang punyai keputusan cemerlang seperti CGPA 3.5 ke atas, 'Mumtaz', 'First Class', 'Distinction' dan sebahagiannya mempunyai Ijazah Sarjana.
Awasi Tingkah laku Anak-anak
SILAPNYA sedikit saja, tetapi leteran diterima panjang berjela. Dirinya terasa kerdil dengan kemarahan anda yang menggila, sedangkan anda bagai raksasa mahu menelan mangsa.
Sebagai ibu bapa, renungkan kembali adakah anda pernah memarahi anak secara keterlaluan, walhal kesalahan anak cuma sekecil zarah.
Awas Penyangak2 Cyber!!!
Semakin maju tekonologi hari ini, semakin licik penjenayah. Yang pasti, mereka juga tidak ketinggalan melakukan jenayah siber.
PENGGUNA e-mel perlu sentiasa berhati-hati apabila menerima e-mel yang diragui.
TANPA diragui, Internet semakin penting dalam kehidupan hari ini. Ramai yang menggunakan Internet bukan sahaja untuk mencari maklumat tetapi juga untuk membeli-belah dan membuat transaksi perniagaan termasuk perbankan online.
Panduan Mengenali Lelaki Baik - Dr HM Tuah Iskandar
Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindak
betul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu. Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur. Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.
a) Kaedah Mudah dan Pantas Menulis Artikel
Ramai yang kata susah nak buat artikel apalagi yang berbahasa inggeris. Mungkin tentang bahasa inggeris tu aku tak dapat nak tolonglah sebab itu atas kehendak diri. Kalau rasa nak mahirkan kenalah belajar kerana aku sendiri masih ada kelemahan tentang tatabahasa untuk bahasa inggeris. Aku pun tidaklah terlalu mahir tetapi dapat jugaklah menambah pendapatan dengan artikel nih. Apa yang bakal aku kongsikan adalah salah satu kaedah yang mudah untuk menulis artikel.
3 langkah mengurus wang dengan bijak
Aku bukanlah seorang yang bijak dalam bidang perakaunan. Malah masa muda-muda dulu aku paling hampeh dengan subjek akaun. First time aku mula belajar bukak buku akaun masa amik subjek Kemahiran Hidup (KH) di form 2. Time tu jelah, lepas belajar timbang akaun, buka buku ini, buku itu, ada akaun beregulah..entah apa2 tah..last2 aku terus tak minat nak amik subjek akaun after PMR walaupun aku hebat bab2 math dan add math after aku merangkak ke peringkat SPM. (biasalah hebat ngapal formula)
|