TERJAH SEARCH :  
Email : my_terjah@yahoo.com

 
Login :    Username      Password      Masih belum menjadi ahli? Klik [Daftar]       Terlupa password? Klik [Minta Password]
TERJAH! Chat Room | TERJAH! Quran & Hadith | TERJAH! FAQ | TERJAH! Search | TERJAH! Kontek | TERJAH! Download | TERJAH! Lagu | TERJAH! Foto | TERJAH! Web Link | Hantar Artikal | Hantar Link | Hantar ke TERJAH! Foto | Hantar ke Terjah EXTRA! | Arkib Artikal Lama
View Thread
terjah :: SEMBANG UTAMA :: Terjah Agama dan Falsafah
 Print Thread
HADITH SEBAGAI SUMBER ISLAM
manKip
#1 Print Post
Posted on 30-09-2009 05:02
User Avatar

Veteran Member


Posts: 734
Joined: 09.10.08

Sajo den buka thread ni, pasal kat sini ado ramai pendokong2 anti hadith. Jadi baguih jugak kito bincang secara jantanman Smile dan terbuko. Mana tau kalo ado lagi ilmu yg power2 akan mencelah

PENOLAKAN HADITH OLEH BEBERAPA PUAK DAN INDIVIDU:

Bagi puak anti hadith mereka telah menolak Hadis sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam berdasarkan faktor-faktor berikut:
1 . Pembukuan kitab-kitab al-Hadis, terutama enam buah buku al-Hadis (Sunan al-Sittah), dibuat pada akhir abad kedua dan permulaan abad ketiga Islam, iaitu di antara 200 dengan 300 tahun setelah Rasulullah s.a.w. wafat.

2 . Pembukuan ini pula tidak dibuat lebih awal, khasnya dalam pemerintahan al-Khulafa' al-Rasyidin.

3 . Kewujudan al-Hadis menimbulkan pertelagahan politik, faham kepuakan, anti-intelektualisme, kebekuan dan opurtunis politik.

Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah

i. Anti Hadith telah menafikan kewujudan Hadis pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman sebelum pembukuan Hadis. Ini adalah dakwaan yang tidak benar, kerana Hadis Rasulullah s.a.w. telah wujud bersama turunnya wahyu (al-Quran). Perkara ini telah termaktub di dalam kitab-kitab tarikh (sejarah) karangan ulamak Islam silam seperti kitab Tabaqaat Ibnu Sa'd, Sirah Ibnu Hisyam dan lain-lain. Di dalamnya tidak terlepas dari menyebutkan bagaimana keadaan mula turun wahyu.

Begitu juga yang tertulis di dalam kitab-kitab tafsir seperti Tafsir al-Qurthubi, Tafsir al-Thabari, Tafsir Ibnu Kathir dll. Di dalamnya terdapat penjelasan mengenai ayat pertama mula diturunkan dan sebab turunnya. Di dalamnya juga disertakan penjelasan bagaimana Rasulullah s.a.w. mendidik para sahabatnya menghayati Islam dan menyebarkan Islam.

Di atas semua itu adalah bukti wujudnya Hadis pada zaman Rasulullah s.a.w. Adalah suatu perkara yang mustahil para penulis kitab tarikh, tafsir dan ahli hadis telah beramai-ramai bersepakat untuk melakukan pendustaan.

ii. Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. pada zaman baginda memang diakui tidak dibukukan. Walaupun begitu Sunnah atau Hadis Nabi s.a.w. tetap:
a. Diamalkan oleh umat Islam pada zaman tersebut,
b. Dibolehkan menulis hadis-hadis nabi.
c. Terpelihara dan tersimpan dengan baik di kalangan para sahabat dan umat Islam.
d. Terdapat sahifah (lembaran-lembaran) yang ditulis oleh para sahabat yang mengandungi hadis Rasulullah s.a.w.

Mengenai tulis-menulis hadis memang telah wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. Terdapat tiga peringkat, iaitu:

Peringkat pertama: Rasulullah s.a.w. menegah penulisan Hadis kerana dikhuatiri akan bercampur-baur dengan al-Quran.

Peringkat kedua: Rasulullah s.a.w. memberi keizinan khas kepada Abdullah bin Amr yang telah menulis hadis semasa hayat Baginda.

Peringkat ketiga: Pada tahun kemenangan kaum muslimin ke atas kota Mekah (Fath Makkah), Baginda telah memberi kebenaran am kepada para sahabat untuk menulis Hadis.

iii. Anti Hadith mendakwa bahawa Hadis-hadis telah mewujudkan faham kepuakan. Ini adalah dakwaan yang dusta. Kerana Hadis-hadis yang mendokong faham kepuakan adalah terdiri dari hadis-hadis palsu (maudhu'Wink yang ditolak oleh umat Islam.

iv. Hadis bukanlah penyebab kemunduran dan kebekuan umat Islam sebagaimana yang didakwa. Kemunduran umat Islam yang berlaku sekarang adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain antaranya ialah:
a . Kejahilan
b . Kehilangan budi pekerti
c . Kerosakan moral para pemimpinnya.
d . Tidak menghayati ajaran Islam sebenarnya yang menyebabkan mereka menjadi jumud (beku).
e . Bersikap penakut, pengecut dan kedekut untuk berkorban kerana Islam

Contoh kesesatan: Buku- Hadis: Satu Penilaian Semula dan Sembahyang Lima Waktu

Di dalam buku ini Kasim Ahmad yang mewakili Golongan Anti Hadis mengatakan bahawa sembahyang lima waktu dengan segala perinciannya telah diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s.

Malah Rashad Khalifa yang menjadi ikutan Golongan Anti Hadis telah mengatakan bahawa Abu Jahal dan lain-lain Arab Jahiliyah telah mengerjakan sembahyang lima waktu.

Dengan ini, mereka menafikan sembahyang lima waktu itu telah difardukan semasa Israk dan Mi'raj.

Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Pendapat mengenai sembahyang lima waktu itu diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s. adalah sesat dan ditolak oleh Islam. Kerana kewajipan sembahyang lima waktu telah difardhukan pada malam Isra' dan Mi'raj. Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri, para sahabat, tabi'in dan para ahli sejarah.

Manakala perincian tentang sembahyang pula, seperti niat, takiratul ihram, rukuk, sujud dll, tidak diterangkan oleh al-Quran. Perincian mengenainya tidak boleh didapati di mana-mana buku atau kitab melainkan di dalam Hadis-hadis Rasulullah sahaja.

(Sumber: Abdul Halim El-Muhammady, Islam dan al-Hadith: Satu analisis ke atas usaha-usaha merosakkan peribadi dan autoriti Rasulullah s.a.w.)


Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini:


Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN
1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.
2. Menolak dua kalimah Syahadah.
3. Menolak Qada’ dan Qadar
4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.
5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam
6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL
1985

TEMPAT BERKEMBANG
Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN
Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:
1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996
2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46
3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78
4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3
(Sumber: <http://www.islam.gov.my/sesat/BM/Ahadis.html>Wink

Penutup
Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

APO PENDAPAT KELIAN?

SILOKAN----

[b]DESIGN & PRINTING:
www.nicebookcover...
 
www.nicebookcover.webs.com
Tok Syam
#2 Print Post
Posted on 30-09-2009 06:44
User Avatar

Moderator


Posts: 1343
Joined: 27.05.09

Apa yg.penting ialah memahamkan umat tentang peranan hadith dan
konsep ajaran serta penyampaian.

Alquran merupakan sebuah kitab yg.mengisahkan bermacam
sejarah silam untuk pengetahuan nabi Muhammad saw.Dengan
wahyu itu nabi mengetahui hal sebenar dan dapat membentuk
kaedah perjuangan membawa misi agama Allah untuk kaumnya.

Alquran menerangkan pelbagai kejahilan manusia tentang Allah,
tentang hukum,cara hidup dan cara beramal.

Dengan penerangan Alquran semata mata umat manusia tidak
faham kaedah sebenar untuk perlaksanaan.Dengan itu,...nabi
mengajar dan menerangkan hal2 yg.dipersoalkan hingga jelas.

Alquran turun beransur-ansur dan bukan dlm jangka singkat.Nabi
juga beribadah setelah perintah turun.Sebelum itu,...apakah bentuk
amalan umat dibawah pimpinan nya.

Soal ibadah telah jelas dalam alquran,..ianya bermula sejak ibrahim
as.Seperti korban,haji,shaie.Seterusnya nabi2 yg.berikut juga
membawa konsep2 amal yg.akhirnya disempurnakan oleh
nabi Muhammad saw.....sebagaimana dimaksudkan Islam telah
sempurna pada wahyu terakhir.
 
Tok Syam
#3 Print Post
Posted on 30-09-2009 07:01
User Avatar

Moderator


Posts: 1343
Joined: 27.05.09

Hadith dituliskan berdasarkan beberapa cara.Pertama apa yg.jelas
datang dari ahli terdekat seperti sahabat,isteri baginda.

Yang kedua adalah dari pihak yg.hanya mendengar dari orang yg.
dipercayai.Seterusnya kisah2 yg.bersangkutan apa saja mengenai
nabi dikumpulkan.

Kisah menyatakan....terdapat beribu hadith dan setelah ditapis
hanya tinggal beberapa ratus sahaja.Kebanyakan dari pengumpulan
muslim dan bukahari.

Maka...sebagai umat Islam,...mempercayai wujudnya catitan itu
adalah termasuk rukun iman.Namun kaedah beriman dengan hadith
dan Alquran mempunyai jalan yg.berbeda.

Sebab apa berbeda...mari bahaskan.
 
sog247
#4 Print Post
Posted on 30-09-2009 17:26
User Avatar

Veteran Member


Posts: 744
Joined: 16.09.09

Bro,
Hadis tu adalah fitnah musuh Agama Allah dan mereka2 yg berpegang selain dari kitab Allah, maka Allah tidak redha keatas mereka. Sy akan bongkarkan kebathilan hadis yg telah menggunakan nama nabi saya melalui kitab Allah. Anda akan terima kebenaran Allah kerana kebenaran hanya dtg dari Allah. Saya akan berjuang mempertahan nabi muhammad yg membawa al-quran sebagai petunjuk dan bukan selainnya. Sanggup mereka mempersekutukan nabi saya dgn Allah tanpa alasan yg benar.
Sila baca surah Al-Isra' dimana Allah menceritakan perjalanan hamba dari masjidil aqsa ke masjidil haram. Golongan munafik mengatakan bhw nabi muhammad yg diperjalankan, akan tetapi Allah hanya mengatakan hamba Allah dan bukan merujuk kpd nabi muhammad. Buktinya, masjidil aqsa hanya dibina selepas kewafatan nabi muhammad di zaman pemerintah saidina umar. Dan perintah 5 waktu solat itu terdpt didlm al-quran, jadi mengapa pula nabi hendak di mikrajkan jika perintah itu telah diwahyukan. Awak hendak tuduh Allah penipu ke atau nabi muhammad berbohong?
Islam itu milik Allah dan sesiapa yg beriman dgn kitab Allah merekalah yg diberi petunjuk. Allah didlm Al-quran menyatakan "jika kamu mengambil sesuatu selain al-quran, Allah tidak akan menerimanya." Jadi, sekarang, perintah Allah yg jelas pun awak nak langgar dan kemudian mengaku awak dlm agama Allah. Binasalah mereka2 yg mengada2kan terhdp Allah sesuatu yg tiada kebenarannya.
 
perasaAsli
#5 Print Post
Posted on 30-09-2009 18:13
Member


Posts: 168
Joined: 22.10.08

elo bro sog;

x kan hadith soheh pun anta rejek---
bagi contoh hadith soheh yg anda katakan batil dan menggunakan nama nabi tu,..Sad
 
sog247
#6 Print Post
Posted on 30-09-2009 18:37
User Avatar

Veteran Member


Posts: 744
Joined: 16.09.09

Bro perasaAsli,

Apa kata bro dtgkan hadis yg bro kata sahih tu dan kita bahaskan dan kita timbang dgn neraca Allah iaitu al-quran? Cmner kalu hadis yg dikatakan sahih tu xde nilai pon disisi Allah, mahukah bro beriman kpd Allah?
Buat masa ini sy bg satu contoh: Didlm al-quran, Allah menamakan nabi Isa dgn Al-masih dan tiada disebut ttg dajjal. Di dlm hadis disebut bhw dajjal itu dikenali sebagai al-masih dajjal. Jadi, apabila nabi Isa turun, adakah bro ucap selawat dan salam sejahtera kpd nabi Isa atau saudara anggap nabi isa itu sebagai dajjal? Adakah saudara akan bersama nabi Isa atau menjadi musuhnya? Kerana org2 munafik itu mengenal rupa nabi isa dan mereka2 hadis yg akan menyesatkan manusia kelak. Dan hadis ini dikatakan dari nabi muhammad yg mana nabi hanya ditugas menyampaikan al-quran shj.
 
manKip
#7 Print Post
Posted on 30-09-2009 20:40
User Avatar

Veteran Member


Posts: 734
Joined: 09.10.08

Di dlm hadis disebut bhw dajjal itu dikenali sebagai al-masih dajjal.

silo kemuka hadith longkap, berserto perawi nyo, status hadith... den nak tahu gak ni

tq
[b]DESIGN & PRINTING:
www.nicebookcover...
 
www.nicebookcover.webs.com
sog247
#8 Print Post
Posted on 30-09-2009 20:51
User Avatar

Veteran Member


Posts: 744
Joined: 16.09.09

Bro manKip,

Siap ada doa elakkan fitnah dajjal lagi. Nanti saya balik amik buku hadis tu.

Diorg kata perintah 5 waktu solat tu cuma ada pada hadis semasa nabi mikraj. Bukankah solat 5 waktu tu Allah dah jelaskan di dlm al-quran? Jadi knp lak nabi nak mikraj baru dpt perintah solat? Dan perintah solat 5 waktu di dlm hadis itu jelas bercanggah dgn perintah Allah? Diorg nak suh kita ikut hadis ke ikut perintah Allah? Tiada jln tgh kat sini. Samada ikut perintah Allah atau ikut perintah manusia (syaitan). Ni bukan hadis yg dikatakan sahih, apa bendenya?
Lu pikir la sendri.
 
kaki terjah
#9 Print Post
Posted on 30-09-2009 21:11
User Avatar

Admin


Posts: 775
Joined: 10.11.08

Diorg kata perintah 5 waktu solat tu cuma ada pada hadis semasa nabi mikraj. Bukankah solat 5 waktu tu Allah dah jelaskan di dlm al-quran?

hadith dan quaran kata solat 5 waktu... what difference? apa salah kita ambil dua2--- abis cerita
''Dan barang siapa mengambil Allah , Rasulnya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut [agama] Allah, itulah yang pasti menang ''
AL MAA-IDAH ... ayat 56

Allah befirman yang bermaksud : “Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk hanya kepada Allah”. (Al-Maidah : 55).
 
sog247
#10 Print Post
Posted on 30-09-2009 21:19
User Avatar

Veteran Member


Posts: 744
Joined: 16.09.09

Bro kaki terjah,

Beramal dgn ilmu bukan dgn mengikut mem**** buta. Sori, sian ****. Sebab itu lah manusia yg ikut hadis langgar perintah Allah sebab Allah suh solat fajar tetapi manusia ikut hadis dia solat subuh. Cuba cari dlm al-quran ada sebut ttg solat subuh.

"Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan [dirikanlah pula shalat] fajar. Sesungguhnya shalat fajar itu disaksikan." Al Isra 78

Bahkan Allah terangkan maksud fajar tu lg.
.. dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai [datang] malam. Al Baqarah
Fajar tu maksudnya pagi la. Dah terang hari atau org sebut terbit fajar. So, sekarang sapa yg langgar perintah Allah? Sapa yg sesat?
Lu pikir la sendri.

 
kaki terjah
#11 Print Post
Posted on 30-09-2009 21:36
User Avatar

Admin


Posts: 775
Joined: 10.11.08

sila sesiapa disini yg arif jawab persoalan pelik en sog kite ni--- Smile
''Dan barang siapa mengambil Allah , Rasulnya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut [agama] Allah, itulah yang pasti menang ''
AL MAA-IDAH ... ayat 56

Allah befirman yang bermaksud : “Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk hanya kepada Allah”. (Al-Maidah : 55).
 
manKip
#12 Print Post
Posted on 30-09-2009 22:10
User Avatar

Veteran Member


Posts: 734
Joined: 09.10.08

sog247 wrote:
Bro kaki terjah,

Beramal dgn ilmu bukan dgn mengikut mem**** buta. Sori, sian ****. Sebab itu lah manusia yg ikut hadis langgar perintah Allah sebab Allah suh solat fajar tetapi manusia ikut hadis dia solat subuh. Cuba cari dlm al-quran ada sebut ttg solat subuh.

"Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan [dirikanlah pula shalat] fajar. Sesungguhnya shalat fajar itu disaksikan." Al Isra 78

Bahkan Allah terangkan maksud fajar tu lg.
.. dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai [datang] malam. Al Baqarah
Fajar tu maksudnya pagi la. Dah terang hari atau org sebut terbit fajar. So, sekarang sapa yg langgar perintah Allah? Sapa yg sesat?
Lu pikir la sendri.



makoii aiii, dasat nye ko mentafsir quran--- den pun nak tafsir gak lak... otak kita ni kan power

Nak tahu tak pukul berapo fajar itu? iatu jelas benang hitam dengan benng putih tu (seperti dalam Quran). bagi den laaa , mato den terang agi, dalam pukul 4&5pagi, den leh nampak beza bonang hitam ngan yg putih. Mano2 mato kelabu, mungkin pukul 7pagi 8pagi nampak lah bezo nye. Mana yg rabun warna nak mampos, mugkin pukul 12 tengah ari baru nampak beza benang tu, jadi pukul 12 tongah ari la dio solat subuh.

dan ko lak leh nampak beza warna benang tu kul bapo? kalo anti hadith selalu solat subuh kul 9pagi... semuonyo mato buto2...

pendek kato, kalo ado 1000 org, 1000 org lah yg mentafsir ayat quran berbeza2 tontang istilah fajar tu.

abis nak buat camno ni? tafsir sapo nak ikut?

Kito kombali ikut tafsiran nabi muhammmad, bagindo solat subuh dari waktu imsak sampai terbit mentari, itu lah tafsiran fajar bagi bagindo nabi. mako sohabt2 semua ikut, solat fajar/subuh waktu tu.. sampai la ke ari ni...

Tibo2 ari ni, di akhir zaman ni, ado lak anti hadith kato, dio dah tafsir quran, solat fajar/subuh kul 9pagi.. gilo ko apo?

otak ado, fikir laaa

Angry
[b]DESIGN & PRINTING:
www.nicebookcover...
 
www.nicebookcover.webs.com
sog247
#13 Print Post
Posted on 30-09-2009 22:18
User Avatar

Veteran Member


Posts: 744
Joined: 16.09.09

Bro manKip,

Ada sy tafsir ke? Itu terjemahan la, sapa kata sy tafsir?
Kalu dh x baca al-quran, sy x dpt nak wat aper la. Tp jgn ckp sy x sampaikan lak.

Sesungguhnya agama [yang diridhai] di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab [3] kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian [yang ada] di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. (19) Kemudian jika mereka mendebat kamu [tentang kebenaran Islam], maka katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan [demikian pula] orang-orang yang mengikutiku". Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi: [4] "Apakah kamu [mau] masuk Islam?" Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan [ayat-ayat Allah]. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (20)
 
manKip
#14 Print Post
Posted on 30-09-2009 22:23
User Avatar

Veteran Member


Posts: 734
Joined: 09.10.08

Ada sy tafsir ke? Itu terjemahan la, sapa kata sy tafsir?
Kalu dh x baca al-quran, sy x dpt nak wat aper la. Tp jgn ckp sy x sampaikan lak.


maap la kalo tersilap istilah;.. Smile
jadi silo ko tafsirkan/terjemahan apo maksud fajar dan maksud jelas benang hitam dan putih.. agak2 pukul berapo tu?

Pukul berapo ko solat subuh?
[b]DESIGN & PRINTING:
www.nicebookcover...
 
www.nicebookcover.webs.com
sog247
#15 Print Post
Posted on 30-09-2009 22:46
User Avatar

Veteran Member


Posts: 744
Joined: 16.09.09

Bro manKip,

Tu mudah jer, bro bgn pagi2, bro tgk langit tu. Benang hitam tu benang mlm dan benang putih tu benang siang. Biasanya lebih kurang waktu syuruk. Dan waktu solat ni pjg sampai waktu solat zuhr. Jadi ini bermakna kita solat semua waktu dgn x terkecuali waktu pagi. Suboh tu tidak dikira pagi sebab masih gelap. Di dlm al-quran, Allah sebut di beberapa ayat ttg subuh ttp bila merujuk pd solat, Allah sebut solat fajr dan tidak subuh. Ini bermakna terdpt perbezaan antara suboh dan fajr.
Sy x solat subuh, sy solat fajr 4 rakaat, jadi dlm sehari sy solat 19 rakaat. Dan hujjah sy adalah:

(29) Di atasnya ada sembilan belas [malaikat penjaga]. (30) Dan tiada Kami jadikan penjaga neraka itu melainkan dari malaikat; dan tidaklah Kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cobaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi Al Kitab menjadi yakin dan supaya orang yang beriman bertambah imannya dan supaya orang-orang yang diberi Al-Kitab dan orang-orang mu’min itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir [mengatakan]: "Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai suatu perumpamaan?" Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan tidak ada yang mengetahui tentara Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia. (31) Sekali-kali tidak [2], demi bulan, (32) dan malam ketika telah berlalu, (33) dan subuh apabila mulai terang. (34) Sesungguhnya Saqar itu adalah salah satu bencana yang amat besar, (35) sebagai ancaman bagi manusia. (36) [yaitu] bagi siapa di antaramu yang berkehendak akan maju atau mundur [3]. (37) Tiap-tiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya, (38) kecuali golongan kanan, (39) berada di dalam surga, mereka tanya menanya, (40) tentang [keadaan] orang-orang yang berdosa, (41) "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar [neraka]?" (42) Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat, (43) Al Mudatthir
 
Tok Syam
#16 Print Post
Posted on 30-09-2009 22:56
User Avatar

Moderator


Posts: 1343
Joined: 27.05.09

An Nisaa`[59]
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (KitaCool Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

[61]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.


Apa yg.boleh kita fahami dari tafsiran ayat diatas.Keterangan ini
ada membuktikan tentang 2 punca untuk dijadikan pedoman
manusia.

Pertama pokok segala punca ilmu adalah quran.Kedua apa2 yg.
diajarkan kan nabi melalui kata nasihat & contoh perbuatan.
 
manKip
#17 Print Post
Posted on 30-09-2009 22:57
User Avatar

Veteran Member


Posts: 734
Joined: 09.10.08

Tu mudah jer, bro bgn pagi2, bro tgk langit tu. Benang hitam tu benang mlm dan benang putih tu benang siang.
mmla pulak-- camtu ko tafsiran benag putih dan itam tu, lalu lu solat 19 rakat dan x solat subuh---

den nak tfsirkan lah, benag putih dan itam tu lah x?
benang itam tu kaki gunung dan benang putih tu awan.. jadi den solat subuh bilo terbit mentari... kawan den lak tafsir, dio kato bonong itam tu burung2 pagi, bonang putih, caahayo matahari... jadi dio solat subuh pado kul 11 pagi..

poning kopalo den, tafsir sapo nak ikut ni? tafsir den ko, tafsir kawan den ko, tafsir ko ke?

polik lak den ni, napo den x ikut yo tafsir nabi muhmammad pasal dio utusan allah--- weeeee.. bodoh nyo den ni...

note: sog, mu kembali lah pado islam dan mengucap dua kalimah syahadat-- nasihat iklas den
[b]DESIGN & PRINTING:
www.nicebookcover...
 
www.nicebookcover.webs.com
Tok Syam
#18 Print Post
Posted on 30-09-2009 23:15
User Avatar

Moderator


Posts: 1343
Joined: 27.05.09


An Nuur[48]
Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).
[49]
Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya).
[50]
(Mengapa mereka bersikap demikian), adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur), atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman), ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan RasulNya akan berlaku zalim kepada mereka? (Allah dan RasulNya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran mereka).
[51]
Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.
[52]
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.
[53]
Dan mereka (yang munafik) bersumpah dengan nama Allah, dengan sebebar-benar sumpahnya: bahawa jika engkau (wahai Muhammad) perintahkan mereka (keluar berjihad), tentulah mereka akan keluar. Katakanlah: " Janganlah kamu bersumpah, (taat kamu itu) taat yang terkenal (dustanya). Sesungguhnya Allah Amat Mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan".
[54]
Katakanlah lagi (kepada mereka): " Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata".
[55]
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.


Keadaan umat dizaman bersama nabi mereka dapat berurusan
terus dan bertanyakan hal2 yg.dimuskilkan.

Umat yg.terdapat dizaman ini hanya dapat mengetahui melalui
catitan yg.ditulis oleh orang yg.dipercayai.

Walaupun hadith tidak ada jaminan Allah dalam memelihara
ketulinan ajarannya,..namun terdapat beberapa kaedah yg.boleh
diputuskan untuk beriman dengan ilmu hadith.

Jika kita mengatakan hadith adalah tulisan manusia yg.tak
dijamin...demikian juga ayat2 alquran adalah hasil pengumpulan
manusia sesudah wafatnya baginda saw.

Dalam hadith juga terbahagi beberapa ilmu seperti fiqh,tasawuf,
adab dan lain2.Dalam urusan hadith juga telah dibenarkan kepada
ahli ilmu untuk menyesuaikan keadaan dan kefahaman mengikut
keadaan zaman atas2 hal2 yg.diharuskan.
 
Tok Syam
#19 Print Post
Posted on 30-09-2009 23:22
User Avatar

Moderator


Posts: 1343
Joined: 27.05.09

Al Maaidah[48]
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli KitaCool itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

Faatir[32]
Kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).


 
sog247
#20 Print Post
Posted on 30-09-2009 23:50
User Avatar

Veteran Member


Posts: 744
Joined: 16.09.09

Bro,
Tadi ckp sy yg tafsir ayat2 Allah. Kan sy kata sy cuma baca terjemahan. Ni yg bro hantar ayat2 ni, kenapa bila sebut rasul je, bro tambah dgn wahai muhammad. Padahal Allah x nyatakan ayat ni merujuk kpd nabi muhammad. Lagi satu, knp Allah sebut rasul je, tapi bro tambah lak sunnah rasullullah.
Bro, lu perhatikan di dlm al-quran. Allah ada guna perkataan sunnah ni, dan di sebelah perkataan sunnah tu diletakkan Allah. Jadi didlm al-quran cuma terdpt hanya sunnah Allah.
Sebab tu bila bro baca al-quran, bro rasa al-quran utk nabi muhammad shj. Bukankah al-quran itu petunjuk kpd seluruh umat manusia. Jadi, siapa yg sesatkan saper ni?
Rasul itu bermaksud pesuruh Allah. Dan nabi2 itu semestinyalah Rasul kerana rasul itu bersifat menyampaikan dan mengajak manusia ke agama Allah. Dan nabi yg disebut oleh Allah hanya 25 shj akan tetapi rasul itu ramai.
Tiap-tiap seorang rasul datang kepada umatnya, umat itu mendustakannya, maka Kami perikutkan sebagian mereka dengan sebagian yang lain [1]. Dan Kami jadikan mereka buah tutur [manusia], maka kebinasaanlah bagi orang-orang yang tidak beriman. (44)
Perhatikan, bukankah sy mengajak bro beriman kpd Allah dan jgn mempersekutukannya? Bukankah sy menerangkan ayat2 Allah supaya bro beriman? Adakah sy mendpt habuan berupa harta atau nama? Lu pikir la sendri.
 
Jump to Forum:

Penafian: Pihak Terjah.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas atau Mozilla Firefox atau Safari dengan resolusi 1024 x 768

Hakcipta terpelihara @ 2010 Terjah.com