TERJAH SEARCH :  
Email : my_terjah@yahoo.com

 
Login :    Username      Password      Masih belum menjadi ahli? Klik [Daftar]       Terlupa password? Klik [Minta Password]
TERJAH! Chat Room | TERJAH! Quran & Hadith | TERJAH! FAQ | TERJAH! Search | TERJAH! Kontek | TERJAH! Download | TERJAH! Lagu | TERJAH! Foto | TERJAH! Web Link | Hantar Artikal | Hantar Link | Hantar ke TERJAH! Foto | Hantar ke Terjah EXTRA! | Arkib Artikal Lama
View Thread
terjah :: SEMBANG UTAMA :: Terjah Agama dan Falsafah
 Print Thread
[lock] HUJJAH UTK KAUM ANTI HADITH!!
manKip
#1 Print Post
Posted on 22-11-2009 05:09
User Avatar

Veteran Member


Posts: 734
Joined: 09.10.08

Setelah memerhatikan hujjah-hujjah, tohmahan dan gelagat golongan anti-hadith ini melalui kiriman e-mail mereka serta merujuk serba sedikit kepada maklumat semasa, saya rasakan ada beberapa faktor yang menyumbang kepada kesesatan mereka. Di antaranya:

1) Meninggalkan petunjuk Sunnah.

Bertolak daripada doktrin mereka bahawa "al-Qur'an telah lengkap" (kenyataan ini memang benar tetapi mereka silap dari segi praktisnya), mereka beranggapan boleh belajar sendiri, ambil saja mana-mana terjemahan (rata-rata mereka tak faham pun bahasa AraCool, lalu mentafsirkan sendiri mengikut kefahaman mereka. Tindakan mereka ini secara terus menolak fungsi keRasulan, i.e "mengajar/menerangkan" maksud isi kandungan kitab/al-Qur'an tersebut seperti firmanNya yang bermaksud: "(Kami utus mereka itu) dengan (membawa) keterangan dan kitab-kitab. Kami turunkan kepada engkau (Muhammad) peringatan (i.e al-Qur'an), supaya engkau TERANGKAN kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka, mudah-mudahan mereka memikirkannya" [an-Nahl, 16:44].

Sudah tentu para Rasul yang merupakan manusia terpilih bukan hanya berfungsi seperti 'robot', menyampaikan saja apa-apa yang diwahyukan tanpa ada penjelasan. Kalau demikian, mengapa pula perlunya Rasul sedangkan Allah berkuasa menurunkan terus kitab-kitab tersebut ? Mengapa Rasul mesti dipilih dari kalangan manusia sendiri, sedangkan jika malaikat yang diutuskan misalnya, tentu saja manusia lebih takut dan hormat?

Alasannya, seperti yang diterangkan oleh ayat di atas dan beberapa ayat lagi, untuk menerangkan maksud ayat-ayat yang diturunkan pula secara beransur-ansur itu kepada manusia dalam konteks PRAKTIKALnya, tunjuk-ajar daripada manusia contoh(i.e.Rasul itu sebagai MODEL, rujuk misalnya QS 33:21, 47:33) kepada manusia umum. Inilah konsep pendidikan yang benar di mana guru mestilah mengamalkan dulu apa yang diajarkannya sebelum ajaran mereka diikuti, bukannya konsep pendidikan sekular sekarang yang memisahkan antara apa yang diajar dengan apa yang ditunjukkan dengan perilaku pengajar (i.e "You follow what I taught you, do not do what I did !"Wink yang nyata sekali mengelirukan dan gagal terutamanya dalam membentuk akhlak terpuji.

Konsep pendidikan ini telah diamalkan oleh Islam semenjak dari awal lagi, dan diperturunkan dari generasi ke generasi di mana as-sunnah diambilkira sebagai "alat" dan petunjuk utama dalam mempelajari dan memahami al-Qur'an seperti mafhum hadith: "Sebaik-baik hadis ialah Kitabullah(i.e al-Qur'an) dan sebaik-baik PETUNJUK adalah daripada Rasulullah. Setiap perkara baru (bida'ah) itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu (sudahnya) dalam neraka" [Sahih Bukhari].

Maka dalam konteks ini, golongan anti-hadis telah melakukan BIDA'AH yang haqiqi, yang sudah pasti membawa kesesatan apabila mereka membelakangkan as-sunnah. Perbuatan mereka adalah contoh penting untuk isu bida'ah kerana amalan mereka ini memang amalan baru, yang tidak pernah diamalkan oleh golongan sebelumnya dan ia jelas bertentangan dengan maksud hadis di atas.Ia bertepatan dengan takrif bida'ah sendiri iaitu: "Suatu amalan baru yang TIADA berpandukan petunjuk nas (sama ada secara terus atau tersirat)". Maka kesan dari perbuatan ini, mereka telah sesat jauh daripada kebenaran. Sehubungan dengan faktor ini, antara contoh kesilapan mereka dalam memahami al-Qur'an, ialah mereka menganggap:

i) Tidak boleh menulis apa-apa lagi berkenaan agama kecuali yang termaktub dalam al-Qur'an:

Antara hujjah mereka ialah ayat 2:79 yang bermaksud: "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata: 'Ini dari sisi Allah!', ...". Begitu juga ayat 3:78, 9:31. Oleh kerana mereka tidak berpandukan as-sunnah, mereka gagal menanggapi KONTEKS ayat-ayat ini yang merujuk kepada tindak-tanduk para rahib dari kalangan ahli kitab yang telah meminda kitab Taurat, Zabur dan Injil dan mengatakan ia termasuk dalam ajaran kitab tersebut. Akibatnya, rosaklah kandungan sebenar kitab-kitab tersebut dengan isinya bercampur-baurantara isi asal dengan 'sumbangan' para rahib yang menjadikan kitab tersebut bukan lagi asli contohnya Bible sekarang yang tidak boleh dipakai lagi.

Manakala para ulamak Islam, tidak pernah berusaha untuk meminda al-Qur'an, apa yang mereka tulis adalah kitab-kitab yang mengandungi maksud dan faham yang diambil daripada al-Qur'an untuk memudahkan orang awam memahami isi al-Qur'an. Ia seumpama "memberi ulasan" kepada kitab Allah, berdasarkan pengkajian dan fahaman mereka yang bertahun-tahun mengkaji kitab tersebut,supaya masyarakat lebih mengerti terhadap maksud al-Qur'an. Mereka tidak pernah mendakwa kitab-kitab mereka sebagai alternatif atau saingan kepadaal-Qur'an. Isi kandungan al-Qur'an tetap kekal tanpa dicampuri atau ditokok-tambah, tidak seperti yang dibuat oleh para rahib ahli kitab. Konteks ayat-ayat tersebut menyentuh tentang usaha para rahib untuk memindadan menokok-tambah kitab Allah, sedangkan tiada seorangpun ulama yang dikaitkan oleh mereka berbuat demikian.

Maka kefahaman mereka terhadap ayat-ayat di atas adalah silap dan kesilapan begini mendorong mereka kepada salah-laku dan tanggapan yang salah terhadap para ulama, lantas mendorong mereka kepada kesesatan.

ii) Ayat 5:77, mereka faham larangan berlebihan dalam agama dalam konteks yang melampaui maksud ayat ini.

Bagi mereka segala apa perbuatan ibadat, kalau tidak ada suruhan khusus dalam al-Qur'an maka ia haram termasuklah amalan-amalan sunat wudhuk (e.g. berkumur-kumur, basuh hidung dll) yang tidak terkandung dalam arahan berwudhuk pada ayat 5:6. Maka jika kita perhatikan faham ini, banyak sekali amalan sunnah ditafsirkan sebagai HARAM oleh mereka padahal semua amalan itu adalah baik sekali untuk menyempurnakan lagi arahan al-Qur'an itu (tanpa memberatinya), alangkah sempitnya fahaman mereka. Padahal, kalau kita lihat terus ayat inipun kita boleh tahu konteksnya. Perhatikan maksudnya: "Katakanlah: Hai AHLI KITAB, janganlah kamu berlebih-lebihan dalam agamamu SELAIN DARI KEBENARAN dan janganlah kamu turut hawa nafsu kaum yang sesat sebelum itu dan menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka telah sesat dari jalan yang lurus" [al-Maaidah; 5:77].

Ayat ini bermula dengan arahan kepada Rasulullah ('Qul'Wink supaya menyeru golongan ahli kitab supaya mereka tidak bersikap melampau dalam agama mereka dan tersesat seperti golongan TERDAHULU, dan mengajak mereka kembali kepada kebenaran. Golongan terdahulu di sini termasuklah para pengikut Nabi Musa yang berlebihan bertanya Nabi Musa (AS) dalam banyak hal sehingga menyusahkan [rujuk kisahnya pada ayat 67-71 tentang penyembelihan sapi dan ayat 108 sebagai teguran dari Allah, bersikap melampau sehingga melanggar perjanjian dengan Allah(5:13), dan sikap kecintaan dan pemujaan yang berlebihan kepada Nabi Isa(AS) sehingga sanggup meletakkan baginda sebagai 'anak Tuhan'(5:72)]. Inilah yang dimaksudkan sebagai sikap melampau di sini, iaitu keterlaluan dalam melakukan sesuatu sehingga melanggar batasan yang dibenarkan oleh syarak.

iii) Ayat 2:187, yang menyebutkan 'berpuasa sampai waktu malam'.

Mereka menganggap amalan sekarang yang berbuka pada waktu maghrib/senja telah mengingkari maksud ayat ini. Reaksi spontan saya apabila membaca komentar mereka ialah "Aik! Bila agaknya mereka ni berbuka?". Di sinilah antara contoh peranan sunnah menjelaskan bahawa batasan antara malam dan siang itu adalah pada ketika jatuhnya matahari, iaitu pada waktu magrib. Pada ketika ini berakhirlah siang dan bermulalah waktu malam, maka bolehlah berbuka.

Kenyataan sunnah ternyata benar akhirnya apabila dipersetujui oleh kajian ilmu falak/astronomi kerana pada waktu sianghari, sumbangan cahaya dimainkan oleh matahari, maka apabila matahari terbenam, tamatlah siang dan bermulalah waktu malam. Dengan ini juga, sunnah telah mengaitkan hakikat "malam" disini dengan menunjukkannya 'batas antara malam dan siang' dan mengaitkannya dengan banyak ayat lain misal ayat berikut yang bermaksud: "Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam, Dia menundukkan matahari dan bulan, masing-masing beredar, hingga waktu yang ditetapkan ..." [al-Faathir, 35:13].

Pendek kata memang peranan Rasul (i.e, as-sunnah) untuk menjelaskan banyak kenyataan di dalam al-Qur'an, bukan pula bermaksud al-Qur'an itu tidak lengkap tetapi manusia dengan kelemahannya mudah keliru seperti yang ditunjukkan oleh fahaman golongan anti-hadith ini. Sebab itulah juga banyak ayat-ayat al-Qur'an menyuruh kita "mentaati Rasul" dan mengambil Baginda sebagai model ikutan. Kenyataan-kenyataan ini merupaka 'clue'/petanda jelas supaya merujuk sunnah.

Dengan menolak kepentingan sunnah ini bukan sahaja menunjukkan keengkaran terhadap perintah Allah, bahkan menolak 'perkaitan'antara al-Qur'an dengan as-sunnah yang menyebabkan al-Qur'an itu lengkap. Menolak ayat-ayat ini bererti menolak sebahagian daripada maksud al-Qur'an itu sendiri, maka tentu sekali fahaman mereka tidak lengkap, bukannya al-Qur'an !

Nyata sekali di sini, oleh kerana golongan anti-hadith menolak as-sunnah, mereka dalam banyak ketika akan keliru dan meletakkan maksud ayat-ayat al-Qur'an bukan pada konteksnya, memahami ayat dalam kefahaman yang salah, meletakkan hukum tidak kena tempatnya, maka inilah punca utama mengapa golongan anti-hadis telah sesat.

Pertamanya saya memohon maaf kerana tidak sempat merumuskan hujjah saya tempoh hari berkenaan dengan faktor kedua i.e. membaca al-Qur'an hanya melalui terjemahan. Apa yang saya maksudkan di sini ialah golongan yang CUMA membaca terjemahan al-Qur'an sahaja tetapi telah beranggapan bahawa mereka telahpun membaca al-Qur'an. Sehubungan dengan ini, saya tidak menyukai terjemahan al-Qur'an semata-mata tanpa disertai teks asal kerana ia boleh mengelirukan kita (oleh itu, buku "Bacaan" karya Othman Ali tidak dapat saya akui malahan patut dikeji pula kerana penterjemahnya sendiri pernah menyatakan bahawa beliau "tidak arif tentang bahasa Arab!"Wink, seolah-olah terjemahan itu adalah "alternatif" kepada teks asal al-Qur'an padahal tiada satupun terjemahan yang boleh dianggap setaraf dengan al-Qur'an.

Ayat-ayat al-Qur'an adalah sangat unik, setiap hurufnya mempunyai makna tersendiri, unik dan susunan ayatnya tidak akan mampu ditandingi oleh manusia (rujuk misalnya cabaran Allah melalui ayat 23-24, surah al-Baqarah). Saya bawakan satu lagi contoh bagaimana siratan maksud terselit di dalam bahasa asal al-Qur'an. Kali ini, berkenaan dengan kekuasaan Allah iaitu keupayaan "kun fayakun' sepertimana maksud ayat kedua terakhir surah Yaasin:

"Hanya urusanNya, bila Ia menghendaki (mengadakan) sesuatu, Ia berkata kepadanya : 'Jadilah (engkau)!', lalu jadilah ia" [Yaasin; 36:82].

Bila kita merujuk teks asal, perkataan yang digunakan ialah 'kun' iaitu simpulan huruf 'kaf' dengan 'nun'. Apabila kita sebut sahaja huruf 'kaf' disini, dengan serentak, huruf 'nun' akan menurutinya (sebagaimana urutan abjad alif, ba,ta ) yang mengikut sesetengah tafsir menjadi petunjuk bahawa antara keistimewaan kekuasaan Allah ialah apabila Dia berkehendakkan (iradat) sesuatu berlaku, maka sesuatu itu akan berlaku tanpa ada sedikitpun selang masa! Itulah antara kelebihan Allah diatas makhlukNya, Dia bukan sahaja tidak memerlukan sesuatu untuk mencipta (lain halnya dengan manusia mencipta sesuatu daripada benda-benda yang sudahpun ada) malahan Allah juga tidak beruntukkan masa, bila berlaku iradat Allah terhadap sesuatu maka pada saat itu juga sesuatu itu berlaku.

Inilah antara maksud yang ditunjukkan secara tersirat di dalam perkataan 'kun' tersebut. Banyak lagi contoh lain yang menunjukkan bahawa terjemahan oleh manusia walaupun setinggi manapun ilmunya tidak akan dapat mencakupi kesemua maksud yang tersirat di dalam al-Qur'an. Maka tidak ada satupun terjemahan yang sempurna. Adapun terjemahan biasa yang terdapat di pasaran adalah dialu-alukan kerana ia disertakan dengan teks asal, demi untuk memudahkan sesiapa sahaja mengambil serba sedikit pengertian daripada ayat-ayat yang dibaca.

Walau bagaimanapun, hujjah saya kekal iaitu, untuk mendalami isi al-Qur'an seseorang itu perlulah mempelajari bahasa al-Qur'an itu sendiri iaitu bahasa Arab. Manakala buku-buku tafsir pula adalah patut dirujuk kerana ia adalah PANDUAN yang diberikan oleh para pentafsir yang sudah bertahun-tahun mengkaji al-Qur'an dan amat mahir dalam ilmu pengkajian al-Qur'an ini. Mereka menghabiskan usia dan tenaga mereka untuk mengkaji al-Qur'an demi untuk membantu ummat memahaminya sebaik mungkin. Maka, inilah yang dimaksudkan dengan rantaian murni ahli sunnah;

"Sebaik-baik hadis adalah al-Qur'an, sebaik-baik pembimbing (guru utama yang mengajarkan al-Qur'an)

adalah RasuluLlah (SAW), kemudian tugas Rasul ini diwarisi oleh para ulama" [di sini dalil saya berdasarkan penggabungan sekurang-kurangnya 2 maksud hadis iaitu hadis sahih Bukhari yang dibawakan pada siri 1, dengan hadis "Ulama pewaris para nabi"].

Pada siri ini, mari kita lihat faktor seterusnya...

3) Suka berdebat dan enggan mengalah.

Sengaja saya dahulukan faktor ini pada kesempatan ini kerana saya dapati mereka masih lagi membawakan hujjah-hujjah lama (cthnya seperti tatacara salam, tidak membezakan (la nufarriqu) para nabi, etc) walaupun idea-idea mereka ini telahpun dipatahkan secara jelas dan tiada hujjah diterima daripada mereka untuk menolak kembali hujjah yang telah saya kemukakan. Cara mereka tidak lebih kepada memomokkan hujjah saya seperti budak-budak degil yang membebel sendirian apabila disuruh oleh ayah/ibu. Ini juga adalah tanda mereka sebenarnya bukanlah mengajak kita berhujjah untuk mencari kebenaran, tetapi hanya untuk "membuat onar". Mereka masih cuba "menegakkan benang yang basah", walaupun hakikatnya usaha mereka itu hanyalah akan menambahkan kesesatan mereka sendiri. Cara mereka ini, jika diteruskan, tidak akan membawa mereka kepada kebenaran malahan lebih jauh tersesat.

Marilah kita perhatikan beberapa dalil berkenaan dengan sifat berdebat dan berhujjah secara tidak keruan begini:

1. "Barangsiapa meninggalkan perdebatan dalam keadaan keliru (mungkin kalah) dibuat untuknya rumah di pinggir syurga. Dan barangsiapa yang meninggalkan perdebatan sebagai pihak yang benar dibuatkan rumah untuknya di tengah syurga. Sedangkan bagi yang baik budi pekertinya, dibuatkan rumah untuknya di bahagian atas syurga" [HR Abu Daud]

2. "Sesuatu kaum yang memperolehi hidayah tidak akan sesat kecuali setelah terlibat dalam perdebatan" [HR Timidzi]

Apa yang dimaksudkan oleh kedua-dua hadis di atas adalah perdebatan berlarutan yang sudah tidak perlu/patut lagi diteruskan, misalnya apabila satu pihak telah membawakan dalil yang kuat dan tidak disangkal, tetapi satu pihak lagi masih terus berkeras dengan hujjahnya walaupun sudah nyata kedudukan

perkara tersebut. Padahal pada ketika ini, mengikut adabnya, pihak yang kalah perlulah menerima hujjah yang lebih kuat ataupun jika masih kurang puashati, mereka hendaklah menerima perbezaan secara hati yang terbuka. Dengan demikian, perdebatan tidak akan berpanjangan sehingga menyesatkan dengan berlakunya ulangan fakta dan hujjah secara tidak perlu tetapi dengan intonasi yang lebih keras, memungkinkan berlakunya persengketaan walaupun jika isu yang diperdebatkan adalah isu remeh-temeh.

Ingatlah, perdebatan bertujuan mencari kebenaran, bukannya mencari sengketa. Lain pula halnya dengan GAH, mereka bukan sahaja gagal dalam membawakan hujjah secara teratur untuk melawan hujjah-hujjah yang diajukan, tetapi seringkali hujjah balas mereka dibawakan secara tidak keruan (semacam 'machine gun'Wink, dengan menghamburkan ayat-ayat al-Qur'an tanpa penelitian tentang kaitan dan konteks ayat-ayat tersebut dengan hujjah mereka, disertai pula dengan kata-kata kesat, penghinaan dan label yang tidak sepatutnya yang secara jelas menunjukkan betapa busuknya hati mereka dan betapa jauh mereka sesat, bukan sahaja daripada konsep perdebatan yang dibenarkan (i.emuzakarah), malahan cara mereka lebih kepada menghamburkan fitnah jua.

Sikap menghamburkan ayat-ayat al-Qur'an tanpa penelitian dan tidak kena pada tempatnya ini bukan sahaja melanggari etika perdebatan bahkan mencemarkan kesucian ayat-ayat al-Qur'an itu sendiri. Oleh yang demikian, dakwaan bahawa mereka 'membela al-Qur'an' telah dibuktikan sebaliknya oleh cara dan tindak-tanduk mereka sendiri!

Misalnya, isu adab memberi salam. Walaupun sudah berulangkali diterangkan bahawa arahan memberi salam dalam ayat 6:54 itu adalah dalam arahan umum dengan disertakan beberapa dalil yang qati'e, mereka masih tetap dengan pegangan mereka melabelkan 'kafir' kepada sesiapa sahaja yang memberi salam selain yang demikian (i.e "salamum 'alaikum'Wink.

Dengan pertolongan Allah, saya menjumpai 2 lagi cara penyampaian salam di dalam al-Qur'an sendiri yang berlainan daripada yang dimaksudkan iaitu:

i) "salamun 'ala manittaba'al huda " – keselamatan untuk orang yang mengikut petunjuk (Taa Ha; 20:47).

Cara salam ini kalau tak silap saya juga terdapat di dalam kandungan surat Rasulullah(SAW) kepada Hercules sebagaimana tertulis di dalam sahih Bukhari sebagai satu cara memberi tawaran/dakwah/pembuka kata ditujukan kepada mad'u yang belum Muslim.

ii) Malaikat mengucapkan "salaaman", dijawab oleh Nabi Ibrahim (AS),"Salaamun", sebagaimana tertulis pada ayat 25, surah az-Zariyat.

Kenyataan GAH bahawa sesiapa yang mengucapkan selain dari "salamun 'alaikum"sebagai kafir seolah-olah menganggap bahawa Allah sekali lagi bersikap 'double-standard', juga membawa implikasi melabelkan malaikat dan Nabi Ibrahim (AS) sebagai 'kafir'. Alangkah buruk fahaman mereka ini! Sikap DEGIL dan tidak mahu menerima kebenaran hujjah lawan sebaliknya berusaha terus untuk menegakkan fahaman mereka pada saya menjadi pemangkin (catalyst) kepada kesesatan mereka.

Sikap inilah yang ditunjukkan oleh para kafir Quraish apabila cabaran mereka disambut oleh Rasulullah (SAW), untuk membelah bulan dengan tangan/jari Baginda. Apabila Baginda berjaya melakukan sebagaimana yang dipinta, mereka masih tetap engkar walaupun sebelumnya mereka berjanji akan akur jika Baginda berjaya melakukan sedemikian. Kisah inilah yang menjadi antara intisari latar belakang turunnya beberapa ayat awal surah al-Qamar (lihat rakaman sikap mereka di dalam surah al-Qamar, ayat 1-7 - untuk keterangan lanjut, rujuk kitab-kitab tafsir).

Sikap degil dan tetap kepada kefahaman sendiri walaupun telah dibuktikan salah inilah yang menandakan seseorang itu telah betul-betul sesat. Iblis laknatuLlah sendiri tahu bahawa dia telah sesat dan salah, tetapi tetapberdegil dengan sikap egonya, malahan berusaha menyesatkan manusia pula untuk mengikut jejak langkahnya. Mereka yang bersikap begini, bagi saya memang patut sangat dihapuskan kerana mereka sebenarnya sudah tenggelam di dalam kesesatan bahkan boleh menyesatkan orang lain pula. Tidak guna berdakwah kepada kumpulan sebegini kerana ia tidak akan membawa mereka ke mana malahan membazirkan masa kita sahaja. Sebagaimana arahan Allah kepada NabiNya (SAW) selepas peristiwa al-Qamar itu, yang antaranya bermaksud:

"Maka berpalinglah engkau daripada mereka. (Pergilah) pada hari menyeru yang menyeru (malaikat) kepada sesuatu yang munkar (i.e. huru-hara Hari Kiamat)";[al-Qamar, 55:6].

Itulah sebabnya saya dan beberapa ikhwan telah menjauhkan diri daripada berhujjah dengan mereka walaupun diminta oleh beberapa netters. Ajakan mereka untuk berhujjah itu hanyalah mencari publisiti murahan untuk promosi ajaran anutan mereka, bukannya untuk mencari kebenaran. Maka tidak perlu lagi dilayan kerenah mereka, malahan kalau ada kesempatan dan peluang, hapuskan mereka sebagaimana maksud hadis sahih Bukhari yang pernah saya bawakan dahulu. Puak GAH tetap degil dengan kefahaman mereka walaupun ditunjukkan dalil yang kuat dan qat'i diambil daripada al-Qur'an yang kononnya mereka junjung. Sikap beginilah yang membawa mereka terus jauh daripada kebenaran, bahkan cuba menyesatkan orang lain pula.
Edited by kaki terjah on 06-04-2010 09:07
[b]DESIGN & PRINTING:
www.nicebookcover...
 
www.nicebookcover.webs.com
manKip
#2 Print Post
Posted on 22-11-2009 05:11
User Avatar

Veteran Member


Posts: 734
Joined: 09.10.08

Den berseru disini.,.. dengan ikhlas, puak2 yg anti hadith supayo bertaubat dan kembali kejalan yg benar...
[b]DESIGN & PRINTING:
www.nicebookcover...
 
www.nicebookcover.webs.com
Tok Kecik
#3 Print Post
Posted on 22-11-2009 05:20
User Avatar

Moderator


Posts: 2054
Joined: 04.06.09

Salam ...

Imfo yang menarik ....

Terimo kasih ...
 
manKip
#4 Print Post
Posted on 22-11-2009 05:22
User Avatar

Veteran Member


Posts: 734
Joined: 09.10.08

DEBAT IMAM SYAFEI DENGAN ANTI HADITH:

Di dalam perdebatan, mereka memperkatakan tentang firman Allah yang bermaksud: Dialah yang yang telah mengutuskan kepada kaum yang ummi seorang Rasul di antara mereka , untuk membaca keterangan-keterangan Tuhan, membersihkan mereka dan mengajar kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah, sedangkan mereka seberada di dalam kesesatan yang nyata.

Kata musuh itu: Aku tahu bahawa al-Kitab itu ialah al-Quran. Apa pula al-Hikmah?

(Imam) berkata: Sunnah Rasulullah S.A.W
.
Kata musuh itu: Mungkin al-Hikmah itu al-Quran. Jadi ayat itu bermaksud: Dia mengajar al-Kitab secara amnya dan mengajar hukum-hukum secara khasnya pula.

Jawab Imam Syafei: Sekiranya engkau berkata begitu, jadi ayat ini bermaksud: Dia mengajar hukum-hukum al-Quran yang disebut secara am seperti solat, zakat, haji dan lain-lain. Ini bermaksud Allah menentukan sesuatu hukum di dalam kitab-Nya. Kemudian Dia menerangkan hukum-hukum ini menerusi lidah Rasulnya.

Kata musuh itu: Boleh jadi juga.

Kata Imam al-Syafei: Sekiranya anda berpegang dengan pendapat yang kedua (al-Hikmah bererti perincian terhadap makna al-Quran), kamu tidak akan menjumpai hukum-hukum ini melainkan dengan hadis Rasulullah.

Kata musuh itu: Kalau sekiranya aku berkata pula, al-Kitab dan al-Hikmah ini termasuk di dalam jenis pengulangan perkataan?

Jawab Imam Syafei: Yang manakah lebih baik? Membawa satu makna di dalam dua perkataan ataupun masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza?

Kata musuh itu: Barangkali juga seperti apa yang kau katakan. Al-Kitab ialah al-Quran dan al-Hikmah pula ialah sunnah. Dan keberangkalian lain juga akan berlaku: al-Kitab ialah al-Hikmah itu sendiri.

Imam Syafei berkata: Tetapi yang paling jelas maknanya ialah yang pertama. Hal ini demikian kerana ada bukti-bukti yang membenarkannya daripada al-Quran.

Kata musuh itu: Di mana?

Kata Imam al-Syafei: Firman Allah yang bermaksud: Dan bacalah di rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah dan al-Hikmah (al-Ahzab: 34). Di dalam ayat ini Allah memberitahu bahawa terdapat dua jenis bacaan yang terdapat di rumah.

Musuh itu berkata: al-Quran memang boleh dibaca. Tetapi bagaimana pula untuk membaca al-Hikmah?

Imam Syafei berkata: Jadi makna membaca ialah membaca sunnah seperti membaca al-Quran.

Jawab musuh itu pula: Oleh itu, maksud al-Hikmah lebih mirip kepada apa yang kamu maksudkan.
[b]DESIGN & PRINTING:
www.nicebookcover...
 
www.nicebookcover.webs.com
manKip
#5 Print Post
Posted on 22-11-2009 05:29
User Avatar

Veteran Member


Posts: 734
Joined: 09.10.08

jawapan Doktor Mustaffa al-Sibai tentang golonagn anti hadith:

Doktor Mustaffa al-Sibai’ ketika menjawab dakwaan-dakwaan mengatakan:

Pertama: al-Quran mengandungi dasar-dasar hukum secara am. Sebahagian hukum dijelaskan secara terang. Sementara itu sebahagian lagi ditinggalkan kepada Rasululah S.A.W untuk menerangkannya. Allah Taala mengutuskan Rasul kepada manusia untuk menerangkan hukum agama meraka. Justeru, Allah mewajibkan kepada manusia mengikut apa yang dihuraikan oleh Rasulullah.

Penjagaan terhadap al-Dzikr (Firman Allah "Kami telahpun menurunkan al-Dzikr dan Kami jugalah yang akan menjaganya (al-Hajr: 9)"Wink sebenarnya tidak terhad kepada al-Quran semata-mata. Tetapi ia bermaksud hukum-hukum agama ataupun hukum syarak yang telah diutuskan kepada Rasulnya. Justeru al-Dzikr lebih umum daripada al-Quran dan Sunnah. Dalilnya ialah firman Allah yang bermaksud: Bertanyalah kepada ahl al-Dzikr sekiranya kamu tidak mengerti (al-Nahl: 43). Sekarang jelas bahawa ahl al-Dzikr bermaksud orang yang mempunyai ilmu di dalam syariat dan hukum-hukum islam. Tidak syak lagi bahawa Allah memelihara al-Sunnah sepertimana Dia memelihara al-Quran.

Kebanyakan mereka tidak pernah cuba menyelidiki usaha-usaha ulama Islam mengekang penyelewengan dan pemalsuan hadis. Apabila sunnah dibawa dari satu generasi ke satu generasi, ia dibawa dengan susunan riwayat yang berturutan daripada zaman sahabat sehingga akhir kurun pertama. Jadi tidak ada ruang untuk kita mengesyaki ketidak-sahihan hadis tersebut kerana para perawi ini diletakkan beberapa syarat yang ketat (Lihat A. Sprenger, Ueber das Traditionswesen bei den Araben). Hadis yang disebutkan di dalam dakwaan Dr. Sidqi ialah daripada Khalid bin Abu Karimah daripada Abu Jaafar daripada Rasulullah S.A.W. Khalid ialah seorang yang tidak dikenali manakala Abu Jaafar bukanlah seorang sahabat Rasulullah. Jadi, hadis ini tidak boleh diterima sebagai dalil untuk dijadikan hujah.
[b]DESIGN & PRINTING:
www.nicebookcover...
 
www.nicebookcover.webs.com
Tok Kecik
#6 Print Post
Posted on 22-11-2009 05:37
User Avatar

Moderator


Posts: 2054
Joined: 04.06.09

Salam...

Teruskan pengalian itu ''manKip'' ... walaupun penat dan mengambil waktu ..
Namun ianya amat berguna pada diri dan sesiapa yang membacanya ...

Alhamdulillah .... Syukurillah ...

th07.deviantart.net/fs51/300W/f/2009/324/8/8/88730c4d5fc426b3ea794284035decc7.jpg
 
manKip
#7 Print Post
Posted on 22-11-2009 05:45
User Avatar

Veteran Member


Posts: 734
Joined: 09.10.08

Namun, kritik dan revisi yang paling signifikan dilakukan oleh Harald Motzki. Dosen universitas Nijmegen (Belanda) ini tidak setuju dengan kesimpulan Schacht (olentalis terkenal anti hadith dan penyebar fahaman ati hadith pd umat islam) mengenai awal munculnya hadits. Berdasarkan hasil analisisnya atas isnād maupun matan hadits-hadits yang terdapat dalam kitab al-Mushannaf oleh ‛Abdurrazzāq as-Shan‛ānī (w. 211 H/826 M), Motzki menarik kesimpulan bahwa kecil sekali kemungkinan terjadinya keberagaman data periwayatan itu merupakan hasil pemalsuan yang terencana (“Such a diversity can hardly be the result of systematic forgery”).

Menurutnya, baik matan maupun isnād hadits-hadits dalam kitab tersebut layak dipercaya. Kesimpulannya ini berbeda dengan skeptisisme Schacht yang menganggap semua hadits adalah palsu. Bagi Motzki: “the mere fact that that ahādīth and asānīd were forged must not lead us to conclude that all of them are fictitious or that the genuine and the spurious cannot be distinguished with some degree of certainty.”

Ia membantah teori Schacht bahwa isnād cenderung membengkak jumlahnya makin kebelakang, juga teorinya bahwa isnād yang paling lengkap adalah yang paling belakangan munculnya. Berkenaan dengan sejarah munculnya hukum Islam, Motzki juga tidak sependapat dengan Schacht. Menurutnya, al-Qur’an dan hadits sudah dipelajari semenjak abad kedua Hijriah atau bahkan sejak Nabi Muhammad SAW masih hidup, dan para fuqaha’ di Hijaz sudah menggunakan hadits sejak abad pertama Hijriah.

Motzki sepakat dengan Coulson, yang mengusulkan agar para orientalis membalik tesis Schacht, dari via negativa menjadi via positiva. Jika Schacht berkata semua hadits harus dianggap tidak otentik hingga terbukti sebaliknya (every legal tradition of the Prophet, until the contrary is proved, must be taken not as an authentic or essentially authentic), maka sekarang harus dibalik menjadi: semua hadits harus dianggap otentik, kecuali jika terbukti tidak (tentatively accepted as such unless some reason can be adduced as to why it should be regarded as fictitious).

Sebagaimana telah disinggung di muka, gugatan orientalis dan para pengikutnya terhadap hadits telah ditolak dan dijawab oleh sejumlah ulama pakar. Berikut ini akan diungkapkan beberapa kelemahan-kelemahan metodologis dan kesalahan-kesalahan epistemologis yang terdapat dalam tulisan-tulisan orientalis dan para pengikutnya.

Sebagai contoh karya Joseph Schacht, The Origins of Muhammadan Jurisprudence (Oxford, 1950). Menurut Profesor Muhammad Musthafā al-A‛zamī, kekeliruan dan kesesatan Schacht dalam karyanya itu disebabkan oleh lima perkara: (1) sikapnya yang tidak konsisten dalam berteori dan menggunakan sumber rujukan, (2) bertolak dari asumsi-asumsi yang keliru dan metodologi yang tidak ilmiah, (3) salah dalam menangkap dan memahami sejumlah fakta, (4) ketidaktahuannya akan kondisi politik dan geografis yang dikaji, dan (5) salah faham mengenai istilah-istilah yang dipakai oleh para ulama Islam.

Ada satu kelemahan yang paling menonjol dalam metodologi Schacht, yaitu seringnya dia menarik suatu kesimpulan berdasarkan argumentum e silentio, yakni alasan ketiadaan bukti. Disebut demikian karena argumen ini biasanya diungkapkan secara impersonal (dengan kalimat: “the sources are silent regarding …” atau “nothing is known about …” dan sebagainya).

Banyak sekali kesimpulannya yang berdasarkan argumen ini, seperti terungkap dalam pernyataan: “… to conclude, in the absence of an explicit reference or some other positive indication, that …” atau “I have not found any …” dan “we must, as a rule and until the contrary is proved, consider …” Di sinilah letak kesalahan Schacht.

Bahwa anda tidak atau belum menemukan bukti yang mendukung hipotesa anda belum tentu dan tidak mesti berarti bukti itu tidak ada. Sebab, ada atau tidak adanya bukti tidak harus bergantung pada anda. “The absence of evidence is not evidence of absence,” ketiadaan bukti bukanlah bukti ketiadaan. Bisa jadi, bukti itu ada, tetapi anda tidak mengetahui keberadaannya.

Itulah sebabnya Schacht telah ditohok oleh banyak orang. Argumen dia bukan hanya melemahkan tetapi juga meruntuhkan validitas kesimpulan-kesimpulannya.

Kerapuhan metodologi ini tidak terlalu mengejutkan, karena Schacht dan orang-orang semacam dia memang berangkat dari niat buruk (malintention) untuk merobohkan pilar-pilar Islam, agama yang dikagumi namun amat dibencinya itu. Dan ini berakibat fatal secara metodologi.

Karena dipandu oleh niat buruk ini, maka kajiannya pun diwarnai oleh sikap pura-pura tidak tahu (wilful ignorance) dengan sengaja mengabaikan data yang tidak mendukung asumsi-asumsinya dan memanipulasi bukti-bukti yang ada demi membenarkan teori-teorinya (abuse of evidence). Hasilnya, kesimpulan-kesimpulan yang diambilnya tidak cukup valid, karena “main pukul rata” secara gegabah (hasty generalizations) dan menduga-duga (conjectures) belaka.

Itulah sebabnya oleh kalangan orientalis sendiri, karya Schacht tersebut cukup banyak dikritik. Coulson, misalnya, menilai pendekatan Schacht terlampau sempit (too narrow), karena jelas telah menyamakan perkembangan hukum dengan perkembangan hadits dan tidak menyadari masalah-masalah hukum yang sudah ada dalam al-Qur’an dan muncul dalam masyarakat Islam itu sendiri. Sementara kesimpulannya terlalu umum; Schacht menterjemahkan kesimpulan negatifnya (bahwa bukti-bukti hadits hukum tidak membawa kita lebih jauh dari abad kedua Hijriah) menjadi kesimpulan positif (bahwa hukum Islam dan hadits baru muncul dan berkembang pada akhir pemerintahan Daulat Bani Umayyah).

Terkait dengan kerancuan metodologi tersebut adalah sikap ‘paradox’ (berpendirian ganda) dan ‘ambivalens’ (menganut nilai kebenaran ganda) yang tak terelakkan. Disatu sisi mereka meragukan dan bahkan mengingkari kebenaran sumber-sumber yang berasal dari orang Islam (karena metodologinya menghendaki demikian). Sementara disisi lain mereka menggunakan sumber-sumber Islam tersebut sebagai bahan referensi (yang berarti tanpa disadari mereka akui kebenarannya).

Sikap paradox ini merupakan konsekuensi yang tak terelakkan dari dilemma metodologis antara merujuk atau tidak merujuk, antara mempercayai atau tidak mempercayai sumber-sumber Islam. Hal ini disadari betul, misalnya, oleh Motkzi dalam kajian sīrah, seperti ia katakan: “On the one hand, it is not possible to write a historical biography of the Prophet without being accused of using the sources uncritically, while on the other hand, when using such sources critically, it is simply not possible to write such a biography.”

Maksudnya, bersikap kritis (skeptis) maupun tidak kritis terhadap sumber-sumber Islam akan berakibat sama, yaitu menggugurkan seluruh tesis-tesinya. Hal yang sama berlaku bagi mereka yang menolak otentisitas hadis tetapi bersandar pada sumber-sumber ahli hadis. Seperti kata Fazlur Rahman, “Hence the well-known paradox that even the thoroughgoing sceptics about the Hadīth cannot resist supporting their views by it whenever it suits them.”

Sikap ambivalens orientalis terungkap jelas, misalnya, dalam kasus Juynboll, Coulson dan Motzki. Ketiga orientalis ini nampak “plin-plan”, membenarkan dua tesis yang saling bertentangan nilainya. Coulson, misalnya, sependapat dengan mereka yang membenarkan teori Schacht maupun mereka yang menyalahkannya. Disatu tempat ia membatalkan validitas teori Schacht, namun di lain tempat ia mengatakan “the theory of Joseph Schacht is irrefutable.”

Begitu juga Motzki. Disatu sisi ia berusaha keras membantah Schacht dan membuktikan bahwa hadits otentik sudah beredar sejak kurun pertama Hijriah, namun disisi lain ia bersikeras mengingkari bahwa otentisitas hadits sulit dibuktikan: “I call this an authentic hadīth of the first/seventh century. That does not necessarily imply that such a tradition can always be proved to go back to the Prophet or a Companion.”

Demikian pula dalam kasus Juynboll yang merasa serba salah (serba ragu?) dan mengatakan bahwa sulit untuk mempercayai kebenaran dan historisitas hadits, namun juga menyatakan bahwa secara keseluruhan hadits-hadits itu menggambarkan situasi sejarah yang boleh dikata cukup bisa dipercaya (I realize that it is difficult to accept that all those early reports are to be considered historically true, or that the details in each one of them should be taken as factually correct. But I maintain that, taken as a whole, they all converge on a description of the situation obtaining in the period of history under scrutiny which may be defined as pretty reliable). Artinya, disatu sisi ia mendustakan, dan dilain sisi ia membenarkan.

Dari sudut epistemologis, secara umum dapat dikatakan bahwa sikap orientalis dari awal hingga akhir penelitiannya adalah skeptis. Mereka mulai dari keraguan dan berakhir dengan keraguan pula. Meragukan kebenaran dan membenarkan keraguan.

Akibatnya, meskipun bukti-bukti yang ditemukan menegasikan hipotesanya, tetap saja mereka akan menolaknya, karena sesungguhnya yang mereka cari bukan kebenaran, akan tetapi pembenaran. Apa yang membenarkan praduga yang dikehendaki itulah yang dicari dan, jika perlu, diada-adakan. Sebaliknya, apa-apa yang tidak sesuai dengan presuposisi dan misi yang ingin dicapainya akan dimentahkan dan dimuntahkan.

Seperti diungkapkan oleh Herbert Berg: “the results of their work is dictated by their presuppositions” dan “the data are made to fit the theory.” Konsekuensi lainnya dari pendekatan skeptis ini adalah terjebak dalam lingkaran setan. Sebagaimana dijelaskan diatas, mereka akan berputar-putar dalam lingkaran keraguan tanpa berhasil keluar dari sana.
[b]DESIGN & PRINTING:
www.nicebookcover...
 
www.nicebookcover.webs.com
manKip
#8 Print Post
Posted on 22-11-2009 05:50
User Avatar

Veteran Member


Posts: 734
Joined: 09.10.08

Kewujudan anti-hadis dan sebagainya berpunca daripada pemikiran orientalis atau disebut di dalam bahasa arab sebagai musytasyriqin..mereka ialah orang yang bukan Islam yang menyibukkan diri mendalami ilmu Islam, bahasa arab dan lain2 dengan tujuan untuk mentasykik (meragukan) umat Islam dengan ajaran Islam itu sendiri..

Golongan seumpama ini kita boleh melihat di dalam pengajian ilmu tayarat. Sebenarnya bukan anti-hadis sahaja tetapi wujudnya pelbagai pemikiran yang terkeluar daripada pemahaman ulama' ahli sunnah wal jamaah..

Puncanya ialah kerana meninggalkan kefahaman para ulama' ahli sunnah wal jamaah yang mewarisi kefahaman daripada Nabi SAW melalaui para sahabat kemudian tabi'ien dan tabi' tabien sehingga ke hari ini..

Jika golongan anti-hadis ingin menolak hadis kerana meragui kebenaran hadis tapi bagaimana mereka boleh menerima Al-Quran sedangkan Al-Quran juga datangnya melalui lisan Nabi Muhammad SAW dan dipindahkan daripada satu generasi kepada satu generasi tanpa sedikitpun perubahan dan penyelewengan??

Hadis Nabi SAW juga dihafaz dan dikumpulkan oleh para ulama' satu generasi kepada satu generasi seperti yang kita lihat pada hari ini adanya kitab hadis Bukhari, Muslim, Ibnu Khuzaimah, An-Nasai, Imam Ahmad dan ramai lagi jika ingin disebutkan semuanya..

Sebab itulah, agama Islam mengutamakan isnad (rantaian) kerana tanpanya nescaya setiap orang akan berkata apa yang dia nak..

Sepertimana yang dinyatakan oleh Abdullah ibnu Mubarak Radiallahu 'Anhu seorang ulama' besar daripada kalangan tabien yang mengambil ilmu secara langsung daripada Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu. Kata beliau ;
Isnad itu sebahagian daripada agama. tanpa isnad nescaya akan berkata sesiapa sahaja yang ingin berkata dan apa sahaja yang ingin dia katakan..

Inilah kaedah yang diwarisi oleh ulama' kita daripada satu generasi kepada satu generasi sehingga ke hari ini dalam menjamin kebenaran ilmu Islam yang disampaikan..

Isnad ini diperolehi melalui sistem talaqqi (berguru secara dua mata) bukan hanya melalui pembacaan dan pemahaman kita terhadap nas Al-Quran dan Al-Hadis..

Tanpa pemahaman yang diambil melalui sistem sanad dan isnad nescaya akan berkata mengikut apa yang mereka faham daripada Al-Quran dan Al-Hadis sedangkan ia mengandungi murad dan kefahaman yang lain..

Daripada sini wujudnya golongan wahabi yang mendakwa ingin kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadis tetapi mengabaikan dan mengenepikan kefahaman ulama' dan para sahabat melalaui sistem isnad dan meletakkan kefahaman mereka lebih utama berbanding kefahaman ulama' yang dipindahkan secara bertalaqqi daripada satu generasi kepada satu generasi..
Edited by manKip on 22-11-2009 05:51
[b]DESIGN & PRINTING:
www.nicebookcover...
 
www.nicebookcover.webs.com
manKip
#9 Print Post
Posted on 22-11-2009 05:55
User Avatar

Veteran Member


Posts: 734
Joined: 09.10.08

Hukum tidak percaya pada hadis Nabi SAW adalah terkeluar daripada Agama Islam,

Panel menasihatkan agar anti hadis segera bertaubat dan kembali kepangkal jalan dengan mempercayai bahawa hadis adalah merupakan perbuatan, perkataan dan pengakuan Nabi SAW.
Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
`......dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukanya maka patuhilah laranganya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya`
Surah Al-Hasyar: 7

Dan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
`Aku tinggalkan dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya selama mana kamu berpegang teguh dengannya iaitu Al-Quran dan Hadith Nabi SAW ` (Hadith riwayat Imam Malik) .

menurut Dr Danial di dalam bukunya Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden, “Di Malaysia, golongan ini (anti-hadith) dipimpin oleh Dr. Kassim Ahmad dibantu oleh pengikutnya Othman Ali. Mereka mempertikaikan Al-Hadith sebagai sumber hukum dan ajaran mereka diharamkan mengikut keputusan Muzakarah Mufti-Mufti Negeri pada 6 September, 1995”[1] Jelas sekali ajaran yang mengenepikan hadith sebagai sumber hukum adalah sesat.

Benar, di dalam Al-Quran tidak terdapat keterangan seperti waktu-waktu solat secara spesifik. Namun begitu, Al-Quran adalah sebuah kitab induk yang lengkap. Ia mempunyai banyak ayat-ayat menyuruh manusia bersolat dan berzakat. Hanya melalui keterangan hadith-hadith Rasulullah sahaja kita mengetahui waktu-waktu dan cara-cara mendirikan solat serta kadar-kadar zakat.

Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 36, “Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” Firman Allah di dalam surah Al-Anfaal, ayat pertama, “..serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman”.

Bagaimana caranya kita mentaati Rasulullah dan hukum-hukum yang telah beliau tetapkan sedangkan kita tidak pernah berjumpa dengan beliau? Tidak lain dan tidak bukan hanya dengan mentaati beliau melalui hadith-hadith yang diriwayatkan. Jadi, fungsi As-Sunnah dan hadith-hadith adalah amat penting di dalam menerangkan maksud Al-Quran.

Tidak dinafikan terdapat ramai individu yang ingin kembali kepada Islam yang asli. Mereka mula mencintai dan mengkaji Al-Quran. Namun, kajian yang tidak berlandaskan sumber-sumber yang betul tanpa melalui guru-guru yang benar serta bercampur dengan pendapat sendiri boleh mengelirukan cara seseorang memahami kandungan Al-Quran. Justeru, ilmu Al-Quran perlu perlajari dari guru-guru yang berkelayakan.

Masyarakat kita juga turut menyumbang ke arah kemunculan pemikiran sebegini. Kita banyak meriwayatkan banyak hadith-hadith palsu atau ceritera Israilliyat yang tidak bersumber daripada Rasulullah tanpa disedari. Kadang-kadang riwayat palsu yang tidak sahih ini bertentangan dengan syariat Islam dan logik akal. Secara tidak langsung akan mengetuk minda sesetengah orang untuk berfikir semula tentang periwayatan tersebut. Jika iman mereka kuat, mereka mungkin mengkaji semula sesuatu riwayat itu dengan mengenalkan pasti sumber dan statusnya. Sebaliknya, iman yang lemah akan menyebabkan hati mula menolak semua jenis riwayat.
[b]DESIGN & PRINTING:
www.nicebookcover...
 
www.nicebookcover.webs.com
manKip
#10 Print Post
Posted on 22-11-2009 05:59
User Avatar

Veteran Member


Posts: 734
Joined: 09.10.08

Kenali Nabi Anti Hadith .. Rashad Khalifa

Kepada mereka yang belum mengenali Rashad Khalifa ,
diterangkan secara ringkas. Rashad Khalifa tak silap
berasal daripada Mesir asalnya beragama Kristian.
Berhijrah ke Amerika Syarikat mendapat PhD dan
bergelar Dr Rashad Khalifa, di Tucson , Arizona dan
membina masjid di sana dan memperkenalkan ajaran Islam
versi baru yang sesuai dengan perkembangan zaman.
Beliau telah mentafsirkan semula seluruh ayat Quran
secara logik akal dan dipekukuhkan dengan formula
matematik.

Kesesatan beliau yang paling jelas ialah apabila
beliau sendiri mengaku sebagai Rasul pilihan Allah
yang terakhir. Berikut adalah pengakuan beliau :
http://www.submis...dik-2.html

Pada masa aku menunaikan Haji diMekkah, dan sebelum
matahari terbit pada hari selasa, Zul Hijjah 3, 1391,
bersamaan december 21, 1971, aku, Rashad Khalifa, roh
dan manusia yang sebenar, bukannya tubuhku, telah
dibawa kesuatu tempat didalam alam semesta dimana aku
telah diperkenalkan kepada semua para nabi sebagai
Rasul Allah yang Dijanjikan. Aku telah diberitahukan
segala penjelasan dan kebenaran tentang peristiwa yang
bermakna ini sehingga Ramadan 1408.

Nama bagi Rasul Allah yang dijanjikan adalah berkod
matematika didalam Quran sebagai “Rashad Khalifa.” Ini
tentu sekali cara yang paling baik untuk
memperkenalkan Rasul Allah kepada dunia dizaman
komputer ini.


Ajaran sesat Rashad Khalifa telah diberi kebebasan
yang seluasnya di Amerika Syarikat. Quran tafsirannya
boleh didapati dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa
Malaysia. Laman web ajaran sesat ini boleh didapati
dalam pelbagai bahasa Bahasa Malaysia, Turki, Cina,
Jepun, Belanda, Portugis, Itali, Rusia, Parsi dan
lain-lain lagi.

Antara hujah dari ayat Quran yang sering digunakan
dalam kod etika pakaian Islam oleh mereka ialah :
Sebaik-baik pakaian ialah takwa, pakaian hendaklah
sesuai dengan keadaan semasa bukannya dengan menutup
kepala dan sebagainya.

Di Malaysia , ajaran sesat ini mendapat perhatian
remaja Melayu Islam apabila mereka berinteraksi dalam
ruangan sahabat pena di
http://www.submis...npals.html

Pihak berkuasa di Malaysia harus dengan segera
mengisytiharkan ajaran sesat ini dan mengambil
tindakan mereka yang terlibat sebelum terlambat.
JAKIM, IKIM, Mufti-mufti, Majlis Fatwa Kebangsaan, NGO
dan lain-lain harus bertindak segera.

Rashid Khalifa mati dibunuh:
(sumber wikipidia)

On January 31, 1990, Khalifa was murdered at Masjid Tucson. He was stabbed multiple times and his body drenched in xylol but not set alight. Although nobody has been convicted of his murder, James Williams, an alleged member of the Jamaat ul-Fuqra organization, was convicted of conspiracy in the slaying.[6] Williams disappeared on the day of his sentencing and could not be found.[7] In 2000 Williams was apprehended attempting to re-enter the United States and sentenced to serve 69 years in prison. His convictions were upheld on appeal by the Colorado Court of Appeals except for one count of forgery. [8][9]

CBS News reported that Muslim extremist Wadih el-Hage was "connected to the 1990 stabbing death of... Rashad Khalifa [who] was hated by Muslim extremists [that were] opposed to his teachings. El-Hage who was indicted for lying about the case, called the assassination 'a good thing.'" [10]

On Tuesday, April 28, 2009 the Calgary Police Services of Canada arrested Glen Cusford Francis, a 52-year-old citizen of Trinidad and Tobago, on suspicion of killing Rashad Khalifa.[11] Investigators in Tucson learned that Francis who was going by the name Benjamin Phillips had began his studies under Khalifa in January 1990. Phillips disappeared shortly after the slaying,[11] and was said to have left the country. An investigation revealed Phillips and Francis were the same man upon discovering finger prints found in Phillips apartment. A specialty unit of the Tucson Police Department furthered in its investigation in 2006 and in December of 2008 and was able to use DNA testing on forensic evidence from the crime scene to tie Francis to the assassination.[12]

Sekian.
Edited by manKip on 22-11-2009 06:03
[b]DESIGN & PRINTING:
www.nicebookcover...
 
www.nicebookcover.webs.com
manKip
#11 Print Post
Posted on 22-11-2009 06:07
User Avatar

Veteran Member


Posts: 734
Joined: 09.10.08

20 HUJJAH ATI HADITH DAN JAWAPAN2 NYA:

Berikut disenaraikan 20 hujah asas (Primary Argument) yang dikemukakan oleh Golongan Anti Hadis untuk menolak hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dari sisi syari’at Islam. Sekalipun kelihatan dalam laman-laman web mereka, terutamanya www.ropelist.com dan www.submission.org seolah-olah mereka memiliki banyak hujah dan alasan untuk menolak hadis, namun kesemua hujah-hujah tersebut hanyalah merupakan terbitan dari 20 kelompok hujah asas ini. Dengan terjawabnya atau lebih tepat tertolaknya 20 hujah asas ini maka tertolak juga puluhan hujah-hujah mereka yang lain.

Hujah Pertama:

Al-Qur’an adalah lengkap, terperinci lagi sempurna, maka kenapakah perlu dirujuk kepada hadis-hadis Nabi sallallahu-alaihi-wasallam ? Bukankah Allah Subhanahu waTa’ala telah berfirman di dalam al-Qur’an:

Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab (Al-Quran) ini. [al-An’aam 6 :38]

(Katakanlah) : Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu ? [al-An’aam 6 :114]

Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman. [al-‘Araaf 7 :52]

Alif, Laam, Raa’. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya SATU-PERSATU. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya. [Hud 11:01]

Jawapan:

Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala apabila Dia menyatakan kesempurnaan, kelengkapan dan perincian kitab suci-Nya al-Qur’anul Karim, adalah merujuk kepada peranan yang dimiliki oleh al-Qur’an sebagai “kitab induk” yang telah mengusulkan pelbagai kaedah dan cara bagi umat manusia menerima dan mempraktikkan risalah Allah dalam kehidupan harian mereka sehingga ke Hari Akhirat.[1] Al-Qur’an adalah lengkap dan sempurna dalam konteks ia meletakkan asas-asas mentauhidkan Allah dan kaedah-kaedah menjanakan syari’at-Nya. Demikian juga, apabila dikatakan bahawa kitab al-Qur’an tidak meninggalkan atau terlupa apa-apa, ia bererti bahawa al-Qur’an tidak leka atau lengah dari menggariskan pelbagai kaedah serta prinsip penukilan hukum dan ajaran yang diperlukan umat untuk melaksanakan syari’at Allah yang indah ini dalam semua suasana dan keadaan.

Dalam suasana kelengkapan dan keterperincian inilah al-Qur’an meletakkan dasar serta prinsip yang jitu bahawa hadis serta sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam wajib dijadikan salah satu dari sumber syari’at yang ditaati, dirujuki dan dipegangi. Apabila hadis dan sunnah Rasulullah disisihkan, maka ia bererti menyisih sebahagian dari dasar dan prinsip penting yang digariskan oleh al-Qur’an; dan apabila hadis dan sunnah Rasulullah ditentang, ia bererti menentang sebahagian dari ajaran al-Qur’an itu sendiri.[2]

Adalah merupakan tindakan yang amat jahil apabila seseorang itu memahami ayat-ayat di atas secara zahir (face value) sehingga mereka berkata segala apa yang berkaitan dengan agama dan kehidupan di dunia ini telah diperincikan satu-persatu di dalam al-Qur’an. Jika inilah kefahaman mereka, maka penulis bertanya – jika pagi tadi kita bersarapan Mee Goreng dan ingin mengetahui hukumnya, bolehkah kita mencarinya di dalam al-Qur’an ? Pastinya kita tidak akan menemui keterangan tentang Mee Goreng. Maka apakah dengan itu Mee Goreng tersebut menjadi sesuatu yang halal, atau haram, atau sesuatu yang dilupai oleh al-Qur’an ?

Sebaliknya jika difahami ayat-ayat di atas sebagai yang menerangkan peranan al-Qur’an dalam meletakkan dasar serta prinsip syari’at dan kehidupan, pasti kita akan ketahui bahawa Mee Goreng tersebut adalah halal dan baik untuk dimakan, kerana al-Qur’an sedia menggariskan beberapa prinsip asas pemakanan, antaranya semua yang ada di mukabumi ini adalah halal untuk dimakan (Yunus 10:59) asalkan disembelih atas nama Allah (al-An’aam 6:121) atau dari sembelihan Ahli Kitab (al-Maidah 5:05) dan ia bukan bangkai atau daging khinzir (al-Maidah 5:03); dan bahawa umat Islam sangat dianjur makan (al-An’aam 6:142) asalkan mereka tidak berlebih-lebihan (al-A’raaf 7:31).[3] Inilah maksud dan cara sebenar mengguna-pakai ayat-ayat di atas yang menjadi asas perbincangan.
Edited by manKip on 22-11-2009 06:07
[b]DESIGN & PRINTING:
www.nicebookcover...
 
www.nicebookcover.webs.com
manKip
#12 Print Post
Posted on 22-11-2009 06:09
User Avatar

Veteran Member


Posts: 734
Joined: 09.10.08

Hujah Kedua:

Tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam hanyalah sebagai seorang posmen yang membawa surat daripada seorang pengirim untuk diserahkan kepada penerimanya. Demikianlah juga Rasulullah, baginda hanya ditugaskan membawa al-Qur’an daripada Allah untuk diserahkan kepada manusia. Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan sahaja. [al-Maidah 5:99]

Tugasmu (Wahai Muhammad) tidak lain hanyalah menyampaikan. [asy-Syura 42:48]

Jawapan:

Ayat-ayat di atas dan beberapa lain yang senada sebenarnya menerangkan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak dipertanggung-jawabkan untuk memastikan setiap orang menerima risalah Islam. Baginda hanya dipertanggung-jawabkan untuk menyampaikan risalah tersebut. Terima atau tidak, ia adalah berkaitan dengan hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu waTa’ala. Dalam ertikata lain, sama ada seseorang itu menerima atau menolak Islam, itu bukan urusan Rasulullah tetapi adalah urusan mutlak Allah Subhanahu waTa’ala. Penjelasan ini akan lebih difahami dengan merujuk kepada ayat-ayat berikut:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu”. [Yunus 10:108]

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). [al-Qasas 28:56]

Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah – hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azab-Nya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan). Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). [asy-Syura 42: 47-48] [1]

Dakwaan bahawa tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam hanya membawa al-Qur’an juga dapat ditolak dengan merujuk kepada ayat-ayat lain di dalam al-Qur’anul Karim yang sedia menerangkan pelbagai tugas dan tanggung-jawab baginda. Berikut disenaraikan antara 10 tugas dan tanggung-jawab Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.





10 Tugas dan Tanggung-Jawab Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

[1] Mengajar manusia untuk mentauhidkan Allah Azza waJalla sahaja.

Antara tugas pertama yang diamanahkan kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah mengajar manusia untuk mentauhidkan Allah Subhanahu waTa’ala. Allah menurunkan ayat berikut kepada Rasulullah untuk beliau katakan dan ajarkan kepada manusia:

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya. [al-Ikhlas 111:1-4]

[2] Membawa al-Qur’an untuk manusia.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran (untuk menjadi panduan hidup) kepada umat manusia seluruhnya. [az-Zumar 39:41]

[3] Membacakan al-Qur’an kepada manusia.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (al-Qur’an). [‘Ali Imran 3:164]

Membaca di sini bererti menyampaikan secara lisan ayat-ayat al-Qur’an. Sepertimana yang kita tahu, al-Qur’an dibawa oleh malaikat Jibrail alaihi-salam kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam seorang sahaja. Setiap kali Jibrail turun membawa ayat atau ayat-ayat, Rasulullah akan bacakan ayat tersebut kepada umat. Di kalangan mereka ada yang mencatitnya manakala yang lain menghafalnya.

[4] Membersihkan manusia dari dosa dan kemungkaran.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka. [‘Ali Imran 3:164]

Membersihkan bermaksud menyucikan roh dan jiwa manusia yang dipenuhi dosa akibat dari kekotoran syirik, mempertuhankan taghut – yakni segala yang dijadikan tuhan selain dari Allah, keyakinan kurafat, tahayul dan pelbagai lagi yang menjadi akidah dan pegangan umat di zaman jahiliyah dahulu. Termasuk juga dalam pembersihan ini adalah pendidikan rohani, pembentukan akhlak murni, mendisiplinkan nafsu dan syahwat, menghindar maksiat dan kemungkaran dan pelbagai lagi kotoran yang menguasai manusia pada ketika itu.[2]

[5] Mengajar dan menerangkan al-Qur’an.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran). [‘Ali Imran 3:164]

Maksud mengajar al-Qur’an bukanlah cara-cara membaca dan mentilawahkannya kerana orang ramai ketika itu sedia mengetahui bahasa Arab, tetapi adalah mengajarkan maksud ayat-ayat dan cara-cara mengamal serta mempraktikkannya.

[6] Menerang, menghurai dan memperincikan al-Qur’an.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka. [an-Nahl 16:44]

Perkataan supaya engkau menerangkan adalah terjemahan dari perkataan litubayyina yang berasal dari kata al-Bayan. Ia bermaksud menerangkan, menghuraikan dan memperincikan sesuatu dari pokoknya. Maka apabila Allah Tabaraka waTa’ala menugaskan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam sebagai mubayin al-Qur’an, ia bererti beliau ditugaskan untuk menerangkan, menghuraikan dan memperincikan al-Qur’an.[3] Contohnya al-Qur’an memfardhukan solat maka tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah menerangkan apakah itu solat, menghuraikan hukum-hukumnya dan memperincikan sifat-sifatnya.

Ayat ini juga jelas menolak dakwaan bahawa tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah hanya sekadar seorang posmen kerana Allah Azza waJalla telah menggunakan istilah Litubayyina dan bukannya Balagh atau Mubaligh yang bererti sampaikan atau penyampai.

[7] Mengajar al-Hikmah, iaitu segala ilmu-ilmu dan perincian agama yang tidak terkandung dalam al-Qur’an.

Terdapat dua ragam dan pola susunan perkataan al-Hikmah dalam al-Qur’an.[4] Ragam pertama adalah apabila perkataan al-Hikmah berdiri dengan sendirinya. Ia memiliki beberapa erti seperti sifat-sifat kenabian (nubuwah), kebijaksanaan dan syari’at agama, setiapnya bergantung kepada konteks perbincangan ayat. Berikut dikemukakan beberapa contoh:

Dan Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan al-Hikmah (pangkat kenabian-nubuwah) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. [al-Baqarah 2:251]

Allah memberikan al-Hikmah (kebijaksanaan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan al-Hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. [al-Baqarah 2:269]

Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa al-Hikmah (syari’at agama), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara agama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku. [az-Zukhruf 43:63]

Ragam kedua adalah apabila perkataan al-Hikmah digandingkan dengan al-Kitab, iaitu al-Kitab dan al-Hikmah. Contohnya ialah ayat-ayat berikut:

Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: al-Kitab dan al-Hikmah, dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar. [an-Nisaa’ 4:54]

Dan Allah telah menurunkan kepadamu (Muhammad) Kitab (Al-Quran) serta al-Hikmah. [an-Nisaa’ 4:113]

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan al-Hikmah. [‘Ali Imran 3:164]

Dalam ragam kedua ini, perkataan al-Hikmah bererti segala sumber syari’at, ilmu dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci (al-KitaCool. Ini adalah kerana Allah Azza waJalla tidak akan membicarakan dua perkara yang sama dengan dua istilah yang berbeza melainkan yang dimaksudkan oleh-Nya adalah dua perkara yang berbeza juga. Demikian juga, al-Qur’anul Karim dengan segala kemukjizatan dan kekayaan bahasanya tidak akan merujuk kepada dua objek yang sama dengan dua istilah yang berlainan melainkan yang dirujuki adalah dua subjek yang berlainan juga.

Oleh itu al-Hikmah bukanlah bererti al-Kitab atau kitab suci yang diturunkan oleh Allah dari langit kepada para RasulNya tetapi ia adalah segala sumber syari’at, ilmu, dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci. Segala apa yang disampaikan oleh para Rasul Allah tentang ­al-Hikmah, baik ia dalam bentuk lisan, praktikal atau pengiktirafan, itulah yang dikenali sebagai as-Sunnah.

Para Rasul Allah yang diberikan al-Kitab juga diberikan al-Hikmah (an-Nisaa’ 4:54) dan ini termasuklah Rasul Allah yang terakhir Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam (an-Nisaa’ 4:113). Baginda bukan sahaja diberi al-Hikmah tetapi ditugaskan untuk mengajar al-Hikmah tersebut kepada umatnya (‘Ali Imran 3:164).

Selain dua ragam utama di atas tentang susunan perkataan al-Hikmah dalam al-Qur’an, terdapat satu susunan lain yang sedikit berbeza, iaitu dalam ayat:

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa; Dan ketika Aku mengajarmu al-Kitab, dan al-Hikmah dan Kitab Taurat dan Kitab Injil. [al-Maidah 5:110, lihat juga ‘Ali Imran 3:48]

Dalam ayat ini Allah Subhanahu waTa’ala menerangkan bahawa Dia telah mengajar Nabi Isa alaihi-salam empat perkara: [1] al-Kitab, [2] al-Hikmah, [3] Taurat dan [4] Injil. Memandangkan Taurat dan Injil adalah dua kitab suci yang Allah turunkan dari langit, maka perkataan al-Kitab yang pertama tidak bererti kitab suci juga, tetapi ia bererti tulisan. Ini adalah kerana perkataan al-Kitab memiliki beberapa erti dalam bahasa Arab dan dalam konteks susunan dan perbincangan ayat di atas, ia bererti kebolehan menulis dalam usia masih bayi yang diajarkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada Nabi Isa alaihi-salam. Ini adalah sebagaimana kebolehan berkata-kata yang dikurniakan Allah kepada baginda dalam usia bayinya.[5] Perkataan al-Hikmah pula bererti sifat kenabian (nubuwah), kebijaksanaan dan ilmu-ilmu agama yang diajarkan Allah kepada Nabi Isa. Termasuk dalam pengertian al-Hikmah ini ialah segala sumber syari’at, ilmu, dan perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci Taurat dan Injil.

[8] Mengajar perkara-perkara baru yang sebelum itu tidak diketahui.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sebagaimana Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu, dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. [al-Baqarah 2:151]

Selain diamanahkan mengajar umat berkenaan urusan-urusan agama dalam al-Kitab dan al-Hikmah, selanjutnya Allah Subhanahu waTa’ala mengamanahkan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam mengajar umat hal-hal duniawi yang belum mereka ketahui. Maksudnya adalah seperti yang diterangkan oleh Sa’id Hawa (1989M): Dahulu di zaman jahiliyah mereka (masyarakat AraCool adalah orang-orang bodoh, lalu dengan berkat risalah Muhammad – mereka menjadi orang-orang yang pintar dan berpengetahuan. Bahkan menjadi orang yang paling dalam pengetahuan, berhati lembut dan berbahasa paling jitu.[6]

Sayid Quthb (1966M) juga telah mengulas: Islam telah mengangkat mereka (umat Islam) dari lingkungan masyarakat Arab yang tidak mengetahui kecuali hal-hal yang sedikit dan berserakan yang hanya layak untuk kehidupan berkabilah di tengah padang Sahara. Kemudian Islam menjadikan mereka sebagai umat yang memimpin manusia dengan penuh bijaksana, terarah, sangat piawai, tepat dan berpengetahuan. [7] Malah dengan risalah Islam bersama didikan serta pimpinan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam inilah masyarakat Arab dapat membangun, jika tidak tertinggallah mereka sepertimana masyarakat Eskimo di Kutub Utara dan masyarakat Zulu di benua Afrika hari ini ![8]

[9] Merangsang umat untuk sentiasa berjihad menegakkan Islam.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah; engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah Amatlah besar kekuatan-Nya dan Amatlah berat azab seksa-Nya. [an-Nisaa’ 4:84]

Ayat ini sekaligus menerangkan dua tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam:

Pertama, berjihad menegakkan agama Islam sebagaimana firman Allah: Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah… Berdasarkan ayat ini ketahuilah bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak hanya ditugaskan sekadar mengajar al-Qur’an dan mendakwahkan Islam kepada manusia tetapi beliau juga ditugaskan dengan sesuatu yang lebih berat lagi membahayakan, iaitu mengangkat senjata di medan perang menegakkan Islam. Lebih dari itu tugas ini tetap dibebankan ke atas diri Rasulullah sekalipun baginda seorang diri sahaja, sebagaimana firman Allah: … engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri.

Kewajipan berperang yang diperintahkan kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam ayat ini sekali-lagi menafikan dakwaan bahawa baginda hanya memiliki peranan sebagai seorang posmen yang menyampaikan al-Qur’an sahaja. Malah ayat ini secara jelas menonjolkan kegagahan diri Rasulullah sebagaimana yang diterangkan oleh al-Fakh-ur-Razi: Ayat ini menunjukkan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah seseorang yang memiliki sifat yang gagah lagi yang paling bijaksana dalam urusan peperangan (kerana) tidaklah (Allah) akan memerintahkan demikian melainkan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam memang memiliki sifat-sifat tersebut (gagah dan bijaksana). [9]

Tugas kedua yang diwajibkan ke atas diri Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam ayat di atas adalah mengerah dan mengajak umat Islam agar turut berperang sepertimana firman Allah: Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani).

[10] Menggubal hukum.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Dia (Muhammad) menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan daripada mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. [al-A’raaf 7:157]

Dalam ayat ini Allah Subhanahu waTa’ala menerangkan tugas dan kekuasaan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam menggubal hukum-hukum agama seperti menghalalkan apa yang baik dan mengharamkan apa yang memudaratkan.

Demikian antara 10 tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang dijawatkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala dalam al-Qur’anul Karim. Terdapat beberapa lagi tugas Rasulullah yang diterangkan oleh al-Qur’an seperti menunjuki umat ke arah jalan yang lurus, menerangi mereka dengan nur – cahaya Islam, mengkhabarkan berita gembira kepada orang yang beriman akan balasan syurga bagi mereka, memberi amaran kepada orang yang ingkar akan balasan neraka, menjadi saksi kepada umat di akhirat dan pelbagai lagi. Yang pentingnya tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidaklah sekadar membawa al-Qur’an sahaja umpama seorang posmen yang membawa surat dari pengirim kepada penerima.
[b]DESIGN & PRINTING:
www.nicebookcover...
 
www.nicebookcover.webs.com
manKip
#13 Print Post
Posted on 22-11-2009 06:10
User Avatar

Veteran Member


Posts: 734
Joined: 09.10.08

Hujah Ketiga:

Prinsip Islam yang terpenting adalah tidak boleh mentaati sesuatu hukum syari’at kecuali yang berasal dari Allah Subhanahu waTa’ala. Tidak boleh mencari atau mentaati sumber hukum yang lain sebagaimana yang dikritik oleh Allah waTa’ala dalam ayat berikut:

Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah ? [al-An’aam 6:114]

Umat Islam mentaati hukum-hukum yang berasal dari Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam kerana mereka memahami firman Allah yang bermaksud: Taatlah kepada Rasulullah sebagai bererti mentaati hukum-hukum yang berasal dari beliau. Ini adalah satu fahaman yang salah kerana perintah mentaati Rasulullah bukanlah bererti mentaati Muhammad tetapi bererti mentaati tugas yang dipertanggung-jawabkan kepada Muhammad sebagai seorang Rasul Allah, iaitu membawa kitab al-Qur’anul Karim kepada manusia. Seandainya umat Islam dikehendaki mentaati hukum-hukum yang berasal dari Muhammad, pasti Allah akan berfirman umpama: Taatlah kepada Muhammad.

Lebih dari itu Muhammad hanyalah seorang manusia biasa seperti kita semua, mentaati beliau dalam urusan syari’at bererti menyamakan kedudukannya di sisi Allah Ta’ala dan ini jelas satu perbuatan syirik yang besar.

Jawapan.

Dakwaan di atas akan penulis jawab dalam 4 bahagian, [1] Siapakah “hakim” yang sepatutnya bagi orang beriman ? , [2] Erti perintah Taatlah kepada Rasulullah [3] Adakah mentaati Rasulullah satu perbuatan syirik ? dan [4] Kedudukan Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam sebagai seorang manusia biasa.

Pertama: Siapakah “hakim” yang sepatutnya bagi orang beriman ?

Firman Allah Azza waJalla yang bermaksud: Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah ? [al-An’aam 6:114] sebenarnya merupakan jawapan kepada tindakan orang-orang musyrik Makkah ketika itu yang telah melantik seorang pemimpin Ahli Kitab untuk mengadili kebenaran Muhammad sebagai seorang Rasul Allah. Mereka menyuruh pemimpin Ahli Kitab tersebut menilai kebenaran Muhammad berdasarkan apa yang tertulis dalam kitab Taurat dan Injil.[1] Maka Allah Subhanahu waTa’ala menurunkan ayat ini yang seluruhnya berbunyi:

(Katakanlah): Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dialah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu ? Dan orang-orang yang Kami berikan kitab (orang-orang Yahudi dan Nasrani), mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu. [al-An’aam 6:114], iaitu apakah patut dicari seorang hakim selain Allah padahal Allah telah menurunkan kitab al-Qur’anul Karim yang jelas menyatakan dan membuktikan kerasulan Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam. Ayat ini memiliki erti yang lebih luas, iaitu apabila kita berdialog dan berbincang dengan orang-orang bukan Islam, adalah mencukupi al-Qur’an sebagai “hakim” yang menjadi dalil, sumber penghujahan dan bukti kebenaran.

Ayat di atas tidak bermaksud mengecualikan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam sebagai “hakim” bagi umat Islam dalam persoalan hukum-hukum mereka. Perhatikan ayat berikut yang bukan sahaja menuntut ketaatan tetapi juga menjanjikan kejayaan kepada sesiapa yang menjadikan Rasulullah sebagai seorang “hakim” yang memutuskan persoalan hukum di kalangan mereka:

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”; dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. [an-Nur 24:51]

Kedua: Erti perintah Taatlah kepada Rasulullah.

Jika dikaji keseluruhan al-Qur’an akan didapati Allah Subhanahu waTa’ala merujuk kepada Muhammad bin Abdullah sallallahu-alaihi-wasallam dengan 4 istilah. Yang pertama adalah dengan istilah hamba-Nya sebagaimana ayat berikut:

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [al-Israa’ 17:01]

Kedua Allah merujuk kepada Muhammad dengan nama baginda yang sebenar bagi menerangkan kepada para pembaca al-Qur’an siapakah beliau. Contohnya adalah ayat berikut:

Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). [al-Fath 48:29]

Ketiga Allah merujuk kepada Muhammad dengan istilah Nabi apabila membicarakan persoalan peribadi baginda seperti nasihat, urusan rumahtangga dan sebagainya. Berikut adalah satu contoh:

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya. [al-Ahzab 33:28]

Termasuk dalam kategori ketiga ini ialah apabila Allah Subhanahu waTa’ala merujuk kepada Muhammad dengan kata-kata engkau atau kamu.

Keempat Allah merujuk kepada Muhammad dengan istilah Rasul atau Rasul-Nya atau Rasulullah, semua ini merujuk kepada tugas, peranan, amanah dan tanggung-jawab yang dimiliki oleh baginda dalam urusan risalah Islam. Terdapat banyak contoh ayat yang menggunakan istilah ini, satu darinya adalah:

Sebagaimana Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu, dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. [al-Baqarah 2:151]

Selain itu istilah Rasul juga digunakan oleh Allah Subhanahu waTa’ala dalam al-Qur’an bagi mengingatkan kelebihan, kemuliaan dan keistimewa Muhammad sebagai seorang manusia yang berpangkat Rasul supaya umat Islam menghormati dan berlaku sopan terhadapnya. Berikut adalah satu contoh dan perhatikan perbezaan penggunaan istilah Nabi dan Rasul:

Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya). Katakanlah: Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu. Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [at-Taubah 9:61]

Kembali kepada asas perbincangan, tidak dinafikan bahawa Allah telah memerintahkan ketaatan kepada Rasulullah dan bukan kepada Muhammad, bererti bahawa yang wajib kita taati adalah segala tugas, peranan, amanah dan tanggungjawab baginda dalam konteks risalah Islam. Akan tetapi adalah tidak wajar jika tugas tersebut dibataskan kepada membawa kitab al-Qur’an sahaja kerana selain itu baginda juga memiliki pelbagai tugas yang penting seperti yang telah disenaraikan di atas (lihat jawapan bagi hujah kedua). Maka perintah mentaati Rasulullah bererti mentaati semua tugas-tugas yang dipertanggung-jawabkan kepadanya oleh Allah Subhanahu waTa’ala, tidak satu sahaja.

Ketiga: Adakah mentaati Rasulullah satu perbuatan syirik ?

Dakwaan bahawa mentaati ajaran, perintah dan larangan yang berasal dari Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah satu perbuatan syirik terhadap Allah Azza waJalla adalah tidak benar kerana ia sebenarnya telah diberi pengiktirafan dan keizinan oleh Allah sendiri sebagaimana firman-Nya:

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. [an-Nisaa’ 4:64]

Lebih dari itu, mentaati ajaran, perintah dan larangan yang berasal dari Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam bererti mentaati Allah Subhanahu waTa’ala sendiri sebagaimana firman-Nya:

Sesiapa yang taat kepada Rasul, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. [an-Nisaa’ 4:80]

Dalam sebuah ayat lain Allah Azza waJalla menegaskan:

Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka yang memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). [al-Fath 48:10]

Firman Allah …memberi pengakuan taat setia kepadamu… adalah terjemahan dari perkataan (yubaya`unaka) yang berasal dari kata dasar (al-bai'Wink : al-Bai’ah. Ibnu Athir (606H) menerangkan bahawa al-Bai’ah ialah suatu ungkapan (yang bermaksud) saling mengikat atau saling berjanji, seolah-olah setiap pihak dari keduanya telah menjual apa yang ada pada dirinya kepada sahabatnya, dan (dalam perjanjian itu) dia memberikan ketulusan hati, ketaatan dan urusan dirinya (menyerahkan diri sepenuhnya).[2]

Ibnu Khaldun (808H) juga berkata: Ketahuilah bahawa al-Bai’ah merupakan kontrak dan perjanjian untuk taat. Misalnya seorang yang menyampaikan sumpah setia, membuat perjanjian dengan amirnya, akan menyatakan bahawa dia akan menyerahkan pengawasan atau urusannya sendiri dan kaum muslimin kepadanya (amir) dan bahawa dia tidak akan menandingi kekuasaannya dan bahawa dia akan mentaatinya dengan melaksanakan semua tugas yang dibebankan kepadanya baik dia bersetuju atau tidak.[3]

Oleh itu sesiapa yang berbai’ah kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam maka dia sebenarnya berbai’ah kepada Allah Azza waJalla. Sesiapa yang bermuafakat, berikrar, berjanji dan bersetuju untuk mentaati serta menyerahkan diri sepenuhnya kepada Rasulullah maka dia sebenarnya bermuafakat, berikrar, berjanji dan bersetuju untuk mentaati serta menyerahkan diri sepenuhnya Allah Azza waJalla. Ayat ke 10 surah al-Fath ini bersama ayat 80 surah an-Nisaa sebelumnya secara tegas membatalkan dakwaan bahawa mengikut dan mentaati Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah satu perbuatan syirik terhadap Allah Azza waJalla.

Kempat: Kedudukan Muhammad sebagai seorang manusia biasa.

Tidak dinafikan bahawa Muhammad bin Abdullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah seorang manusia biasa yang makan dan minum seperti kita semua. Semua Rasul yang diutuskan oleh Allah adalah dari jenis manusia, bukan malaikat atau jin. Hal ini telah diterangkan sendiri oleh Allah Subhanahu waTa’ala beberapa kali di dalam al-Qur’an, antaranya:

Katakanlah (wahai Muhammad): Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul ? [al-Isra’ 17:93]

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada “Ahlu – Zikri” jika kamu tidak mengetahui. Dan Kami tidak menjadikan Rasul-rasul itu bertubuh badan yang tidak makan minum, dan mereka pula tidak akan kekal hidup selama-lamanya (di dunia). [al-Anbiya’ 21:7-8]

Hikmah diutus para Rasul dari jenis manusia adalah kerana tugas mereka bukanlah sekadar membawa kitab suci Allah tetapi mereka juga bertanggung-jawab mengajar, menjelas dan menterjemah ayat-ayat kitab suci menjadi perbuatan praktikal agar umat mudah memahami dan mengikutinya. Para Rasul juga bertanggung-jawab untuk menunjukkan umat kaedah hidup, terutamanya dari sudut akhlak dan moral supaya manusia dapat mengekalkan diri mereka sebagai sebaik-baik ciptaan dan tidak pula menjadi haiwan dan binatang ternak. Sudah tentu tugas-tugas ini tidak dapat disempurnakan jika Allah Subhanahu waTa’ala mengutuskan para Rasul-Nya dari jenis malaikat, jin atau mana-mana makhluk lain.

Oleh itu adalah benar dakwaan bahawa Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam adalah seorang manusia biasa. Akan tetapi adalah tidak benar untuk memandang rendah dan meremehkan Muhammad kerana Allah Subhanahu waTa’ala di dalam al-Qur’an telah mengangkat dan memuliakan beliau berbanding manusia selainnya. Berikut adalah 10 keterangan al-Qur’an tentang kemulian dan kelebihan Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam.



10 Kemulian dan Kelebihan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

[1] Allah Subhanahu waTa’ala dan para Malaikat berselawat kepada Rasulullah.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. [al-Ahzab 33:56]

Istilah Selawat berasal dari perkataan solat yang bererti doa. Apabila dikatakan berselawat kepada Rasulullah, ia bererti mendoakan segala yang baik untuk baginda. Selawat Allah kepada Rasulullah bererti pujian, pengagungan dan pengurnian rahmat oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada baginda. Manakala selawat para malaikat dan manusia kepada Rasulullah adalah doa agar Allah Subhanahu waTa’ala memberikan rahmat, keberkatan, keutamaan dan kemulian kepada baginda. Ayat 56 surah al-Ahzab ini jelas menunjukkan kemulian dan kelebihan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam di atas mana-mana manusia lain sehingga ke Hari Akhirat.



[2] Allah meninggi dan memuliakan nama Rasulullah.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu, dadamu (wahai Muhammad) ? Dan Kami telah meringankan daripadamu, bebanmu (menyiarkan Islam) - Yang memberati tanggunganmu ? Dan Kami telah meninggikan bagimu, sebutan namamu ? [asy-Syarh 94:1-4]

Terhadap firman Allah: ....... Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu .... telah diriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam bersabda:

Jibrail (alaihi salam) telah datang kepada aku dan berkata: “Sesungguhnya Rabb aku dan Rabb engkau telah telah berfirman – Tahukah bagaimana (Aku) menaikkan sebutan namamu ?” Berkata Rasulullah: “Allah sahaja yang mengetahui.” Berkata Jibrail: “Apabila namaKu disebut nama engkau disebut bersamaKu.” [4]

Riwayat ini sekalipun lemah isnadnya, tetapi maksudnya dibenarkan oleh umat Islam sejak dari saat pertama Islam bermula. Yang dimaksudkan dengan Apabila namaKu disebut nama engkau disebut bersamaKu adalah dalam sebutan syahadah, yakni apabila nama Allah Subhanahu waTa’ala dan Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam disebut bersama: “Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah” Berkata Mujahid (104H) rahmatullhu-alaihi, anak murid bagi Abdullah ibnu Abbas (68H) radiallahu-anhu: Tidaklah disebut (nama Allah) melainkan disebut juga nama dia (Muhammad) bersama (iaitu ketika berkata) “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah.” [5] Berkata juga Qatadah (118H) rahmatullahu-alaihi: Allah telah meninggikan namanya (Muhammad) di dunia dan akhirat. Tiadalah seorang yang menyebut atau bersyahadah atau bersolat kecuali akan berkata - “Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah.” [6] Mujahid dan Qatadah adalah dua tokoh ilmuan dan pakar tafsir generasi tabiin.



[3] Allah bersumpah dengan nama dan kedudukan Rasulullah.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka. [al-Hijri 15:72]

Para ahli tafsir menerangkan bahawa apabila Allah Subhanahu waTa’ala bersumpah dalam al-Qur’an, ia adalah bagi menunjukkan kebesaran objek yang disumpah-Nya atau bagi mengisyaratkan besarnya subjek yang bakal menyusuli sumpah tersebut.[7] Justeru apabila Allah Subhanahu waTa’ala bersumpah dengan usia atau hayat Rasulullah, ia menunjukkan kebesaran, keutamaan dan kepentingan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Malah inilah julung kalinya Allah bersumpah dengan sesuatu yang bernyawa dalam al-Qur’an, sumpah-sumpah-Nya yang lain semuanya ditujukan kepada benda tidak bernyawa seperti bulan, matahari, waktu dan sebagainya. Abdullah ibnu Abbas (68H) radiallahu-anhu berkata: Allah tidak mencipta atau membuat atau mereka suatu nyawa yang Dia muliakan lebih dari Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam. Dan aku tidak pernah mendengar Allah bersumpah dengan suatu nyawa selain nyawanya (Muhammad).[8]

Selain itu Allah Subhanahu waTa’ala juga beberapa kali telah menyusul sumpah-sumpah-Nya dengan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, sekali lagi membuktikan kebesaran dan keutamaan baginda. Sila rujuk ayat-ayat berikut:

Yaa, Siin. Demi Al-Quran yang mengandungi hikmah-hikmah dan kebenaran yang tetap kukuh, Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus. [Yasin 36:1-3]

Demi bintang semasa ia menjunam, rakan kamu (Nabi Muhammad), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat. [an-Najm 53:1-2]

Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila. [al-Qalam 68:1-2]

Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini; Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini. [al-Balad 90:1-2]

Demi waktu Dhuha, dan malam apabila ia sunyi-sepi, (bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu). [ad-Dhuha 93:1-3]



[4] Allah membela dan melindungi Rasulullah.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus. [al-Kaustar 108:1-3]

Ayat ini turun sebagai menjawab orang-orang kafir ketika itu yang telah menyindir Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam – kononnya beliau terputus zuriat keturunan, akibat kematian putera-putera beliau dalam usia yang masih kecil. Oleh itu Allah Subhanahu waTa’ala membela Rasulullah dengan menerangkan bahawa sekalipun beliau terputus zuriat keturunan, risalah Islam yang dibawanya tidak akan terputus. Ia akan terus berkembang sebagaimana yang dapat dilihat pada hari ini. Malah yang sebenarnya terputus adalah orang-orang kafir itu sendiri, bilangan mereka makin mengecil dan mereka semua tertinggal dalam kegelapan jahiliyah dan kesesatan taghut.[9]

Ayat ini juga memiliki erti dan pengajaran yang lebih luas memandangkan Allah Subhanahu waTa’ala telah menurunkannya dengan lafaz yang umum lagi terbuka. Oleh itu ayat ini juga ditujukan kepada:

[1] Sesiapa yang membenci Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, termasuk menghina, meremeh, merendah, bermusuhan, berdengkian dan marah kepada beliau.

[2] Sesiapa yang membenci dan melecehkan sunnah-sunnah Rasulullah, enggan mentaati dan mengikutinya tetapi lebih suka berbuat bid’ah sesuka hati.

[3] Sesiapa yang membenci risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah.[10]

Maka bagi orang-orang yang memiliki sifat kebencian ini, mereka terputus dari rahmat, kasih sayang, hidayah, petunjuk, kebaikan dan ganjaran Allah Subhanahu waTa’ala.

Selain itu terdapat beberapa ayat lain yang menerangkan pemeliharaan dan pertolongan Allah Subhanahu waTa’ala kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, antaranya ialah:

Dan Allah jualah akan memeliharamu (Muhammad) dari (kejahatan) manusia. [al-Maidah 5:67]

Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar. [al-Anfal 8:17] Ayat ini turun semasa Perang Badar apabila Allah Azza waJalla menurunkan pasukan tentera para malaikat bagi menolong Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dan umat Islam.

Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. [al-Anfal 8:30]

Jika kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya. [at-Taubah 9:40]



[5] Allah menyifatkan pengutusan Rasulullah sebagai Rahmat bagi sekalian alam.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan rahmat-Nya kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul…..[‘Ali Imran 3:164]

Perkataan mannaLlah bererti limpahan nikmat, rahmat dan kurnia yang Allah berikan kepada orang-orang Islam, iaitu apabila diutuskan kepada mereka Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam.[11]

Katakanlah: Dia mendengar (Muhammad) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu. [at-Taubah 9:61]

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. [al-Anbiya’ 21:107]



[6] Allah mensyaratkan kasih sayang kepada-Nya dengan ikutan kepada Rasulullah.

Sesiapa yang benar-benar mengasihi Allah Subhanahu waTa’ala, hendaklah dia membuktikan kasih sayang tersebut dengan mengikuti sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Firman Allah Subhanahu waTa’ala melalui lisan Rasulullah.

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka IKUTILAH daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [‘Ali Imran 3:31]



[7] Sesiapa yang memuliakan, menolong dan mengikut sunnah Rasulullah akan berjaya dunia dan akhirat, dan akan memperolehi, kasih sayang, keampunan dan keredhaan Allah.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Muhammad), dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya, mereka itulah orang-orang yang berjaya. [al-A’raaf 7:157]

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka IKUTILAH daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [‘Ali Imran 3:31]

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak. [al-Ahzaab 33:21]

[8] Allah memuji akhlak dan perilaku Rasulullah.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.[al-Qalam 68:04]



[9] Allah memberi amaran keras kepada sesiapa yang biadap dan tidak sopan terhadap Rasulullah.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. [an-Nur 24:63] Iaitu janganlah dipanggil Muhammad tetapi panggilah “Ya Rasulullah” atau “Wahai Nabi”.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya. [al-Hujerat 49:02]

Allah Subhanahu waTa’ala juga memberikan amaran keras kepada sesiapa yang menyakiti Rasulullah dan melakukan perkara-perkara yang tidak disukainya. Malah dalam satu ayat lain Allah meletakkan Rasulullah di sisi nama-Nya dalam memperingatkan kesalahan yang besar ini:

Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [at-Taubah 9:61]

Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti (atau melakukan perkara yang tidak diredai oleh) Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina. [al-Ahzaab 33:57]



[10] Allah tidak akan menghukum sesuatu kaum selagi Rasulullah hadir di tengah-tengah mereka ketika itu.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka. [al-Anfal 8:33]

Demikian 10 dalil al-Qur’anul Karim yang menerangkan kemulian, penghormatan dan kelebihan yang diberi oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Semua ini menunjukkan bahawa beliau bukanlah sekadar manusia yang biasa tetapi adalah manusia terpilih yang dikhususkan oleh Allah Tabaraka waTa’ala.[12]
[b]DESIGN & PRINTING:
www.nicebookcover...
 
www.nicebookcover.webs.com
manKip
#14 Print Post
Posted on 22-11-2009 06:13
User Avatar

Veteran Member


Posts: 734
Joined: 09.10.08

sEMUA 20 HUJJAH UTK GOLONGAN ANTI HADITH AKAN SAYO PASTE KAT SINI, UTK PODOMAN KITO.. INSYALLAH, ADO MASO DEN TEPEK SEMUO NYO...
[b]DESIGN & PRINTING:
www.nicebookcover...
 
www.nicebookcover.webs.com
yop bionic
#15 Print Post
Posted on 22-11-2009 07:54
Senior Member


Posts: 292
Joined: 16.10.09

BarakAllahufik..
 
yop bionic
#16 Print Post
Posted on 22-11-2009 08:48
Senior Member


Posts: 292
Joined: 16.10.09

Biadap betul dia orang, anggap Nabi Muhammad s.a.w. macam posmen.
Beratlah kalo tak bertobat.
 
Tok Kecik
#17 Print Post
Posted on 22-11-2009 11:00
User Avatar

Moderator


Posts: 2054
Joined: 04.06.09

Salam...

Mereko tuuuu .... nak nunggu taubatnyo ''yop bionic'' ... ontahlahhhhh ...

Yang pastinyo mereko tuu .... ''tauu buattt'' ...

th07.deviantart.net/fs47/300W/i/2009/237/b/0/scarecrow_by_banuant.jpg
 
MataHati
#18 Print Post
Posted on 22-11-2009 23:58
User Avatar

Veteran Member


Posts: 522
Joined: 03.10.09

Salaam,

Apa kata kita renungi semula ayat2 Al Quran yang pernah saya kemukakan dahulu di lain topik.

Nabi suruh kita ikut dia adalah perihal syariat yang termaktub dalam Al Quran, bukan benda lain. Berkenaan Allah benarkan atau tidak Nabi menyampaikan syariat di luar Al Quran, apakata kita sama-sama renungkan maksud firman Allah ini;

AQ 6:50. Katakanlah (Muhammad), "Aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'. Aku tidak mengetahui yang ghaib, dan aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku seorang malaikat'; aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku." Katakanlah, "Adakah orang yang buta denganorang yang melihat sama? Tidakkah kamu memikirkan?"

AQ 7:203. Dan apabila kamu tidak mendatangkan kepada mereka satu ayat, mereka berkata, "Mengapakah kamu tidak pilih sendiri?" Katakanlah (Muhammad), "Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku daripada Pemeliharaku; inilah bukti yang nyata daripada Pemelihara kamu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang mempercayai."

AQ 10:15. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, "Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia." Katakanlah (Muhammad), "Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak mengikuti apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku mengingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar."

Ayat-ayat diatas dengan jelas baginda nabi diarah untuk berkata bahwa tiada yang baginda sampaikan melainkan Al Quran yang diwahyukan dalam bersyariat...... apa maksud perkataan "hanya" diatas? Kalau dah dikatakan "hanya" maka adakah lagi yang lain dalam bersyariat.

Dan sekiranya baginda memandai-mandai menyampaikan selain yang diwahyukan (Al Quran) maka baginda akan dihukum....;

AQ 69:44. Sekiranya dia (Muhammad) mengada-adakan terhadap Kami sebarang ucapan,
AQ 69:45. Tentu Kami mengambilnya dengan tangan kanan,
AQ 69:46. Kemudian pasti Kami memotong urat jantungnya,
AQ 69:47. Dan tiadalah seseorang daripada kamu yang dapat menghalangi dia.
AQ 69:48. Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan).

Dari terjemahan ayat-ayat Allah diatas, maka adakah baginda mengingkari perintah Allah itu atau ada orang lain yang mengatas namakan baginda nabi demi kepentingan sendiri ? Mohon tuan2 respon......

Dan jika hujah copy paste yang dikemukan oleh tuan punya topik itu adalah arahan untuk nabi menyampaikan selain Al Quran dalam bersyariat maka akan ada pertentangan dalam Al Quran... sedangkan Allah dan rasulNya telah memberi jaminan bahwa tiada berlaku pertentangan dalam Al Quran.... mohon dicerahkan... ?

Terima kasih.
Edited by MataHati on 22-11-2009 23:59
Manusia Tetaplah Menjadi Manusia

" Allah menurunkan Al Hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab.......... " (39:23)

Katakanlah (Muhammad) : "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (12:108)
 
MataHati
#19 Print Post
Posted on 23-11-2009 00:06
User Avatar

Veteran Member


Posts: 522
Joined: 03.10.09

Salaam,

Sayang sekali hujah copy paste yang dikemukan oleh tuan punya topik termasuk pendapat dikatakan dari Imam Syafie, tercari-cari ayat Al Quran untuk disesuaikan dengan pendapat mereka.... apakahbagi mereka, Allahtelah kehabisan perkataan sehingga Allah tidak dapat mewahyukan perkataan "hadis nabi" atau "sunnah nabi" dalam Al Quran ?

Apa kata renungi kata2 Allah dan rasulNya ini;

AQ 31:27. Sekiranya semua pokok yang di bumi adalah pena-pena, dan laut - tujuh laut sesudah itu untuk mengisi semula - namun demikian, Kata-Kata Allah tidak akan habis. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.

AQ 18:109. Katakanlah, "Sekiranya laut adalah dakwat untuk Kata-Kata Pemeliharaku, tentulah laut itu habis sebelum Kata-Kata Pemeliharaku habis, walaupun Kami mendatangkan pengisian semula yang serupa dengan itu."

Jika Allah dan rasulNya tidak pernah menyebut perkataan tersebut dalam Al Quran mengapa manusia memandai-mandai mencipta perkataan tersebut demi kepentingan mereka lantas menggunakan nama nabi.... ?
Manusia Tetaplah Menjadi Manusia

" Allah menurunkan Al Hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab.......... " (39:23)

Katakanlah (Muhammad) : "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (12:108)
 
shah2n
#20 Print Post
Posted on 23-11-2009 05:45
User Avatar

Veteran Member


Posts: 910
Joined: 08.09.09

sALAMMMMMMM.............

th01.deviantart.net/fs51/300W/f/2009/325/f/2/f27e2aa9042baf3ce79e8baae6d54534.jpg

th04.deviantart.net/fs50/300W/f/2009/326/c/d/cd485e7fccf7902101768800c689a8d1.jpg

th06.deviantart.net/fs50/300W/f/2009/326/d/6/__leave_the_eyes___by_Lord_Kevinz.jpg

"TANYAKAN, " ADAKAH ADA DI ANTARA SEKUTUMU YANG MAMPU MEMBERI PETUNJUK YANG BENAR."

"KATAKANLAH," HANYA ALLAH YANG MAMPU MEMBERI PETUNJUK KEPADA YANG BENAR."

"ADAKAH TUHAN YANG MEMBIMBING KEPADA HAQ LEBIH BERHAK UNTUK DIIKUTI, ATAU SEKUTU YANG TIDAK DAPAT MENUNJUKKAN KECUALI BILA DIBERI PETUNJUK?"

"MENGAPA PULA KAMU MENGAMBIL KEPUTUSAN YANG DEMIKIAN?"

JUZUK 11 : SURAH YUNUS : AYAT : 35


AARRIOOOUSSS
SHAH2NCool
 
Jump to Forum:

Penafian: Pihak Terjah.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas atau Mozilla Firefox atau Safari dengan resolusi 1024 x 768

Hakcipta terpelihara @ 2010 Terjah.com