|
Sejarah Fahaman & Gulongan
|
| Tok Syam |
Posted on 11-01-2010 06:42
|

Moderator

Posts: 1343
Joined: 27.05.09
|
Allah telah menceritakan tentang fenomena manusia yg.bakal terjadi
di pentas dunia.Bermula kisan anak2 nabi Adam as.manusia telah
pun memulakan sejarah itu walau pun mereka tidak ramai.
Seterusnya Allah mengisahkan tentang umat nabi Musa selepas
diselamatkan dari kezaliman Firaun,...terpecah kepada 12 gulongan
sedangkan mereka semua dipimpin oleh satu pempin iaitu nabi
Musa.
Allah menyediakan 12 punca air untuk setiap kaum.Entah apa sebabnya
mereka itu berpuak puak.Kerana derjat , kerana kemuliaan dan kepandaian,
kerana kasta atau kerana fahaman yg.berbeda.
Tak mungkin kerana fahaman,..sedangkan nabi ada sebagai pemimpin.
Selain itu soal syariat dan muamalat belum diperketatkan.
Menjelang zaman nabi Muhammad juga terdapat pelbagai puak
sebagaimana kisah untuk meletakkan Batu Hajalasuat.
12 kumpulan sentiasa berbalah dan berbeda pendapat.
Secara umumnya,...bolehlah diketahui tentang kaum2 dizaman nabi
terdiri dari fahaman YAHUDI (Taurat) fahaman NASRANI (Injil) dan
ketika itu Islam belum dapat ditegakkan.Mungkin Islam ketika itu
adalah dari pengaruh ajaran nabi Ibrahim as.
Kemudian setelah Islam dapat diketengahkan,...nabi memberi tahu,...
bahawa umat menjadi kepada 73 fahaman hanya satu gulongan yang
selamat.
Maka...isu menyatakan perpecahan umat bukan sengaja direka nabi,...
tapi telah bermula sejak dulu.
Zaman itu dapat dibayangkan tentang percanggahan kaum bani israel
yg.telah |
| |
|
|
| Tok Syam |
Posted on 11-01-2010 17:31
|

Moderator

Posts: 1343
Joined: 27.05.09
|
Istilah Salaf.
Kata salaf dapat diterjemahkan menjadi "terdahulu" atau "leluhur". Dalam terminologi Islam, secara umum digunakan untuk menunjuk kepada tiga generasi pemeluk Islam pertama, yaitu:
•Sahabat... Sahabat Nabi Muhammad, yang bertemu atau melihat kehidupan Nabi dan menyatakan keimanan serta meninggal dalam keimanan tersebut.
•Tabi`in... ; yang pernah bertemu atau melihat sahabat dan menyatakan keimanan, dan mati dalam keimanan tersebut.
• Taba At Tabiin iaitu yang pernah bertemu atau melihat tabi'in kemudian menyatakan keimanan dan mati dalam keimanan tersebut.
, Muhammad berkata tentang salaf, "Masyarakat terbaik adalah mereka yang hidup dalam generasiku, kemudian generasi setelahnya, dan generasi setelahnya.[2]
Asal penamaan Salaf dan penisbahan diri kepada manhaj Salaf adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada putrinya Fatimah az-Zahra
"Karena sesungguhnya sebaik-baik salaf bagi kamu adalah saya".
Salaf pada saat ini berarti 'manhaj' atau cara beragama atau cara menjalankan ajaran agama islam. Jadi 'manhaj salaf' berarti menjalankan ajaran agama islam berdasarkan kepada bagaimana para sahabat rasulullah (golongan salaf) menjalankan ajaran agama ini, karena merekalah generasi yang langsung bertemu dengan rasul dan menyaksikan lansung peristiwa turunnya firman-firman Allah dan mendapat didikan langsung dari sang nabi. Sehinga dapat dikatakan golongan ini adalah golongan yang betul-betul menjalankan menurut syariat Islam, dengan baik dan benar sesuai dengan yang apa yang di inginkan oleh Allah dan RasulNya, tanpa adanya tambahan dan pengurangan sedikitpun.
Saat ini orang-orang yang mengikuti golongan salaf juga bisa dikatakan yang dijamin ke absahan dan ke outentikan aqidah dan akhlaknya. karena mereka mengambil ilmu agama berdasarkan ajaran generasi salaf, tanpa ada yang dikurangi atau ditambahkan.
Edited by Tok Syam on 11-01-2010 17:37 |
| |
|
|
| Tok Syam |
Posted on 11-01-2010 17:41
|

Moderator

Posts: 1343
Joined: 27.05.09
|
Sejarah Mazhab Al-Maaturidiyyah & Salafi Wahabbi
Al-Maaturidiyyah
Di sebelah timur negara Islam iaitu di daerah Maturid, wilayah Samarkand, lahir sarjana Islam yang bernama Muhammad bin Muhammad bin Mahmud Abu Mansur Maturidi. Beliau lahir pada tahun 332 Hijrah. Beliau membawa aliran ideologi akidah dalam fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah bagi menghadapi beberapa penyelewengan pada zamannya. Beliau adalah sarjana Islam dalam mazhab Hanafi.
Beliau muncul di Asia Tengah pada waktu masyarakat Islam dilanda aliran ideologi yang menyeleweng daripada akidah yang sebenar. Antaranya mazhab Muktazilah, Mujasimah, Muhammad bin Karam Sajassatani iaitu pemimpin fahaman Karamiah, Qaramitah yang dipimpin oleh Hamdan As’ ad, Jaham bin Safuan iaitu pemimpin fahaman Jahamiah, dan ahli tasauf Husin bin Mansur al-Halaj. Imam Abu Mansur Maturidi membawa peranan yang besar bagi menghadapi penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh mereka.
Walaupun beliau hidup sezaman dengan mazhab Imam Abu Hasan al-Asy’ ari, namun beliau mempunyai teknik berhujah dan huraian yang berbeza. Para sarjana Islam menyatakan, Imam Abu Mansur Maturidi lebih cenderung kepada pendapat Imam Abu Hanifah dalam perkara akidah. Ini kerana beliau merujuk risalah-risalah dan buku-buku yang ditulis oleh Imam Abu Hanifah seperti Fikh Akbar, Fikh Absat, Kitab Ilm dan sebagainya.
Terdapat beberapa perselisihan antara Abu Mansur Maturidi dengan Abu Hassan al-Asy’ ari. Antaranya dalam isu Makrifatullah (mengenal Allah), Abu Hassan menyatakan wajib mengetahuinya menurut sumber agama tetapi Abu Mansur berkata wajib juga dengan berpandu dengan akal. Dalam isu sifat-sifat Allah, Abu Mansur menambah dengan sifat-sifat maknawiyah iaitu sifat yang menjadi penguat kepada sifat Ma’ani beserta sifat-sifat Madani.
Fahaman Maturidiah mewajibkan hukum akal beserta syarak
sehingga beliau berselisih dengan sebahagian sarjana Fikah dan Hadis. Terdapat lagi huraian-huraiannya berhubung Qadak dan Qadar dan lain-lain yang berbeza dengan huraian fahaman Asya’irah.
Abu Mansur Maturidi meninggalkan pusaka ilmu yang banyak selain membela fahaman Ahli Sunnah bagi menghadapi pelbagai fahaman yang menyeleweng. Pusaka ilmunya adalah murid-murid yang ramai dan pengikut-pengikut yang meneruskan ajarannya. Antara murid-muridnya adalah Abu Ahmad Iyad, Abu Qasim Hakim Samarkandi, Abu Hussin Wastaqfani, Abdul Karim bin Musa Inbazadari, Abu Asyimah Abi Lais Bakhari dan lain-lain. Antara pengikut-pengikut yang meneruskan alirannya adalah Sadar Islam Abu Yasir Muhammad bin Muhammad bin Abdul Karim Bazadui, Maimun bin Muhammad Nasfi yang dianggap tokoh sarjana terbesar dalam fahaman ini selepas Abu Mansur. Adakala sebahagian menganggap mereka adalah kumpulan kecil seperti Syaharsatani dalam fahaman Asya’irah, Najmuddin Abu Hafiz Samarqandi Nasqi, Nuruddin Ahmad bin Muhammad Syobuni, Bukamal bin Yam iaitu sarjana terbilang dalam fahaman Hanafi dan lain-lain lagi.
Buku-buku yang dikarang oleh Abu Mansur Maturidi adalah buku Jadal dan Ma ‘akhiz Syarai’. Kedua-dua buku ini membincangkan Usul Fikah. Buku-buku dalam ilmu ketuhanan antaranya, Tauhid, Muqalaat, Ra’du Ala Qawashat, Bayan Wahm Muktazilah, Ra ‘du Amamah Libaddu Rawafaz dan banyak lagi. Apa yang mendukacitakan, buku-buku itu hilang begitu sahaja. Buku yang masih tersimpan adalah buku Tauhid dan Maqalaat Selain itu ada buku-buku beliau dalam ilmu yang lain.
Abu Mansur Maturidi juga seperti Abu Hassan Asy’ari yang membawa pembaharuan dalam pengajian akidah. Beliau memasukkan hujah-hujah logik akal semasa menghadapi perkembangan fahaman baru yang timbul pada zamannya. Pada zaman para sahabat dan generasi awal kalangan tabi” in termasuk imam-imam mujtahidin yang pertama lebih bergantung kepada hujah-hujah teks daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad sahaja.
|
| |
|
|
| Tok Syam |
Posted on 11-01-2010 17:42
|

Moderator

Posts: 1343
Joined: 27.05.09
|
Salafiah
Selepas lahir pelbagai teori mengenai akidah, lahir fahaman-fahaman yang bukan sahaja berhujah dengan logik tetapi juga menggunakan falsafah. Maka lahir pula dalam masyarakat Islam orang-orang yang mahu supaya kembali pada sumber asal sahaja.
Mereka muncul pada zaman terkini iaitu pada kurun ke tujuh Hijrah. Sebenarnya, mereka adalah daripada aliran Imam Ahmad bin Hanbal dan teori itu dihidupkan semula. Tokoh yang terkemuka adalah Imam Ibnu Taimiyah. Beliau dan pengikut-pengikut menentang keras golongan yang cuba menghurai ayat-ayat yang mutashabihat. Golongan ini mahu supaya ayat-ayat yang mutashabihat tidak dihurai. Mereka hanya menyebut sifat-sifat Allah berpandukan teks-teks yang jelas dalam al-Quran dan hadis.
Antara ayat-ayat yang mutashabihat seperti nuzul (turun), istiwak (bersemanyam), al-dhahaq (ketawa) dan lain-lain dengan tidak menyamakan Allah dengan makhluk. Selain itu, mereka membangkitkan kembali isu amalan masyarakat dengan huraian-huraian yang panjang mengenai dengan perkara-perkara yang membawa kepada syirik, seperti kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam perkara tawassul (mohon perantaraan), ziarah kubur dan sebagainya.
Mereka juga tegas menentang penggunaan ilmu logik menyebabkan golongan salaf yang baru ini bergeser dengan fahaman Asya’irah dan Maturidiah yang menjadikan ilmu logik sebagai sebahagian daripada perbincangan akidah. Golongan salaf ini menolak huraian ayat-ayat mutashabihat yang dilakukan oleh Asya’irah dan Maturidiah. Ibnu Taimiyah yang hidup pada abad yang ketujuh Hijrah menjadi tokoh terkemuka dengan mengemukakan hujah-hujah melalui buku-buku yang karangannya.
Oleh kerana aliran ini dibawa oleh Imam Ahmad bin Hanbal, mereka hanya meneruskan aliran yang dibawa oleh Imam Ahmad. Beliau ingin perbincangan dan pengajian akidah dikembalikan seperti zaman Nabi Muhammad, para sahabat dan tabi’in. Walaupun ada cabaran baru yang tidak ada pada zaman mereka, kadang-kadang hujah logik dan falsafah perlu digunakan bagi menolak hujah golongan-golongan seperti Muktazilah, Jabariah dan sebagainya.
|
| |
|
|
| Tok Syam |
Posted on 11-01-2010 17:44
|

Moderator

Posts: 1343
Joined: 27.05.09
|
Wahabiah
Fahaman Wahabi yang tersebar di Arab Saudi dan beberapa daerah dalam dunia Islam ditaja oleh pemimpinnya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Ia adalah kesinambungan daripada aliran salaf yang dibawa oleh Imam Ahmad dan Ibnu Taimiyah. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab mendapat kekuatan apabila beliau bergabung dengan keluarga Ibnu Saud. Akhirnya, mereka berjaya mengambil alih kuasa di Semenanjung Arab dan membentuk kerajaan beraja Arab Saudi.
Fahaman Wahabi dengan tegasnya mengemukakan dua prinsip yang penting iaitu tauhid yang bersih dari sebarang syirik, dan menghalang sebarang bentuk bid’ah (ajaran baru). Halal dan haram diambil terus daripada sumber al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Sebarang perkataan sarjana Islam perlu dikaji semula, lalu mereka membuka kembali ruang mengeluarkan hukum dengan luas. Mereka menentang ziarah kubur wali-wali dan menganggap amalan ini membawa kepada syirik. Namun, hukum berbeza apabila menziarahi kubur bagi tujuan mengambil pengajaran dan memperingati hari akhirat bukannya dengan tujuan berdoa kepada si mati atau bertawassul melalui orang yang sudah mati. Semasa mereka menguasai Mekah dan Madinah, mereka bertindak merobohkan bangunan-bangunan yang didirikan atas kubur-kubur para sahabat, para tabi’in dan tempat-tempat bersejarah yang dipuja secara melulu.
Mereka menentang perayaan seperti maulid (sambutan hari lahir) dan sebagainya yang tidak ada pada zaman Nabi Muhammad dan mengemukakan beberapa pendapat yang lebih keras daripada Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Taimiyah. Fahaman ini disokong oleh gerakan Syeikh Muhammad Abduh di Mesir, Syeikh Abdul Hamid bin Badis di Algeria, Syeikh Ahmad di Punjabi, India dan beberapa tempat lagi dunia Islam.
|
| |
|
|
| Tok Syam |
Posted on 11-01-2010 17:45
|

Moderator

Posts: 1343
Joined: 27.05.09
|
KESIMPULAN MAZHAB AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Kesemua mereka yang disebut di atas adalah daripada golongan Ahli Sunnah wal Jamaah. Walaupun terdapat pertelingkahan dan perselisihan yang keras dan tajam antara satu sama lain, namun pertelingkahan itu tidak tersasar daripada dasar-dasar akidah.
Walau bagaimanapun, ia boleh membawa kesan-kesan buruk dalam hubungan sesama umat Islam. Perselisihan pendapat dan pentafsiran itu adalah perbezaan fahaman dalam mentafsirkan teks yang sama dan kadang-kadang kerana perbezaan masa dan tempat serta cabaran yang dihadapi dan keperluan hujah bagi menghadapi cabaran luaran.
Dengan kemudahan sumber-sumber rujukan dan hubungan yang ada pada zaman ini menghidupkan semula persefahaman sesama aliran. Pada masa yang sama ia tidak dihabiskan dengan pertelingkahan sesama sendiri tetapi lebih memberi tumpuan bagi menghadapi masalah pokok yang melanda umat Islam dan menentang musuh yang sebenarnya.
|
| |
|
|
| yop bionic |
Posted on 13-01-2010 13:57
|
Senior Member

Posts: 292
Joined: 16.10.09
|
Belakangan ini kata ’salaf’ semakin populer.
Bermunculan pula kelompok yang mengusung nama salaf, salafi, salafuna, salaf shaleh dan derivatnya.
Beberapa kelompok yang sebenarnya berbeda prinsip saling mengklaim bahwa dialah yang paling sempurna mengikuti jalan salaf.
Runyamnya jika ternyata kelompok tersebut berbeda dengan generasi pendahulunya dalam banyak hal.
Kenyataan ini tak jarang membuat umat islam bingung, terutama mereka yang masih awam.
Lalu siapa pengikut salaf sebenarnya?
Apakah kelompok yang konsisten menapak jejak salaf ataukah kelompok yang hanya menggunakan nama salafi?.
Istilah salafi berasal dari kata salaf yang berarti terdahulu.
Menurut ahlussunnah yang dimaksud salaf adalah para ulama’ empat madzhab dan ulama sebelumnya yang kapasitas ilmu dan amalnya tidak diragukan lagi dan mempunyai sanad (mata rantai keilmuan) sampai pada Nabi SAW.
Namun belakangan muncul sekelompok orang yang melabeli diri dengan nama salafi dan aktif memakai nama tersebut pada buku-bukunya.
Kelompok yang berslogan “kembali” pada Al Qur’an dan sunnah tersebut mengaku merujuk langsung kepada para sahabat yang hidup pada masa Nabi SAW, tanpa harus melewati para ulama empat madzhab. Bahkan menurut sebagian mereka, diharamkan mengikuti madzhab tertentu.
Sebagaimana diungkapkan oleh Syekh Abdul Aziz bin Baz dalam salah satu majalah di Arab Saudi, dia juga menyatakan tidak mengikuti madzhab Imam Ahmad bin Hanbal.
Pernyataan di atas menimbulkan pertanyaan besar di kalangan umat islam yang berpikir obyektif. Sebab dalam catatan sejarah, ulama-ulama besar pendahulu mereka adalah penganut madzhab Imam Ahmad bin Hanbal.
Sebut saja Syekh Ibnu Taimiyah, Ibnul Qayyim, Ibnu Rajab, Ibnu Abdil Hadi, Ibnu Qatadah, kemudian juga menyusul setelahnya Al Zarkasyi, Mura’i, Ibnu Yusuf, Ibnu Habirah, Al Hajjawiy, Al Mardaway, Al Ba’ly, Al Buhti dan Ibnu Muflih. Serta yang terakhir Syekh Muhammad bin Abdul Wahhab beserta anak-anaknya, juga mufti Muhammad bin Ibrahim, dan Ibnu Hamid. Semoga rahmat Allah atas mereka semua.
Ironis sekali memang, apakah berarti Imam Ahmad bin Hanbal dan para imam lainnya tidak berpegang teguh pada Al-Qur’an dan sunnah? Sehingga kelompok ini tidak perlu mengikuti para pendahulunya dalam bermadzhab?.
Apabila mereka sudah mengesampingkan kewajiban bermadzhab dan tidak mengikuti para salafnya, layakkah mereka menyatakan dirinya salafy?
petikan dari
http://salafytobat.wordpress.com/2008/07/16/ibnu-taimiyah-membungkam-wahhabi/ |
| |
|
|
| penditagila |
Posted on 13-01-2010 15:39
|
Senior Member

Posts: 485
Joined: 23.07.09
|
Mm..... nama pun mazhab Wahabi. Samakah dengan mazhab assunnah? Adapun diriwayatkan bahawa umat Muhammad s.a.w itu berpecah kepada 72 firqah. Bermacam-macam mazhab tetapi adakah assunnah masih berpecah lagi?. Hanya disebut-sebutkan bahawa assunnah semata-mata. Pendapat memang berbeza-beza tetapi tidak bercanggah/melanggar dengan prinsip assunnah. Ada sebabnya kenapa bermacam-macam mazhab timbul di dalam umat Islam. Ada sebabnya kenapa assunnah waljamaah itu timbul juga. Mmm...teh 1lah!
Pencarian Yang Jauh |
| |
|
|
| Tok Syam |
Posted on 13-01-2010 21:40
|

Moderator

Posts: 1343
Joined: 27.05.09
|
Sejarah Syiah
Menurut Imam Abu Hasan Asy’ari dalam bukunya Maqalaat Islamiyiin dan Asyaharastani di dalam bukunya al-Milal wal Nihal, Syiah adalah nama yang diberi kepada mereka yang mengaku sebagai pengikut Ali dan percaya beliau mempunyai kelebihan berbanding para sahabat lain. Mereka lahir menjadi suatu aliran selepas berlaku ketegangan yang menjadi ukuran peperangan antara Ali dan Muawiyah.
Apabila Ali dan generasi pertama Ahli Bayt meninggal dunia, timbul di kalangan mereka pandangan-pandangan yang tersendiri berhubung dengan akidah dan syariah. Antaranya mereka berhujah, kepimpinan negara adalah salah satu daripada rukun dan prinsip Islam. Tidak boleh bagi Nabi membiarkannya dan menyerahkan kepada umat semata-mata. Mereka percaya Imam itu bersifat maksum (suci daripada dosa).
Mereka percaya kedudukan Ali lebih layak menjadi khalifah dan bukannya melalui proses Syura (mesyuarat) sahaja. Mereka mendakwa kelebihan Ali berdasarkan kepada bukti secara terang dan tersembunyi. Bukti terang daripada Nabi Muhammad dengan katanya,
“Siapa yang dia jadikan aku sebagai tuannya maka Ali yang menjadi tuannya.”
Dan Nabi Muhammad berkata lagi,
“Orang yang paling layak menjadi hakim di kalangan kamu adalah Ali”.
Bukti yang tersembunyi adalah Nabi Muhammad menghantar Ali supaya membaca surah at-Taubah kepada jemaah haji, bukannya Abu Bakar.
Oleh itu mereka percaya kepimpinan negara Islam mesti diserahkan kepada Ali bin Abu Talib dan keturunannya. Melantik orang lain bermaksud merampas hak dan melantik orang yang tidak layak. Ada antara mereka menyifatkan perbuatan itu zalim dan kafir.
Akhirnya, Syiah berpecah kepada fahaman-fahaman yang banyak. Ada yang bersikap sederhana dan ada yang radikal.
|
| |
|
|
| Tok Syam |
Posted on 13-01-2010 21:42
|

Moderator

Posts: 1343
Joined: 27.05.09
|
Sejarah Syiah Zaidiyyah
Mereka adalah pengikut Imam Zaid bin Ali Zainal Abidin. Imam Zaid dikenali sebagai Abu Muhammad dan Abu Hasan. Aliran ini dianggap paling hampir dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah. Mereka tidak menganggap martabat imam itu sama seperti martabat nabi-nabi. Mereka tidak mengkafirkan para sahabat nabi Muhammad. Mereka berpendapat Imam Zaid paling layak menjadi imam selepas Husain bin Ali meninggal dunia.
Kemudian, ia diikuti zuriat daripada keturunan Fatimah az-Zahra”. Mereka mengiktiraf Abu Bakar, Umar sebagai imam negara Islam walaupun mereka percaya Ali lebih layak. Ini kerana, orang yang kurang syaratnya boleh menjadi khalifah walaupun ada orang yang paling layak dan imam tidak mestinya maksum. Dalam perkara Tauhid mereka lebih hampir kepada Muktazilah, tetapi dalam perkara Fikah mereka lebih hampir kepada mazhab Syafie.
Pengikut mereka masih ramai di negeri Yaman dan sedikit di Asia Tenggara.
Imam Zaid gugur syahid bersama-sama beberapa orang pengikutnya ketika mereka keluar menentang tentera kerajaan Umawiah di bawah pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik.
Peristiwa itu berlaku pada hari Isnin 2 Safar tahun 122 Hijrah ketika Imam Zaid berusia 42 tahun. Kemudian anaknya Yahya bin Zaid menjadi imam, Yahya juga dibunuh pada akhir kerajaan Umaiyah, kemudian kepimpinan mereka beralih kepada Muhammad bin Abdullah bin Hassan bin Hassan bin Ali bin Abi Talib yang lahir di Madinah tetapi beliau terbunuh pada zaman kerajaan Abbasiah. Imam Abu Hanifah (imam fahaman Hanafi) bersimpati dengannya dan melafaz ikrar setia sehingga Abu Hanifah dihukum penjara oleh Abu Jaafar al-Mansur dan meninggal dunia dalam penjara.
Fahaman Zaidiah berpecah kepada 3 aliran:
|
| |
|
|
| MataHati |
Posted on 14-01-2010 06:13
|

Veteran Member

Posts: 522
Joined: 03.10.09
|
Salaam,
Terima kasih atas perkongsian ilmunya, dari apa yang saya baca diatas maka dapatlah saya simpulkan bahwa... seandainyalah tiada individu-individu tertentu seperti yang dicatatkan dalam posting2 diatas, maka pada hari ini tiadalh wujud golongan atau puak atau mazhab dan sudah tentu umat islam tidak berpecah seperti hari... dan pastinya Allah menyatukan hati-hati kita (umat Islam) seperti pernah berlaku dahulu...... bilakah agaknya keadaan itu akan berulang, dimana Allah satukan hati-hati kita..... ?
Manusia Tetaplah Menjadi Manusia
" Allah menurunkan Al Hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab.......... " (39:23)
Katakanlah (Muhammad) : "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (12:108) |
| |
|
|
| tolokminda |
Posted on 14-01-2010 07:27
|
Member

Posts: 124
Joined: 13.12.09
|
Bila masing-masing sembah pemimpin masing-masing mana boleh bersatu...
Lawat dan bincang di http://www.tolokm...dpress.com |
| |
|
|
| Tok Syam |
Posted on 14-01-2010 07:45
|

Moderator

Posts: 1343
Joined: 27.05.09
|
Salam...
Banyak lagi gulongan2 yg.tak perlu disejarahkan.Apa yg.dapat
difahami adalah mengenai salah faham dalam mengikut ajaran
kitab.
Umat manusia telah sedia maklum bahawa Allah telah menyatakan
tentang "setiap umat ada pemimpinnya" iaitu dikalangan Nabi &
Rasul.
Dengan nabi dan rasul mereka menyampaikan isi kitab dan
mengajarkan.
Perpecahan umat semasa nabi dan selepas ketiadaan nabi
perlulah faham dan pandai membezakan bentuk perselisihan
yg.timbul.
Semasa nabi perselisihan berlaku kerana terdapatnya umat
yg.terdiri dari pengaruh TAURAT dan INJIL.Kedatangan Alquran
melalui nabi Muhammad,...pertamanya adalah untuk.....
Mengesahkan Kitab2 terdahulu.
Untuk menyatukan fahaman kaum Yahudi dan Nasrani yg.
telah pun berselisih di zaman nabi ISA as.
Kemudian menerangkan asal Islam yg.dibawa nabi Ibrahim.
Menceritakan hal2 yg.tidak diketahui oleh nabi Muhammad saw.
bagi memudahkan misinya.
Apa yg.diajar nabi bukanlah ajaran baru atau wahyu baru.Tapi
Allah jelaskan amalan sebenar yg.patut disempurnakan,
menjelaskan hukum2 setiap umat yg.Allah telah tetapkan.
Bukanlah hukuman baru,..melainkan KATA ALLAH terdapat
yg.dibatalkan dan digantikan seumpamanya.
Edited by Tok Syam on 14-01-2010 07:46 |
| |
|
|
| MataHati |
Posted on 14-01-2010 07:54
|

Veteran Member

Posts: 522
Joined: 03.10.09
|
Salaam,
Yang sangat jelas umat islam pernah disatukan hati-hati mereka dahulu.... mungkinkah keadaan ini akan berulang... ? Apa yang saya faham dari firman Allah, selagi umat islam tetap bergolongan dalam agama tidak kiralah Sunnah, Syiah, Wahabi dsbnya maka selagi itulah Allah tidak akan menyatukan hati-hati kita.
Manusia Tetaplah Menjadi Manusia
" Allah menurunkan Al Hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab.......... " (39:23)
Katakanlah (Muhammad) : "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (12:108) |
| |
|
|
| Tok Syam |
Posted on 14-01-2010 07:58
|

Moderator

Posts: 1343
Joined: 27.05.09
|
Keraguan umat akhir zaman hari ini telah berjauhan dengan jarak
1500 tahun dari kewafatan nabi.Alasan ini digunakan sebagai
bahan untuk meragukan ke sahihan ajaran hadith.
Sekiranya ajaran hadith diragukan kerana ianya adalah penulisan
ulama2 dan pewaris ilmu,...maka apa bezanya Alquran yg.
terselamat disampaikan kepada umat hari ini.Apakah isinya
tidak boleh di selewengkan sebagaimana kitab2 lain dapat
di selewangkan.
Bila mana Allah menjamin kesempurnaan ilmunya maka
akan diselamatkan segala bahan kebenaran.
|
| |
|
|
| MataHati |
Posted on 14-01-2010 08:06
|

Veteran Member

Posts: 522
Joined: 03.10.09
|
Salaam,
Semua umat islam menjadikan Al Quran sebagai kitab tanpa menolak satu hurufpun di dalamnya tidak kiralah Sunnah, Syiah, Wahabi dsbya termasuklah yang digelar Anti Hadis oleh pihak tertentu.
Sayangnya riwayat hadis tidak bertuah seperti Al Quran dimana adakalanya yang diterima pakai oleh Sunnah, di tolak pula oleh Wahabi atau Syiah dan begitulah sebaliknya demi kepentingan golongan masing-masing.....
Manusia Tetaplah Menjadi Manusia
" Allah menurunkan Al Hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab.......... " (39:23)
Katakanlah (Muhammad) : "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (12:108) |
| |
|
|
| penditagila |
Posted on 14-01-2010 15:40
|
Senior Member

Posts: 485
Joined: 23.07.09
|
Kita pilih ulamak muktabar untuk memberi tunjuk ajar dalam memperbaiki diri. Selebihnya tawakal kepada Allah s.w.t. Mohon ditunjuki jalan yang benar. Allah s.w.t menjamin kesempurnaan ilmunya yang direhoi sahaja pada jalan yang benar disisiNya.
Pencarian Yang Jauh |
| |
|
|
| radziothman |
Posted on 14-01-2010 19:11
|
Veteran Member

Posts: 500
Joined: 25.12.09
|
Semua orang mengaku mencintai laila
namum laila tidak mengenal mereka.
Betapa semua orang mahu mengkelompokkan diri mereka kepada Ahlus Sunnah namum mereka tidak mahu berpegang tegung kepada as sunnah ketika sampai as sunnah di mata dan pendengaran mereka.
Semua orang boleh mengaku dirinya benar; berada atas sirat al mustaqim; dan semua orang bisa menvonis lawannya sebagai sesat; berada atas jalan setan.
Tetapi; tuduhan sebegitu hanyalah tuduhan anak-anak kecil yang tidak bisa berpikir.
ayuh wahai kaum mulimin; buktikanlah bahwa kalian adalah benar dalam berhujjah dan beriman; bawakan basirah - hujjah yang nyata.
Islam bukanlah agama kebodohan dan agama ikut0ikutan; sebaliknya Islam adalah agama ilmu; setiap pendengaran, penglihatan dan keimanan akan diminta pertanggungjawaban kelak. Maka, berhujjahlah dengan kapasitas ilmiyah.
sangat menyedihkan melihat betapa banyak manusia muslim berforum dan berbicara berdegar-degar; namun mereka hanyalah menggunakan aqal dan dzan. Ingtlah bahawa ilmu itu adalah Perkataan Allah, Perkataan Rasul dan Perkataan Sahabat.
Bawakanlah hujjah kalian dengan 3 perkataan tadi; nescaya kalian akan mendapat hidayah dan ilmu.
Barangsiapa yang Allah kasih padanya , maka akan dijadikan faqih [berilmu] dalam agama. - Shahih. |
| |
|
|
| MataHati |
Posted on 15-01-2010 04:17
|

Veteran Member

Posts: 522
Joined: 03.10.09
|
Salaam,
Persoalan yang timbul pula.... ulamak muktabar yang mana kita pilih untuk memberi tunjuk ajar dalam memperbaiki diri..? Sebab semua golongan akan kata, pilihlah ulamak dari ASWJ, Wahabi, Salafi, Syiah dsbnya..... masing akan kata ulamak merekalah yang benar....
Manusia Tetaplah Menjadi Manusia
" Allah menurunkan Al Hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab.......... " (39:23)
Katakanlah (Muhammad) : "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (12:108) |
| |
|
|
| MataHati |
Posted on 15-01-2010 04:20
|

Veteran Member

Posts: 522
Joined: 03.10.09
|
radziothman wrote:
Semua orang boleh mengaku dirinya benar; berada atas sirat al mustaqim; dan semua orang bisa menvonis lawannya sebagai sesat; berada atas jalan setan.
Tetapi; tuduhan sebegitu hanyalah tuduhan anak-anak kecil yang tidak bisa berpikir.
ayuh wahai kaum mulimin; buktikanlah bahwa kalian adalah benar dalam berhujjah dan beriman; bawakan basirah - hujjah yang nyata
Salaam,
Bagaimana jika saya berkata bahwa semua golongan yang wujud pada hari ini adalah SESAT tidak kiralah ASWJ kah, Syiah Kah, Salafi Kah, Wahabi Kah atau apa sahaja golongan agama yang wujud.... adakah saya membuat tuduhan seperti anak-anak kecil yang tidak bisa berfikir.... ?
Manusia Tetaplah Menjadi Manusia
" Allah menurunkan Al Hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab.......... " (39:23)
Katakanlah (Muhammad) : "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (12:108) |
| |
|