TERJAH SEARCH :  
Email : my_terjah@yahoo.com

 
Login :    Username      Password      Masih belum menjadi ahli? Klik [Daftar]       Terlupa password? Klik [Minta Password]
TERJAH! Chat Room | TERJAH! Quran & Hadith | TERJAH! FAQ | TERJAH! Search | TERJAH! Kontek | TERJAH! Download | TERJAH! Lagu | TERJAH! Foto | TERJAH! Web Link | Hantar Artikal | Hantar Link | Hantar ke TERJAH! Foto | Hantar ke Terjah EXTRA! | Arkib Artikal Lama
View Thread
terjah :: SEMBANG UTAMA :: Terjah Agama dan Falsafah
 Print Thread
JANGAN MENGUAP!
manKip
#1 Print Post
Posted on 31-01-2010 20:46
User Avatar

Veteran Member


Posts: 734
Joined: 09.10.08

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka." Riwayat Imam Muslim.

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." Hadith riwayat Imam Muslim,
Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".

Harap beroleh manfaat
[b]DESIGN & PRINTING:
www.nicebookcover...
 
www.nicebookcover.webs.com
saguputeh
#2 Print Post
Posted on 07-02-2010 08:32
Senior Member


Posts: 473
Joined: 11.08.09

Untuk menguap dan bersin itu ada kah di atas kehendak kita atau ia berlaku dengan sengaja atau tak sengaja?
Jadi .........>>>>balikkan ke pangkal Ilmu.
 
MataHati
#3 Print Post
Posted on 09-02-2010 05:20
User Avatar

Veteran Member


Posts: 522
Joined: 03.10.09

saguputeh wrote:
Untuk menguap dan bersin itu ada kah di atas kehendak kita atau ia berlaku dengan sengaja atau tak sengaja?
Jadi .........>>>>balikkan ke pangkal Ilmu.


Salaam,

Betul.... baliklah kepangkal ilmu. Semua itu adalah tindakan-tindakan semulajadi atau rangsangan semuladi yang tiada kaitan dengan dosa dan pahala.
Manusia Tetaplah Menjadi Manusia

" Allah menurunkan Al Hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab.......... " (39:23)

Katakanlah (Muhammad) : "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (12:108)
 
Tok Syam
#4 Print Post
Posted on 12-02-2010 07:31
User Avatar

Moderator


Posts: 1343
Joined: 27.05.09

Salam...
TApi...masa wabak H1N1.....bila batuk atau mersin,..hendaklah
tutup mulut dengan sesuatu atau jangan menghala kepada
seseorang.

Jika kita fikirkan...tentang menguap...ia merupakan tindakbalas
semulajadi pada tubuh yg.letih atau mengantuk.

Pada sudut adab mungkin ada benarnya....tapi kalu dikaitkan
pada sebab lain seperti Syithan akan masuk.....tentunya sukar
diterima kerana syithan dan jin boleh masuk dengan pelbagai
jalan.

Dari sudut adab....mungkin boleh dikaitkan dengan BAU
PERNAFASAN yg.dilepaskan boleh menganggu atau
memalukan diri sendiri.

Menguap bau potai atau bau tempoyak....Smile
 
shah2n
#5 Print Post
Posted on 15-02-2010 04:50
User Avatar

Veteran Member


Posts: 910
Joined: 08.09.09

Salammmmmmmm............

"megaup tu boleh............
tapi janganle dah sampe bunyi rimau...........
rimau pung cabut dik bunyi guap tuuuuuuuuu..........
dah melampau le. tuuuuuuuuuu............

menguap terngage ...........
dah macam mulut tempayan...........
baule pulak masyaalah..............
dah smpe tak sopan........
faham2 ajole ye..............

Allah tu maha mengetahui akan kelemahan umatnye..........

aaaaaaaaarrriouuuuuusssssssCoolCoolCoolWink



SHAH2NCool
 
Jump to Forum:

Penafian: Pihak Terjah.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas atau Mozilla Firefox atau Safari dengan resolusi 1024 x 768

Hakcipta terpelihara @ 2010 Terjah.com