TERJAH SEARCH :  
Email : my_terjah@yahoo.com

 
Login :    Username      Password      Masih belum menjadi ahli? Klik [Daftar]       Terlupa password? Klik [Minta Password]
TERJAH! Chat Room | TERJAH! Quran & Hadith | TERJAH! FAQ | TERJAH! Search | TERJAH! Kontek | TERJAH! Download | TERJAH! Lagu | TERJAH! Foto | TERJAH! Web Link | Hantar Artikal | Hantar Link | Hantar ke TERJAH! Foto | Hantar ke Terjah EXTRA! | Arkib Artikal Lama
View Thread
terjah :: SEMBANG UTAMA :: Terjah Agama dan Falsafah
 Print Thread
[lock] PERLUKAH BERMAZHAB?
manKip
#1 Print Post
Posted on 31-01-2010 23:35
User Avatar

Veteran Member


Posts: 734
Joined: 09.10.08

salam semuo

topik ni kiro topik evergreen la ni;

Kalo ditoliti, kumpulan wahabi anti bermazhab2 nih (en radzi, kalo silap maaf la yo)... Kekadang kalau di dalami, jelas bermazhab ni menyobabkan ummat malas berelajar, berfikir dan menkaji agama yg mereko anuti sendiri. kdg2 samapai tahap2 amalan tahyul, isrilyat dan hadith palsu pun diamalkan jugo, Imam malik dan imam syefei pun den raso tidak pakso org terimo pondapat dio sajo dan tak ponah suruh org masuk mazham dio.. bahkan imam syafei pun mungkin x tahu namo nyo di jadikan namo salah satu mazhab di dunio.

Kekadag difikrkan, mazahab ni menyobakan agmao kito jadi berpocah bolah... Den raso, sampai masonyo, kito berhenti bercerito pasal mazhab kito dan biar lah mazhab kito iolah islam. Jiko mano2 pendapat dari mazhab2 kito nak terimo silokan.. dio dari sumber yg satu jugo..

pondapat den yooo.. kalu salah silo perbetulkan dan kalo boto silo anggukkan..

mokasih. wasalm
Edited by kaki terjah on 06-04-2010 09:05
[b]DESIGN & PRINTING:
www.nicebookcover...
 
www.nicebookcover.webs.com
radziothman
#2 Print Post
Posted on 01-02-2010 05:11
Veteran Member


Posts: 500
Joined: 25.12.09

apa yang mankip katakan itu adalah benar.


untuk pengetahuan semua;

[1] satu zaman, ulama hanafi yang fanatik mengeluarkan fatawa


Haram mengahwini lelaki syafie, tetapi boleh menikahi wanita syafi'e kerna wanita syafi'e ibarat ahlil kitab.

[2] bahawa ketika suatu masa di makkah, didapati ada 4 jamaah untuk setiap solat fardu; setiap jamaah adalah sebuah mazhab. mereka tidak akan berimamkan imam yang lain dari mazhab mereka.


kedua2 cerita ini boleh dibuktikan dengan catatan sejarah.
 
radziothman
#3 Print Post
Posted on 01-02-2010 05:17
Veteran Member


Posts: 500
Joined: 25.12.09

masalah yang menyebabkan mereka tidak mahu melepaskan mazhab adalah kerna mereka amat jahil kepada dasar islam:


[1] mereka tidak tahu fungsi ulama mazhab

[2] mereka tidak tahu apa itu mengikut sunnah

[3] keliru makna menjadi syafi'iyah


lalu kerna keta'suban mereka untuk terus memegang mazhab; maka mereka telah menolak sunnah yang shahih ketika sampai kepada mereka.

dan lebih malang lagi bahawa amalan mereka sangatlah jauh dari fatawa para ulama mazhab yang mereka anut.
 
radziothman
#4 Print Post
Posted on 01-02-2010 05:25
Veteran Member


Posts: 500
Joined: 25.12.09

sebenarnya, ulama mazhab itu adalah berfungsi untuk menerangkan hukum islam kepada masyarakat.


mereka adalah manusia yang tak lekang dari kesalahan. maka ketika kita menjumpai kesalahan itu, menjadi kewajiban untuk kita meninggalkan kesalahan dan mengambil kebenaran. tidak kiralah kebenaran itu dari mana, hatta dari setan.

ulama mazhab hanyalah menyusun kaedah istinbat hukum, dan membentuk kaedah-kaedah fiqh [ qawaid fiqhyah]

sebab tu, kita mahu bertanya;

[1] hakikat mengikut mazhab

[a] apa perbezaan antara seorang hanafiyah dan malikiyah? padahal puasa mereka sama

[b] apa perbezaan antara syafi'iyah dan hanabilah? padahal solat mereka sama.


lalu apa yang sebenarnya bila dikatakan "Aku syafi'iyah". apa yang menjadi hakikat tersebut?

[2] apa sikat kita ketika kita menemukan sebuah hadith yang jelas maksudnya dan jelas sumbernya; tetapi maksud hadith tersebut menyalahi mazhab kita?

[3] seandainya kita dilahirkan dari keluarga yang mengikut fatawa-fatawa syafi'iyah, maka apakah kita tkdak boleh menjadi seorang malikiyah?

[4] apa dalil dari nabi dan sahabat atau dari imam mazhab sendiri yang mewajibkan untuk menjadi pengikut mazhab?

[5] apa yang kita mahu panggil seseorang yang dia bersolat mengikut mazhab syafi'ie, tetapi berzakat mengikut mazhab hanafi, bermuamalat dalam ekonomi mengikut mazhab hanafi dan berhaji mengikut mazhab hanbali? Sedangkan dia tidak tahu langsung kaedah-kaedah hukum dalam keempat-empat mazhab. dia hanya mengikut fatawa ulama-ulama yang dia temui sahaja. lalu siapakah dia ini?
Edited by radziothman on 01-02-2010 05:43
 
manKip
#5 Print Post
Posted on 01-02-2010 20:59
User Avatar

Veteran Member


Posts: 734
Joined: 09.10.08

terimo kasih atas info en radzi.. tapi den ni bukan wahabi yooo...Smile

Den ingat lagi, dari kocik dan dari belajar agamo kat sekolah, kat surau, ustaz2 cakap, bahawa kalo kito dah bermazhab syefei kito bersyafei yo la sampai mati, tak boleh dan haram hukum nyo terimo pendapat ulamak atau mazahab lain.. sampai sekarang den raso pelajaran agamo disekolah2 (kurikulum pendidikan) dan masjid ditunggang atas dasar itu... Bahkan yg poliknyo.. di wartakan pulo dalam undang2 negaro bahawo mazhab org malaysia ni syefei yooo...

Den tak tahu dari mano asal usul pahaman nih.. sapo ado idea lagi?
[b]DESIGN & PRINTING:
www.nicebookcover...
 
www.nicebookcover.webs.com
radziothman
#6 Print Post
Posted on 02-02-2010 03:12
Veteran Member


Posts: 500
Joined: 25.12.09

pemikiran yang dibawakan oleh ustaz2 itu adalah pemikiran yang tidak berasas


mankip boleh jumnpa kembali ustaz-ustaz mankip dan tanyakan kepada mereka:


dalil wajib mazhab, dari mana ia bersumber?

kemudian persoalan yang saya lontarkan kembali:


[1] ketika imam syafi'e belajar dengan imam malik, mazhab syafi'e belum wujud.

setelah beliau menjadi mujtahid mutlak, maka beliau pun menerangkan kepada umat yang diwaktu itu telah menerima mazhab maliki.


dan kemudian, bagaimanakah mazhab syafi'e berkembang di dalam masyarakat yang bermazhab maliki?


cuba-cuba tuan fikirkan! dan kaitkan dengan faham yang banyak disebarkan oleh ustaz-usta kita.
Edited by radziothman on 02-02-2010 05:43
 
satumat
#7 Print Post
Posted on 05-02-2010 05:20
Junior Member


Posts: 37
Joined: 02.09.09

Mengapa Perlu Kita Mengikuti Imam Madzab?

Jawab :

Berikut ini penjelasan Hujjatul Islam Imam Nawawi :

Penjelasan Imam al-Nawawi dipetik dari kitab Majmu’ Sharh al-Muhazzab

Bab Adab Berfatwa, Mufti dan Orang Yang Bertanya Fatwa

Terjemahan

“Dan tidak boleh bagi orang awam itu bermazhab dengan mazhab salah seorang daripada imam-imam di kalangan para sahabat r.anhum dan selain daripada mereka daripada generasi-generasi yang terawal, walaupun mereka lebih alim dan lebih tinggi darjatnya berbanding dengan (ulama’) selepas mereka;

ini adalah kerena mereka tidak meluangkan masa sepenuhnya untuk mengarang ilmu dan meletakkan prinsip-prinsip asas dan furu’nya. Maka tidak ada bagi salah seorang daripada mereka sebuah mazhab yang telah dihalusi, dianalisis dan diperakui.

Hanyasanya, (ulama’-ulama'Wink yang datang selepas mereka yang merupakan pendokong mazhab para sahabat dan tabien lah yang melakukan usaha meletakkan hukum-hukum sebelum berlakunya perkara tersebut; yang bangkit menerangkan prinsip-prinsip asas dan furu’ mereka seperti (Imam) Malik dan (Imam) Abu Hanifah dan selain dari mereka berdua.”

[Kemudian Imam al-Nawawi menjelaskan kelebihan mazhab Imam al-Shafie dari pandangan beliau dan dengan secara tersiratnya menerangkan mengapa beliau bermazhab dengan mazhab Imam al-Shafie]

“Dan oleh kerana Imam al-Shafie adalah merupakan imam yang terkemudian dari sudut masa, maka beliau telah melihat mazhab-mazhab mereka seperti mana mereka melihat mazhab-mazhab ulama’ sebelum mereka. Maka beliau menperhalusinya, mengujinya dan mengkritiknya dan memilih yang paling rajih (kuat) dan beliau mendapat hasil daripada usaha ulama’-ulama' sebelum beliau yang telah meletakkan gambaran dan asasnya, maka beliau telah meluangkan masa untuk memilih dan mentarjih dan menyempurnakan dan meminda, dengan pengetahuan beliau dan kebijaksanaan beliau dalam pelbagai bidang ilmu.

Dan dengan perkara ini beliau mendapat kedudukan yang lebih kuat dan rajih, kemudian tidak ada selepas beliau, (alim) yang mencapai kedudukan seperti beliau dalam perkara ini.

Maka dengan ini, mazhab beliau adalah mazhab yang paling utama untuk diikuti dan bertaqlid dengannya – dan ini dengan jelasnya bahawa kita mestilah berlaku adil dan tidak ada meletakkan sebarang sikap memandang rendah pada salah seorang daripada para imam.

Hal ini, apabila diteliti oleh orang awam akan memandunya kepada memilih mazhab Imam al-Shafie dan bermazhab dengannya.”


Sedikit Ulasan

* Mengikut mazhab yang empat pada hakikatnya mengikut mazhab para sahabat dan tabien kerana ulama’ mazhab empat merupakan pendokong mazhab para sahabat dan tabien yang mengikut sunnnah Rasulullah SAW.

* Terdapat beberapa Imam dalam mazhab al-Shafie yang menerangkan sebab kenapa mereka bermazhab dengan mazhab Imam al-Shafie seperti Imam al-Nawawi, Imam al-Bayhaqi dan Imam al-Suyuthi. Jelaslah mereka bermazhab dengan mazhab Imam al-Shafie bukan kerana taqlid semata-mata.

* Kalau kita dapat cari sebab-sebab yang diketemukan oleh para imam tersebut, Insya Allah, akan bertambah kuat pegangan kita dengan mazhab yang muktabar seperti mazhab Imam al-Shafie .

* Imam 4 madzab hidup di 3 zaman yang terbaik (sahabat - tabi’in - tabiuttabi’in) mereka adalah murid dan anak murid terbaik dari sahabat Nabi).

* 4 imam inilah yang layak berijtihad (imam mujtahid), sebagaimana pendpat Imam Ahmad ketika ditanya : berapa ratus ribu hadits seorangt menjadi mujtahid. Beliau katakan : ia harus sekurang-kurangnya hafal 600 ribu hadits (dengan sanad dan maknanya, disamping ia harus menguasai 15 cabang ilmu islam).

* Tidak semua imam hadits layak menjadi imam mujtahid. Berdasarkan keterangan dalam kitab Syarah Arba’in Nawawi disebutkan : ulama disebut dengan Hujjatul Islam jika hafalan haditsnya diatas 300 ribu hadits,disebut Al Hafidz jika hafal sekurang-kurangnya 100 ribu hadits. Sedangkan kesepakatan ulama ahlusunnah : “Wajib mengikut imam mujtahid jika ia belum sampai maqam mujtahid”

* Landasan hukum islam bukan hanya Alqur’an dan Hadits tapi Ijma dan Qiyas juga termasuk. ulama ketogorikan 4 dasar hukum islam ini menjadi 12 macam. Diantaranya adalah Sunnah Khurafaurasyidin dan kebiasaan (amalan) Ahlu Madinah (zaman shahabat dan tabi’in). Imam 4 madzab tidak hanya mengambil dalil dari hadits saja tapi juga mengambil dari kebiasaan Ahlu Madinah (amalan ulama zaman tabi’in yang berguru langsung dengan shahabat).

Semoga kita diberi kekuatan dan kefahaman untuk mengikuti amalan mereka (imam 4 madzhab ahlusunnah).

wallahu a’lam.
(Ehsan : Yoyo/Sidogiri)
 
MataHati
#8 Print Post
Posted on 06-02-2010 06:32
User Avatar

Veteran Member


Posts: 522
Joined: 03.10.09

Salaam,

Jika dah bergolongan dalam agama itu sesat apatah lagi bermazhab.... pecahan dalam pecahan. Ingatlah selagi berada dalam kesesatan mana mungkin dapat menuju ke destinasi yang di tujui... Angry
Manusia Tetaplah Menjadi Manusia

" Allah menurunkan Al Hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab.......... " (39:23)

Katakanlah (Muhammad) : "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (12:108)
 
Tok Syam
#9 Print Post
Posted on 07-02-2010 07:50
User Avatar

Moderator


Posts: 1343
Joined: 27.05.09

Salam.....
Jika demikian...maka benarlah kata2 nabi tentang 72 jalan hanya
satu jalan yg.sampai.

Bila disebut satu jalan....maka akan berkatalah para2 ahli ilmu
pada hari ini bahawa jalan itu adalah yg.mengikut fahaman
ASWJ.

Apakah ASWJ yg.ada pada hari ini mempunyai pendapat yg.
sebulat hati.....atau mereka2 tu hanya menerima pegangan
imam2 tertentu seperti Shafie.

Bagaimana pula ASWJ di India , Cina dan lain2 tempat,..?
 
saguputeh
#10 Print Post
Posted on 07-02-2010 08:15
Senior Member


Posts: 473
Joined: 11.08.09

Selagi ada aliran yang di bawa itu salari dengan yang di perlukan maka itu lah jalan yang di perakui ASWJ
 
MataHati
#11 Print Post
Posted on 09-02-2010 05:22
User Avatar

Veteran Member


Posts: 522
Joined: 03.10.09

Salaam,

Malangnya pula golongan ASWJ itu sendiri dalam keadaan sesat sampai kiamat.
Edited by MataHati on 09-02-2010 05:23
Manusia Tetaplah Menjadi Manusia

" Allah menurunkan Al Hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab.......... " (39:23)

Katakanlah (Muhammad) : "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (12:108)
 
manKip
#12 Print Post
Posted on 09-02-2010 16:42
User Avatar

Veteran Member


Posts: 734
Joined: 09.10.08

MataHati wrote:
Salaam,

Malangnya pula golongan ASWJ itu sendiri dalam keadaan sesat sampai kiamat.


makin sosat la ko ni.. ingat makin dapek hidayah
[b]DESIGN & PRINTING:
www.nicebookcover...
 
www.nicebookcover.webs.com
MataHati
#13 Print Post
Posted on 10-02-2010 05:50
User Avatar

Veteran Member


Posts: 522
Joined: 03.10.09

manKip wrote:
MataHati wrote:
Salaam,

Malangnya pula golongan ASWJ itu sendiri dalam keadaan sesat sampai kiamat.


makin sosat la ko ni.. ingat makin dapek hidayah


Salaam,

Apa salahkah yang saya katakan tu..... Pfft
Manusia Tetaplah Menjadi Manusia

" Allah menurunkan Al Hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab.......... " (39:23)

Katakanlah (Muhammad) : "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (12:108)
 
kimasapi
#14 Print Post
Posted on 10-02-2010 08:10
Newbie


Posts: 5
Joined: 21.07.09

salam,

Kalau tak silap saya tuhan melarang kita berpecah didalam agamanya.

Q6:159 Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agamanya dan mereka (terpecah) menjadi beberapa golongan, tidak ada sedikit pun tanggung jawabmu terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah (terserah) kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat.

Bolih tolong huraikan.
 
noora
#15 Print Post
Posted on 10-02-2010 21:02
User Avatar

Senior Member


Posts: 352
Joined: 22.10.08

ni noora konfiusss... noora dari kecik diajar bermazhab ar.. taopi dng mazhab pung noora leh memahami islam.. x la salah noora rase

Tapi bro matahati, x baik sesatkan owang ar..
Edited by noora on 10-02-2010 22:46
__________,88888e
___,a888b.9888888ei
___888888888888888
___88888888888888Y
___'8888888888888'
_____"S888888888"
_______"7888888Y
__________"e88j
____________"Y
 
Tok Syam
#16 Print Post
Posted on 10-02-2010 22:58
User Avatar

Moderator


Posts: 1343
Joined: 27.05.09

Yang menyebabkan orang tersesat tu....apakah dikerana mahazab..
kerana terdapat 4 fahaman imam,,kerana pelbagai konsep agama
yg.dibawa nabi..?

Yang sesat tu apabila menolak kebenaran yg.nyata datangnya dari
Kitab Allah dan apa yg.disampaikan nabi2.

Nak tau mana yg.betul dah sah dari nabi....carilah jalan kebenarannya.
Usah kita katakan nabi tak buat begitu dan begini sedangkan
kita tak rujuk dari mana2 sumber.

Rujukan yg.ada pada masa kini hanyalah tulisan2 dari ilmu
orang terdahulu.Jika kita tak yakin dengan ilmu2 mereka,...
usahakan ilmu sendiri yg.lebih di yakini.

Kalau rasa nak ikut Alquran semata mata...pun ikutlah.Sapa nak
larang.Soal siapa sesat dan siapa betul....semuanya akan
terjawab diakhir pencarian....setelah Allah tetapkan diri orang2
yg.mempunyai kebenaran dan kesesatan.
 
MataHati
#17 Print Post
Posted on 11-02-2010 05:37
User Avatar

Veteran Member


Posts: 522
Joined: 03.10.09

Salaam,

Tuan Kimasapi dan Puan Noora.... salah atau tidak terserah kepada penilaian masing-masing namun amaran Allah dan rasulNya dalam Al Quran janganlah di abaikan demi mempertahankan keyakinan yang diwarisi dari nenek moyang kita jika warisan itu bercanggah dengan Al Quran.

Isu bergolongan atau bermazhab telah dibincangkan dalam topik berikut dan sila lihat posting saya no. 23 dan 27 mukasurat 2. Jika ada bantahan atau puan Noora tidak bersependapat dengan pendapat saya maka silalah beri pendapat puan berkenaan ayat-ayat Al Quran yang saya kemukakan, mana tahu pendapat puan lebih baik dari pendapat saya....

http://www.terjah...owstart=20
Manusia Tetaplah Menjadi Manusia

" Allah menurunkan Al Hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab.......... " (39:23)

Katakanlah (Muhammad) : "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik." (12:108)
 
penditagila
#18 Print Post
Posted on 13-02-2010 15:57
Senior Member


Posts: 485
Joined: 23.07.09

Senang cerita barang siapa yang mengikut iktikad golongan ASWJ tetap benar walaupun mengikuti mana-mana daripada 4 mazhab tersebut kecuali selain daripadanya.
Pencarian Yang Jauh
 
kaki terjah
#19 Print Post
Posted on 06-04-2010 08:21
User Avatar

Admin


Posts: 775
Joined: 10.11.08

Salam

thread ni i dah lock.. harap semuanya kembali pd pendapat al quran, hadith dan ijmak ulamak, utk kesucian Islam... Sebarang soalan sila PM saya... harap maklum

wasalam
''Dan barang siapa mengambil Allah , Rasulnya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut [agama] Allah, itulah yang pasti menang ''
AL MAA-IDAH ... ayat 56

Allah befirman yang bermaksud : “Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk hanya kepada Allah”. (Al-Maidah : 55).
 
Jump to Forum:

Penafian: Pihak Terjah.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas atau Mozilla Firefox atau Safari dengan resolusi 1024 x 768

Hakcipta terpelihara @ 2010 Terjah.com