TERJAH SEARCH :  
Email : my_terjah@yahoo.com

 
Login :    Username      Password      Masih belum menjadi ahli? Klik [Daftar]       Terlupa password? Klik [Minta Password]
TERJAH! Chat Room | TERJAH! Quran & Hadith | TERJAH! FAQ | TERJAH! Search | TERJAH! Kontek | TERJAH! Download | TERJAH! Lagu | TERJAH! Foto | TERJAH! Web Link | Hantar Artikal | Hantar Link | Hantar ke TERJAH! Foto | Hantar ke Terjah EXTRA! | Arkib Artikal Lama
Science & Math in English, Antara Dosa UMNO Pada Melayu
Terjah Isu SemasaRencana di bawah ini saya 'copy' dari forum cikgu on line. Sanggat berguna untuk panduan kita semua tentang pengunaan bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Math. Berjayakah atau terus tertiarap?

Penulis forum menulis,
sebagai seorang bapa yang mempunyai beberapa anak di sekolah rendah dan menengah, penulis begitu prihatin dengan prestasi mereka terutama apabila mata pelajaran Sains dan Matematik mula diajar dalam bahasa Inggeris mulai tahun 2003. Ketika cuti, baru-baru ini penulis berpeluang berinteraksi dengan sejumlah guru yang terbabit dalam pengajaran subjek berkenaan dan cabangnya seperti Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan.

Seorang guru Biologi memberitahu daripada tujuh kelas Tingkatan Empat di sekolahnya, hanya sebuah kelas saja yang murid-muridnya berupaya menjawab kertas ujian Biologi dan Sains dalam bahasa Inggeris. Kelas ini menempatkan pelajar-pelajar terbaik. Enam lagi kelas, pelajarnya tidak dapat menjawab langsung.Ertinya, yang boleh menjawab hanya 1/7 iaitu kurang 15 peratus. Itu yang boleh menjawab, belum lagi yang 'pass' kertas itu. Demikian betapa buruknya senario yang melanda dunia persekolahan anak-anak masa kini.

Guru tergigil-gigil mengajar. Seorang guru lain memberitahu, seorang guru Matematik sekolahnya tergigil-gigil dan menjadi kaku, tidak dapat berkata apa-apa ketika mengajar apabila menyedari sekumpulan pemerhati daripada jabatan pendidikan negeri sedang memantau kelasnya.Akibatnya dia terpaksa dikaunseling dan dihantar berkursus untuk 'menajamkan' lagi bahasa Inggerisnya yang lintang pukang. Jika guru tidak mahir dalam bahasa Inggeris, bagaimana dia mahu mengajar anak muridnya dengan berkesan.

Seorang lagi guru memberitahu, kebanyakan pelajar yang menduduki peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR), memilih menjawab menggunakan bahasa Melayu dalam subjek Sains dan Matematik.Ketika ini kertas peperiksaan masih menggunakan dwi-bahasa (Inggeris dan Melayu) sebelum bahasa Melayu 'dihapuskan sepenuhnya' dalam tempoh beberapa tahun lagi. Beliau berkata sekalipun menghadapi masalah istilah dan terma (di sekolah subjek berkenaan diajar dalam bahasa Inggeris), kebanyakan pelajar tidak peduli, mereka 'pakai hentam saja', asalkan boleh jawab soalan menggunakan bahasa Melayu.

Masalah guru dan murid-murid yang 'merana' akibat pembelajaran subjek Sains dan Matematik semakin kronik, tetapi anehnya pegawai dan orang politik terus menghebahkan bahawa rancangan Dr Mahathir Mohamad itu mendapat kejayaan cemerlang, gemilang dan terbilang. Apa yang cemerlang itu tidak tahulah, tetapi yang jelas anak-anak Melayu semakin ramai menuju 'ke longkang'.

Apa tidaknya, kata guru Biologi tadi, apabila murid-murid tidak memahami apa yang diajar, mereka jadi bosan. Mereka tidak ada minat untuk belajar dan bagi menghabiskan masa di sekolah, mereka terbabit dalam gejala kurang sihat seperti menjadi samseng, kaki pukul, kaki buli, mat rempit dan kaki rokok.Beliau terlalu bimbang anak-anak Melayu sekarang semakin parah. Beliau ketawa apabila diberitahu bahawa Timbalan Menteri Pelajaran, Noh Omar, mencadangkan pihak sekolah mendenda, menggantung persekolahan atau membuang pelajar-pelajar yang terbabit dalam aktiviti mat rempit.

Katanya, budak-budak sekarang ini lebih suka jika pihak sekolah menggantung atau membuang mereka daripada sekolah. Perkara ini ketara di kalangan pelajar Tingkatan Tiga, Lima dan Enam Atas.Selepas mereka mendaftarkan diri untuk menggambil peperiksaan PMR, SPM atau STPM, mereka masih boleh menduduki peperiksaan berkenaan sebagai calon sekolah sekalipun mereka telah digantung persekolahan."Akibatnya," kata guru berkenaan, "pada hari peperiksaan, akan muncullah calon-calon yang berpakaian tidak senonoh, berambut panjang dan penampilan yang teruk, duduk di kerusi sebagai calon."

Katanya, jika tidak digantung pun, ramai pelajar tidak lagi hadir ke sekolah terutama pada penghujung tahun ini. Pelik tetapi benar kerana ada yang sudah bekerja, ada yang 'sekejap ada, sekejap tiada', ada yang jika datang ke sekolah pun hanya menyakitkan hati guru dengan mempamerkan gelagat samseng mereka.Sementara itu, seorang bapa yang ditanya melahirkan rasa kecewanya, kerana anaknya yang kini bersekolah di sebuah sekolah yang kerap melahirkan bilangan ramai pelajar UPSR yang cemerlang sudah mula tidak terbawa subjek Matematik dan Sains.

Menurutnya, sebelum ini anaknya dalam kelas-kelas persendirian, tuisyen serta latih tubi yang diberikan dapat menjawab soalan-soalan subjek berkenaan dengan cemerlang, tetapi apabila dihadapkan dengan versi alih bahasa, semua soalan berkenaan tidak dapat difahaminya.

"Bukan dia tak tahu nak jawab, *****a bahasa dan istilah yang menjadi penghalang. Guru pula kerap mengajar dalam dalam bahasa Melayu dan pihak sekolah tidak mahu mengadakan sebarang kelas tambahan terutamanya dalam meningkatkan mutu penguasaan bahasa Inggeris para pelajar.

"Itu kelas pertama, kelas yang diletakkan harapan oleh sekolah, murid-murid yang memang telah dipilih, macamana pula dengan nasib rakan-rakannya di kelas-kelas yang lain,"jelasnya panjang lebar sambil melahirkan kebimbangan dengan situasi yang berlaku.

Guru-guru ini berharap Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dapat berbuat sesuatu dengan segera bagi menyelamatkan generasi muda, terutama anak-anak Melayu yang hanyut selepas tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah disebabkan penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik.Kata mereka, jika Abdullah 'berani' menyanggah sesetengah tindakan Mahathir, tidak ada sebab beliau tidak dapat berbuat perkara yang sama mengenai bahasa dalam dunia pendidikan, apatah lagi hampir semua pihak termasuk cendekiawan tidak menyetujui langkah drastik penggunaan bahasa Inggeris yang dipaksakan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Mahathir sebelum melaksanakan rancangan 'syok sendiri'nya itu tidak pun mengarahkan pakar membuat kajian impirikal, *****a berdasarkan pandangannya mengenai kepentingan penguasaan bahasa Inggeris.Selain guru, ibu bapa juga berpendapat, Abdullah perlu bertindak segera kerana jika hal ini dibiarkan berlarutan, semakin hanyut dan rugilah anak-anak Melayu. Tidak ada sebab untuk tidak kembali ke pangkal jalan.

Kata mereka, jangan biarkan ego menguasai diri sedangkan anak-anak Melayu semakin tersisih dan tidak mendapat tempat di negara sendiri. Apakah pemimpin Melayu mahu semakin ramai anak-anak Melayu menjadi mat rempit, mat 'fit', mat 'stone' serta kaki buli, kaki botol, kaki ganja dan macam-macam kaki lagi disebabkan mereka tidak berminat dan bosan untuk ke sekolah? tanya mereka.

Susunan:
mankip


Comments
#1 | kaki terjah on March 12 2009 06:21:40
bila la nak insaf kerajaan ni?
#2 | gucci on July 27 2010 18:36:49
linda
There is something really amazing about Gucci Shoes Sale. Considered as the style icon it caters to every fashion requirement of dunk low. Its Michael Jordan Shoes fabric quality, vibrant shox shoes and nike shox shoes and designs have made it most acceptable brand in the current fashion scenario. Delivering the best as per prevailing Air Jordan Shoes and Air Jordans in the market, it guarantees fashion ugg classic boots that not only add more beauty to your Coach Handbags, but also help you carry yourself more Cheap Jordans. Well, you can check black satin patent cap toe pumps to refine your looks or can go for brown textured patent Cheap MBT Shoes ballet.
#3 | weifeng on July 31 2010 14:10:14
17 Dec 2008 ... Latest news about Nokia n97 on sale Brand New Nokia n97 best price - Nokia where to buy n97, Touchscreen, 3G, 5 MP Camera,n97 8gb A-GPS, ...
#4 | xiaobao on August 08 2010 03:53:43
r cheap classic 43 mens-2931 availability. These replica Burberry Louis Vuitton Louis Vuitton handbags are similar with Tag Heuer Link the original Burberry handbags. omega watches People are now becoming replica Vacheron Constantin Overseas smarter and they prefer Breitling Aeromarine buying the replica Burberry Longines Longines classic handbags instead of the Omega Seamaster Aqua Terra original Burberry handbags, which Chopard Classic cost them a l Baume & Mercier Hampton City Chronograph Mens 8344-2209 Mont Blanc Montblanc Sport Large Black Strap 0757-3894 omega watches
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.

Penafian: Pihak Terjah.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas atau Mozilla Firefox atau Safari dengan resolusi 1024 x 768

Hakcipta terpelihara @ 2010 Terjah.com