TERJAH SEARCH :  
Email : my_terjah@yahoo.com

 
Login :    Username      Password      Masih belum menjadi ahli? Klik [Daftar]       Terlupa password? Klik [Minta Password]
TERJAH! Chat Room | TERJAH! Quran & Hadith | TERJAH! FAQ | TERJAH! Search | TERJAH! Kontek | TERJAH! Download | TERJAH! Lagu | TERJAH! Foto | TERJAH! Web Link | Hantar Artikal | Hantar Link | Hantar ke TERJAH! Foto | Hantar ke Terjah EXTRA! | Arkib Artikal Lama
Ilmu 'Rahsia Tarikh Lahir' Dr Azizan Osman Sesat?
Terjah pelik

1 Malaysia ghairah ilmu rahsia Tarikh lahir (horoskop astrologi China numerologi).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbh

Sewaktu saya masih kecil di peringkat sekolah menengah rendah, horoskop adalah mainan biasa diri saya serta hampir keseluruhan rakan-rakan. Tidak membaca dan tidak memahami horoskop seperti ketinggalan zaman. Sebutan seperti “saya bintang cancer awak bintang apa?” memang menjadi lumrah di kalangan rakan sebaya saya malahan arang dewasa pun amat ghairah dengan horoskop ini.

Horoskop atau pun dikenali juga sebagai astrologi atau ramalan zodiak adalah carta atau diagram yang menunjukkan kedudukan relatif objek langit seperti matahari, bulan, dan planet. Perkataan horoskop berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud "melihat jam". Untuk memperoleh horoskop seseorang, tempat, hari dan tarikh lahir orang itu mesti diketahui. Tarikh itu pula akan jatuh pada salah satu daripada 12 lambang zodiak yang sedia ada iaitu Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio, Sagitarius, Capri­corn, Aquarius, dan Pisces. Menurut ilmu astrologi setiap zodiak itu mempunyai keperibadiannya yang tersendiri dan nasib setiap orang adalah berdasarkan kepada zodiak serta kedudukan matahari, bulan dan planet pada hari itu.

Berikut adalah jadual tarikh lahir dengan nama zodiac masing-masing iaitu :


Aries (March 22 - April 20)

Taurus (April 21 - May 21)

Gemini (May 22 - June 21)

Cancer (June 22 - July 22)

Leo (July 23 - Aug 22)

Virgo (Aug 23 - Sep 22)

Libra (Sep 23 - Oct 23)

Scorpio (Oct 24 - Nov 21)

Sagittarius (Nov 22 - Dec 21)

Capricorn (Dec 22 - Jan 20)

Aquaries (Jan 21 - Feb 21)

Pisces (Feb 22 - Mar 21)

Berikut pula adalah antara ramalan personality lelaki mengikut horoskop: yang saya ambil dari http://www.esempoi.com/personaliti/personaliti-lelaki-mengikut-horoskop/ :

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aries (21 Mac - 20 April)

Orang Nya: Anak mak! Smart mamat. Intelligent (boleh la….)

Tips utk memikat: Bagus untuk minah-minah tudung (NO OFFENCE) but its true.. Jejaka Aries suka wanita yang sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yang bagus punya.

WARNING: Jika anda betol anda rasa kes ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jangan lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan diworkshop baru baik.

Leo (24 Julai - 23 Ogos)

Orang nya: Penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan orang yang disayangi nya. Jejaka Leo ini juga seorang yang ambitious, self-centered tapi tak ego.(kadang-kadang je ego). Pandai berkata-kata.

Tips utk memikat: Sebagai perempuan, harus lah menunjukkan kewanitaan yang selembut-lembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.

WARNING: Jangan.. saya ulangi.. JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain.. mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajok, balik bilang mak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dari laman memfokuskan horoskop seperti http://astrology.hotplugins.com/7824/ , dan laman-laman seangkatan dengannya pelbagai khidmat boleh diperolehi seperti:


  1. Ramalan zodiak mengikut
    1. Hari
    2. Minggu
    3. Bulan
    4. Tahun
  2. Keserasian pasangan kekasih (Compatibility romance)
  3. Ramalan kewangan
  4. Cinta orang bujang dan sudah berkahwin
  5. Penyakit setiap zodiak dsb

Disebabkan terlalu ramai meminati horoskop ini, media masa seperti surat khabar dan majalah masing-masing berlumba mengemukakan pelbagai ramalan zodiak mengikut hari. Setiap hari media massa ini menyajikan pelbagai ramalan zodiak mengikut hari.

Pada hari ini bilangan media massa yang menyajikan pelbagai ramalan horoskop masih tinggi walaupun media massa ini adalah disasarkan untuk umat Islam. Hari ini horoskop juga disediakan bagi mereka yang ingin melanggan khidmat pesanan ringkas SMS. Bayar sekian ringgit setiap bulan dan ramalan zodiak akan terus ke handphone anda setiap hari.

Disebalik begitu ramai umat Islam yang begitu ghairah dan meminati ramalan horoskop ini di Malaysia, apakah sebenarnya hukum membaca dan membenarkan ramalan horoskop ini?

Hukum Membaca dan Mempercayai Horoskop/Zodiak

Horoskop dan Astrologi ialah ilmu yang digunakan bagi mencari maklumat serta ramalan terhadap perkara ghaib dari bintang-bintang serta bulan-bulan kelahiran seseorang manusia. Seringkali kita lihat horoskop seperti ini banyak dipaparkan di dalam majalah dan media massa terutamanya yang disasarkan kepada golongan remaja.

Ramalan Horoskop (Horoscope) DIPERCAYAI KONONNYA yang dapat menentukan ramalan personaliti seseorang, sifat peribadi dan ramalan nasib bulan-bulan dalam kehidupannya. Misalnya bagi mereka yang lahir di dalam bulan Oktober pada hari 24 sehingga 22 November merupakan mereka yang dilabelkan dengan bintang SCORPIO dan mempunyai personaliti serta peribadi ramalan tertentu.

Ramalan sebegini membawa kepada syirik dan hukum mempercayainya ialah haram dan berdosa. Telah diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas ra Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya . (hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.

Telah jelas hukum sihir bahawa ianya haram menurut kesepakatan ulama dan membawa kepada kufur serta terbatal iman. Maka di dalam masalah ilmu horoskop ini hendaklah para pemuda-pemudi Islam berhati-hati dan tidak mempercayai apa-apa dari ramalan bintang-bintang ini yang jauh dari kebenaran dan dipenuhi kedustaan dan penipuan sekalipun terdapat kepadanya beberapa berita yang mendekati kebenaran.

Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui . (Al-An am : 97).

Imam Bukhari ra telah meriwayatkan di dalam kitab sahihnya bahawa Qatadah, seorang ulama tabien yang terkenal telah berkata : Allah telah menciptakan bintang-bintang untuk tiga perkara iaitu perhiasan langit, pelempar syaitan dan sebagai tanda-tanda penunjuk arah maka barangsiapa yang mentafsirkan bintang-bintang selain dari tiga perkara ini maka ianya adalah salah dan sia-sia iaitu mensia-siakan nasibnya serta memaksa dirinya dengan sesuatu yang dia tidak mempunyai ilmu untuk mengetahuinya.

Mempelajari ilmu bintang seperti ilmu falaq, ilmu kaji bumi dan astrologi untuk tujuan kebaikan bagi mendapat maklumat yang berguna bagi keselamatan manusia dan faedah kepada manusia dari sudut ilmu pengetahuan yang membawa manfaat tidaklah salah. Tetapi mempelajari ilmu astrologi untuk tujuan horoskop dan meramal nasib maka hukumnya ialah haram dan berdosa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kini adalah jelas bahawa membaca dan membenarkan ramalan horoskop membawa implikasi besar dalam bab hukum Islam. Apabila kita semua telah jelas dan mantap menghayati kesalahan beramal dengan amalan horoskop ini, kini saya mengemukakan soalan, “bolehkah kita pula membaca dan mempercayai Astrologi China??? ”. Bagi mereka yang benar-benar mantap ilmunya, mereka akan terus menolak astrologi China ini.

Astrologi China membahagikan tahun-tahun kepada:

  1. Tahun Tikus : 1948, 1960, 1972, 1984, 1996
  2. Tahun Lembu : 1949, 1961, 1973, 1985, 1997
  3. Tahun Harimau : 1950, 1962, 1974, 1986, 1998
  4. Tahun Arnab : 1951, 1963, 1975, 1987, 1999
  5. dsbnya

Astrologi China meramalkan setiap lelaki dan wanita yang lahir pada setiap tahun haiwan ini mempunyai personaliti dan ciri peribadi lainnya menyamai ramalan personaliti horoskop. Astrologi China ini juga meramalkan soal kehidupan, takdir, kekecewaan, nasib buruk serta nasihat untuk membaiki kualiti kehidupan. Banyak laman web di internet menyediakan khidmat ramalan astrologi China ini secara percuma.

Apa yang penting yang ingin saya tegaskan di sini ialah membaca dan membenarkan ramalan horoskop atau ramalan astrologi China hanyalah membawa kesengsaraan semata-mata kepada umat Islam.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kini adalah jelas bahawa membaca dan membenarkan ramalan horoskop dan astrologi China membawa implikasi besar dalam bab hukum Islam. Apabila kita semua telah jelas dan mantap menghayati kesalahan beramal dengan amalan horoskop dan astrologi China ini, kini saya mengemukakan soalan, “bolehkah kita pula membaca dan mempercayai Ilmu Numerologi???

Ilmu Numerologi adalah satu ilmu berkenaan cara-cara menghitung dan menggunakan angka-angka / nombor-nombor untuk mengetahui sifat manusia. Numerologi adalah bentuk tertua dari ilmu nujum / meramal. Asal usulnya tidak dapat dikenalpasti tetapi bangsa Mesir kuno, Babylonia, China dan bangsa lainnya mempunyai teori nujum dengan angka-angka. Konsepnya diambil berdasarkan fenomena alam seperti, pelangi warnanya 7 buah ada 12 beserta zodiaknya dan sebagainya.

Walau ada beberapa pengembangan variasi antara sistem-sistem numerologi, sebagian besar didasarkan pada teori matematika Yunani, dan ahli falsafah seperti Pytahgoras. Ia (Pytahgoras) percaya bahwa seluruh alam maya ini dapat dihitung secara matematik, dan bahkan dapat dipersembahkan dengan angka-angka yang merupakan kunci alam maya ini.

Numerologi dikenali juga dengan nama numeromancy atau arithomancy, pernah digunakan sebagai bentuk ramalan umum. Pada masa kini, ilmu numerologi banyak digunakan berkaitan dengan analisa kepribadian dan potensi diri sahaja.

Dasar kepercayaan numerologi, bahawa angka-angka terutama angka primer iaitu 1 sampai 9, mempunyai pengaruh terhadap segala segi kehidupan dan kepribadian kita.

Untuk lebih memahami ilmu numerology (untuk kajian dan bukan untuk diamalkan), bolehlah pembaca melayari http://www.dewa.com/dagelan/nomor.htm dan banyak lagi laman lain di internet.

Di dalam satu laman web ada menyebutkan bahawa :

“Get Your Free Numerology Reading Here

This is the popular web site where you and your friends can all get numerology readings for free.

Scroll down for your free numerology readings.

Numerology can tell you secrets about yourself- how you see the world; how the world sees you, your soul's urge.

Know yourself better. Know your friends better.

Divine your future. ”

Melalui ilmu celaka Numerologi inilah maka timbul istilah nombor sial dan nombor bertuah. Mereka yang percaya kepada numerology ini menganggap bahawa nombor 13 adalah nombor sial. Inilah yang menyebabkan hotel tidak mempunyai tingkat 13 dan nombor bilik 13. Di kawasan perumahan pula agensi kerajaan bersama-sama memeriahkan ilmu numerology ini dengan meniadakan rumah yang bernombor 13. Perbuatan ini seolah-olah mendidik masyarakat Islam agar percaya dengan ilmu numerology.

Melalui ilmu numerology ini mereka menghasilkan Carta Ciri-ciri Nombor berikut:

Chart of Characteristics
of Numbers

1

unity, creation, independence

2

duality, emergence

3

power, generative force

4

solidity, dullness

5

sensuality, pleasure

6

perfection, harmony, balance

7

mysticism, psychic, magic

8

material, success, justice

9

spiritual, mental achievement

Melalui laman http://www.themystica.com/mystica/articles/n/numerology.html mereka mengajarkan bahawa nama "John Smith" has a numerological value of 8. From the Chart of Characteristics of Numbers 8 has the characteristics of material, success, justice.

Masalah yang ingin saya ajukan di sini adalah “adakah ilmu numerologi ini dibenarkan dalam Islam?” Sebenarnya ilmu numerologi ini adalah ilmu nujum atau meramal yang duduk satu kapal dengan ilmu horoskop / astrologi dan astrologi China. Dan itulah juga sebabnya dalam banyak hal seperti di http://astrology.hotplugins.com/7824/ , ilmu sesat numerologi diletakkan satu kapal dengan ilmu meramal / nujum lainnya iaitu:

  1. Horoskop
  2. Chinese Astrology
  3. Palmistry (imu menilik melalui tapak tangan)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kini adalah jelas bahawa membaca dan membenarkan ramalan horoskop, astrologi China dan numerologi membawa implikasi besar dalam bab hukum Islam. Apabila kita semua telah jelas dan mantap menghayati kesalahan beramal dengan amalan horoskop, astrologi China dan numerologi ini, kini saya mengemukakan soalan, “bolehkah kita pula membaca dan mempercayai Ilmu Rahsia Tarikh Lahir???

Ilmu analisis rahsia tarikh lahir adalah satu cabang applikasi dari ilmu sesat NUMEROLOGI. Melalui nombor-nombor ini kelak ramalan akan dikeluarkan bagi seseorang mirip ilmu horoskop dan astrologi China.

Antara pelopor ilmu rahsia tarikh lahir di Malaysia ialah D


Comments
#1 | ABUHAZIQ73 on September 02 2009 21:49:34
sekiranya tergolong dalam kategori menilik nasib, dah terang lagi bersuluh,
adakah memang begini sikap Orang Kita
#2 | nina on September 07 2009 02:27:55
sebagai bekas staff azizan sy sndr dpt mengatakan bahawa apa yg diajarkan mula menyimpang dr kebenaran semakin jauh..ketika mula2 dia menjalankan perniagaan kelihatan benar,tp bila smpiduit mula masuk dia mula menipu.kedoktoran yg dimiliki dibeli melalui internet.anda pun boleh dpt. dia mengajar tentang jodoh dan keserasian ttp dia sndr sebenarnya baru kahwin di thailand dan dlm proses menceraikan isteri pertamanya.dia menipu duit ebebrapa orang peserta yg berjumlah hampir rm100k lebih utk masuk mlm supaya dia dpt naik ke pangkat atas dan bnyk lagi.sy hanya berharap mereka yg masuk ke seminar ini berfikirlah semula...semua iklan yg keluar dibayar.malahan sykt rich&richer sudah tidak wujud lagi and sykt yg menguruskan seminar itu bukan milik azizan..tetapi atas nama isteri(rumours from his own family)yg dikahwininya di thailand
#3 | asnahfnd on September 26 2009 08:22:29
Saya pun setuju dengan pandangan nina dan penerjah tentang azizan osman:-.
1. bila buat ape2 yg penting ikhlas, tapi bila tamak? perbodoh dan peralat kan orang melayu untuk cepat jadi kaya...maka niat dah tak betul dan sanggup buat apa jua walau melanggar syariat, tapi kerana tamak dan gila duit, semua hukum letak tepi. Quran jadi alat untuk menghalalkan segala-galanya.
2. Konon pakar kira tarikh lahir lah, nasihat org lain, tapi isteri sendiri pun di peralat dan di kudakan hanya untuk diri sendiri. adik beradik di buat macam staff, girl fren diusung ke sana-sini satu dunia, tapi nasihat orang lain? berpura-pura dan bertopeng alim.
3. Org kepercayaan azizan adalah teman setidur...minat lelaki dan minat perempuan.(Yg tukang cerita girl fren lama & org kanan dia sendiri yg sangat azizan sayang n percaya!.)
4. Azizan yg konon pakar kira tarikh lahir, kebocoran nya tersangat lah..., nak2 nya pada perempuan. sebab dia kaki betina?
kalau nak tau lanjut cerita ni tanya lah isteri dia yg sedang ada kes mahkamah di melaka pd 26hb oktober 2009).
5. Tapi memang betul apa yg Nina tulis, potensi yang paling hebat azizan ni ialah memperalat n memperkudakan orang lain untuk jadi kaya raya dan mengkayakan keluarga girl friend dia(pemilik syarikat & kakak girl friend dia yang buat score-A).So...hati2lah...sedangkan ilmu yg dia belajar semua nya ceduk hak orang lain.Doktor pun di beli di internet!!!!!semua orang boleh beli, bayar duit je!
6. Bagus juga ada yang mengingatkan orang ramai sebab azizan nak mula buat program ramai2 ni sebab nak bayar duit kereta porshe yang untuk dimegah2kan..dan menjadikan lambang keangkuhan dia. Berapa orang kah di sekeliling dan yang telah mengikuti program azizan dah jadi jutawan? cuba tanya para apprentice azizan? dan jgn lupa bila dia lantik agen pun duit deposit hangus, semua org tak untung, yang untung dia juga!Best kan?
7. Yg paling penting, jgn lah taksub dan syirik pada azizan dan program nya lebih dari Allah dan Rasul. sebab ada peserta kursus yang cium tangan azizan dan kata dia ni setaraf nabi? kalau lah kita taksubkan ilmu dia lebih dari alquran, maka sia2lah hidup kita? CD alpha yg dijual kononnya RM450 tu dah lah cetak rompak.(kos RM2 je.dengar CD imam mekah lg bagus..)...Belajar pulak dengan Yahudi si T.Harv Eker yang konon nya azizan agung2kan hebat lebih dari Nabi Muhammad.Kalau Nabi Muhammad nak collect duit mcm azizan, dah lama dia kaya? Ambil kesempatan keterlaluan la tuh sampai program RM10,000 & mengajar segala yang terkeluar dari Islam...248...Alpha? Ni pergi menuntut pulak dengan yahudi kat Afrika(baca lah dalam website azizan@facebook dia).
Jangan lah kita ikut mem**** buta hingga menggadaikan iman kita pada Allah dan berkiblatkan dengan org yg bermentor selain dari Alquran dan Hadis?
Syukurlah ada yang masih bertanggungjawab untuk memberi peringatan agar kita tidak terpesong dan terbabas jauh dari aqidah.
#4 | kick on September 27 2009 03:36:10
Salam .. memng sy sokong dgn pendpt `asnahfnd` tu tp mintk tolong kpd en.cik atau puan `asnahfnd` harap xguna nick name tu.. sy sbgai kwn baik kepada cik asnah dan wakil tidak suka kerana nama tersebut membuatkan seolah2 cik asnah ter****t dgn azizan... kami cuma tidk mahu timbul sebarang maslah persefahaman ...tq
#5 | TWEETY on September 28 2009 04:55:51
Saya pun nak meluahkan perasaan., kali terakhir di kursus rkmj bulan Ogos yg lepas, dah lama bayar beribu tapi resultnya hampas. Asyik ulang benda yang sama, separuh hari melompat sana sini, asyik suruh pergi kursus advance lagi, kursus rmkj tu memang dah advance, itu trick nak suruh bayar lebih tapi tak ada hasil langsung. Kesihan kat kami yang telah terkena, bayar beribu untuk jadi IMA tapi sampai sekarang komisen yg dapat tak boleh cover investment. Lepas tu ubah tarikh kursus, tapi bayaran penuh untuk kursus tu dia dah sapu. bayangkan kalau RM350 seorang * 1000 org = boleh bayar la Porche Cayanee dia, boleh honey moon lagi dengan wife baru dia. Penipu besar pun Dr., cakap tak serupa bikin.
#6 | nurulbarokah on October 09 2009 22:19:25
slm. saya jumpa terjah ni pun sebab ada org yg sms n email pd org ramai- lepas terjah ni keluar azizan dah mula jadi alim dan x mengaku pakar motivasi dan tukar jadi ustaz (terpaksa meneruskan kepura-puraan dan lakonan, sebab takut org tau lakonan,tembelang dan kepuraan nya, tak leh nak cari makan dan tak leh tipu orang ramai lagi) sedang kan dulu dia juga yg mengaku macam2 pakar dan doktor dan lain2 lg..(kebetulan terjumpa kawan lama dia kat appco, semua menyumpah pasal dia...konon nya dia buat duit rm24,000 seminggu, pembohong-saya rasa kalau tuan2 nak kenal siapa azizan ,pergi melaka, kg lapan, saya dah pergi dah.....nanti email saya, saya bg list org yg kenal sangat dgn dia nih!"How u do anything, is how u do everything".....kalau benda kecik dia boleh tipu, tak heran lah benda besar dia boleh tipu?rupanya hutang orang bertahun2,beribu2 tak bayar...yg heran adik perempuan dia yg belajar kononnya syariah pun sama macam dia kaki jantan dan pembohong! dulu pakai purdah, sekarang dah seksi pakai seluar jin afrit!).

saya mengikuti program ni dari awal..mula2.3r(richricherresources), saya search ssm, saya tau siapa pemilik nya,,,betul pun, seorg pompuan yg nama nya dulu org kenali sbb wat event ke hulu ke hilir sebilik dgn azizan. satu johor tau tiba2 dia gaduh dgn azizan di sebab kan di hasut oleh boyfen azizan -fendi.sehingga bergaduh. banyak sangat yg diperkatakan pd ramai org sehingga tersebar luas segala cerita yg sangat sensasi ,panas dan hangat.

Saya tulis sebab dh jumpa ramai apprentice, saya ingat kan dulu org2 keliling dia dengkikan dia dan orang saja nak buat cerita, rupa nya memang benar, nak tau tanya lah sendiri pada semua apprentis yang memang dah habis ribuan ringgit ,,pendek kata semua projek yg di lancar dan dibuat..no 1 untuk mengkayakan diri sendir dan mengarut hingga panggil volunteer krew untuk program dia, makan n minum pun sendiri kena tanggung-best kan diperkudakan?

Kebetulan saya involved dengan semua orang yang rapat keliling dia termasuk wanita anggun dan sempat berkenalan dengan isteri nya yg juga duduk kg lapan yg tengah dizalimi oleh azizan. dengar kata nak start bisnesdan waktu susah dulu-dulu pun bini dia dan keluarga yang bergolok bergadai,rupanya apa yg dia ajar tentang berterima kasih, bersyukur juga hanya gimick n lakonan?

hari ini dia ajar orang ramai tentang keluarga bahagia? keberkatan, kasih sayang?hahahahahaaaa.a.............nanti kita tunggu kisah ni keluar surat khabar...sensasi mcm ustaz akhill...gak.kan?

Saya nak tau tentang pompuan baru yg sekarang Richweks ni nama nya dan keluarga nya sedang membolot segala2nya, pompuan ni rupanya budak jasin,MRSM tepi da... asal org susah, tapi dapat rampas azizan dari pompuan pemilik rich&richer(, hebat kan pompuan ni! (richricher club, azizan dah collect rm100 pun tipu dan bohong, semua nya janji palsu jer,,nak tipu org ramai, segalanya tak ditunikan?), Bestkan boleh cepat kaya dan memperbodohkan org melayu guna ilmu yahudi kemudian dah mula bertopeng kan islam dan mula guna ugama.kenapa?sebab nak cari makan tipu org lagi...
pompuan umur 21/22 taun ni jadi jutawan segera..bila dapat rampas azizan dari 3r rupanya dulu di UIA sangat popular dgn kisah dia & pensyarah nya yg juga sangat sensasi.(boleh test duduk serumah sebelum kawin)..nak tau detail, check sendiri...

So, syarikat2 yg ada tu semua akhirnya dia tinggalkan begitu saja? incometax...ada byr ke? patut guna enterprise...entah2 epf,socso pun tak bayar?...tolong siasat kan....saya teringin nak buat report tentang CD ALpla...cetak rompak pada kpdnhep....rm2?...patutlaa kaya cepat, jual rm450?

org yg begitu hebat bertarikh lahir 14/11/1974. cuba kira?
bahaya ek, apa yg dia ckp tentang watak ego, sombong, dan tamak, pure2..kebocoran, tikam belakang, dll semua ada dlm tu, best ek kira no,,,sampai lupa Allah.pakar hebat..kononnya kita dah jadi apa yg di ajar dalam RKMJ...:We are the most powerful Creator". (Bagus kan bayar dan sekongkol pelajari ilmu mensyirik kan Allah?)Hebat!..Hebat!...Syabas!...so jabatan ugama pun jangan lah tunggu kes ni jadi satu lagi rasul melayu@abuya@ayah pin baru nak ambil tindakan?...puas pulak nak betul kan akidah orang ramai...dah lah sesat ,duit pulak habis lepas tu jadi syirik ramai2...tahniah emjay..syukur saya bila baca artikle awk,,korang jgn laaa mudah dan senang2...tertipu lagi...,sampai kan dan sebarkan lah kebenaran ini agar orang ramai yang tidak terpesong jauh dan tersesat akidah.
#7 | asnah on October 10 2009 23:34:15
salam semua, saya asnah bekas partner rich&richer resources. tujuan saya menulis komen ini bukanlah untuk menjatuhkan sesiapa melainkan untuk membetulkan penyataan nurulbarokah mengenai diri saya.sy tidak pernah travel ke mana2 ketika mengendalikan event bersama azizan berdua sahaja.saya akan pastikan yg ada org lain(sekurang2 kurangnya 2org lain) samada staff atau pun bekas partner kami shafiq untuk mengelakkan sebarang salah faham. di harap cik nurul kalau marahkan nyamuk jgnlah kelambu di bakar. .

andaikan cik nurul teraniaya mungkin xsalah untuk mempertahankan diri..tapi jgn sampai memfitnah orang lain yg xbersalah..bahkan saya sendiri memilih untuk keluar syarikat apabila mendapati ada agent yang tidak mendapat wang komisen mereka yg dikelolakan oleh org kepercayaan azizan..saya sanggup meninggalkan segala penat lelah kerana bagi saya lebih baik saya ada sedikit duit yg halal daripada makan duit orang yg bkn hak saya.

mungkin cik nurul lebih kenal azizan siapa..cuma hati2lah..fitnah itu lebih teruk dari membunuh..mungkin saya bukan malaikat tapi saya harap cik nurulbarokah berhati2 jgn sampai menganiayai orang lain yang tidak bersalah.saya sudah tidak punya apa2 kaitan dgn program yg azizan jalankan dan tidak mahu ada sebarang kaitan..jadi sy harap cik nurulbarokah atau pun sesiapa yg mahu melepaskan perasaan anda mahupun berjuang berhati2 lah..jangan sampai menganiayai orang yg xsbersalah..mahupun saya atau pun isteri pertama azizan sendiri.dia sudah cukup menderita.

salam
#8 | ahmadzack on October 13 2009 01:56:21
assalamualaikum,

saya tak pernah ikut kursus azizan ni, memang pernah niat nak ikut tapi belum berkemampuan, jadi saya belajar dengan "tok guru" lain.. kalau tak silap saya tarikh lahir 14/11/1974 mempunyai potensi kombinasi nombor seperti berikut:-

731: Sanggup mengkhianati atau mempergunakan penyokongnya
483: Banyak idea dan dapat menarik ramai penyokong (terutama berlainan jantina)
933: cepat berjaya dan perlu berhati-hati kerana kejayaan tak kekal lama
459: Sanggup korbankan apa sahaja asalkan cita-cita dan matlamat berjaya dicapai
Teras 1: Bakat kepimpinan, Berdikari, Pentingkan diri sendiri, berpendapat diri sendiri sahaja yang betul, Ego

itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsi, sesungguhnya segala ilmu adalah kepunyaan Allah SWT, kita sewajarnya menggunakan segala ilmu untuk menambahkan keimanan dan ketakwaan semoga kita semakin dekat dengan Allah SWT... bukan semakin menjauhinya... dan paling penting jangan terlalu obses dengan sesuatu,ingat Allah SWT yang Maha Kuasa atas segala sesuatu...
#9 | matdragon on October 15 2009 21:43:49
Apelah yang nak dikaji dengan tarikh lahir.
sebenarnya tiada apa yang ada dengan tarikh lahir. takpayah nak buang duit pegi blajor sana sini tentang tarikh lahir.semuanya syirik. sedangkan mempercayai ubat yang kita makan boleh menyembuh kita pun boleh dikira syirik kerana yang menyembuhkan kita bukan ubat tetapi Allah. ubat hanya Asbab untuk usaha kita sembuh.

Apatah lagi nak percaya tentang tarikh lahir sememangnya syirik. akupun pernah ade orang ajak joint bende macamni. tapi aku bagi ceramah kat ketua die bagi insaf sebelum mati dalam syirik. tapi biasanya bila dah kaya dengan bende penipuan mcmni hati akan jadi gelap dn ceramah pun takmasuk dah.tinggal lagi die dengan Allah jelah die nak menjawab.

Kalau nak berjaya bukan susah. buat kerja apepun boleh berjaya. kerani pun boleh berjaya. yang penting sembahyang 5 waktu jangan tiggal. doa jangan tinggal.amalan malam hari jangn lupe nak buat. insyaallah semua doa kita dimakbulkan.
takpayah bayor bro..

Mudah mudahan kita dijauhkan dari perkara Syirik.
#10 | mira on October 20 2009 23:03:22
Aku dah study tarikh lahir ni sejak 2004, ketepatannya sekitar 80% sahaja. Jadi faktor persekitaran dan pendidikan juga memainkan peranan penting.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.

Penafian: Pihak Terjah.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas atau Mozilla Firefox atau Safari dengan resolusi 1024 x 768

Hakcipta terpelihara @ 2010 Terjah.com