TERJAH SEARCH :  
Email : my_terjah@yahoo.com

 
Login :    Username      Password      Masih belum menjadi ahli? Klik [Daftar]       Terlupa password? Klik [Minta Password]
TERJAH! Chat Room | TERJAH! Quran & Hadith | TERJAH! FAQ | TERJAH! Search | TERJAH! Kontek | TERJAH! Download | TERJAH! Lagu | TERJAH! Foto | TERJAH! Web Link | Hantar Artikal | Hantar Link | Hantar ke TERJAH! Foto | Hantar ke Terjah EXTRA! | Arkib Artikal Lama
Nama Allah Diperjuang, Kenapa HukumNya Dibuang?
Terjah KritikNama Allah Diperjuang, Kenapa HukumNya Dibuang?

Setakat kajian yang telah dilakukan, dari dulu hingga sekarang pihak Kristian tidak pernah menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai Tuhan, baik di dalam kitab mahupun penulisan rasmi mereka, tetapi mereka menggunakan perkataan ‘God’. Lantas apakah agenda mereka kali ini sebenarnya? Tidak mustahil bahawa ini merupakan usaha terbaru mereka untuk mendakwahkan agama Kristian di kalangan orang Islam.

‘God’ diterjemah kepada ‘Allah’ supaya mudah difahami oleh anak-anak muda yang pastinya akan menolak sekiranya Nabi Isa dikatakan sebagai Tuhan. Hakikatnya, apa yang perlu disedari dan dilawan adalah keseluruhan dakyah Kristian itu sendiri, bukannya terperangkap dengan isu istilah yang mereka gunakan. Kita perlu bertanya kepada pihak yang bertanggungjawab apakah langkah yang mereka laksanakan untuk memantapkan dan menjaga akidah umat Islam? Apakah jalan yang mereka tempuh apabila mereka melihat para pendakwah Kristian gencar menarik anak-anak muda ke agama Kristian? Apa pula tindakan pemerintah ke atas kes-kes murtad yang semakin bertambah?

Kita memang yakin bahawa golongan Kristian dan Yahudi tidak akan henti-henti cuba menyesatkan umat Islam. Allah telah pun mengingatkan kita tentang perangai dua golongan kuffar ini. Ratusan tahun lamanya mereka berjuang melalui serangan missionaris dan juga orientalis untuk menjatuhkan Islam dari dalam. Setelah ratusan tahun berusaha, mereka akhirnya berjaya melemahkan dan menghancurkan bukan sahaja umat Islam, malah Daulah Islam sekaligus.

Khilafah berjaya mereka runtuhkan. Sejak itu hingga kini, usaha mereka masih tetap berterusan. Namun perlu diingat bahawa usaha jahat mereka sering mencapai kejayaan kerana lemahnya akidah umat Islam itu sendiri dan yang lebih utama, adanya ‘kerjasama’ dan ‘bantuan’ dari pihak pemerintah kaum Muslimin. Sekiranya akidah umat Islam itu lemah, tetapi jika sistem yang berjalan adalah sistem Islam, maka sistem ini akan dengan sendirinya menjaga akidah umat melalui penerapan hukum Islam yang syumul. Tetapi, dengan penerapan sistem sekular yang memisahkan agama dari kehidupan, maka para pemerintahlah yang telah mempermudahkan laluan puak kuffar ini untuk menyebarkan dakyah sesat mereka ke atas umat Islam.

Apa tidaknya, pemerintah telah ‘menyediakan’ satu sistem demokrasi kufur yang diambil dari Barat, mereka juga menyediakan mahkamah kufur dengan undang-undang kufur, malah kadang-kadang hakim kafir atau jika hakim itu beragama Islam sekalipun, ‘kepala’nya dipenuhi dengan pemikiran dan hukum kufur. Semua ini telah mempermudahkan apa sahaja agenda jahat golongan kuffar ke atas umat Islam.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Jika kalian merasakan bahawa puak kuffar ingin memperdaya kalian, sedarlah bahawa itulah juga yang sedang dilakukan oleh pemerintah sekular yang ada sekarang. Mereka telah lama memperdaya kalian dan mereka akan terus memperdaya kalian. Bila timbul isu sebegini contohnya, para pemerintah cuba berlagak sebagai penyelamat. Dengan memperjuangkan nama Allah, mereka menunjukkan seolah-olah merekalah golongan yang memperjuangkan Islam.

Begitu juga segelintir umat Islam, sama ada mereka adalah talibarut pemerintah atau mereka yang ikhlas namun terkeliru di dalam perjuangan, terus bangkit dan menyuarakan kemarahan terhadap penggunaan nama Allah. Sungguh malang apabila hal ini terjadi di mana ‘nama’ Allah mereka perjuangkan, namun ‘hukum’ Allah mereka bakul sampahkan. Sesungguhnya sesuatu yang jauh lebih berbahaya yang sedang kita hadapi sekarang adalah penerapan hukum kufur oleh pemerintah ke atas kita semua. Mereka kononnya menjaga nama Allah habis-habisan, tetapi hakikatnya mereka telah membuang hukum Allah habis-habisan. Inilah yang sepatutnya menjadi bantahan umat Islam.

Adanya keputusan mahkamah kufur adalah kerana adanya kerajaan yang mewujudkannya. Justeru, bukan sekadar penyesatan melalui penggunaan nama Allah yang boleh puak kuffar lakukan, namun yang jauh lebih serius dari itu, umat Islam telah terlalu lama berada di bawah kesesatan undang-undang dan sistem kufur yang diterapkan oleh pemerintah yang beragama Islam. Sesungguhnya amat jeleklah bagi mereka yang bersungguh-sungguh menunjukkan kehebatan di dalam melaungkan pembelaan terhadap penggunaan nama Allah tetapi mereka sendiri mengotori tangan-tangan mereka dengan mencampakkan hukum Allah dan menerapkan sistem kufur buatan tangan mereka sendiri. Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang najis.

Den kobeh dari:
http://www.mykhilafah.com/
Comments
#1 | kaki terjah on January 10 2010 06:30:34
Apa2 pun kita jangan lah tunjukkan kohodohan perangai kita membakar dan menyerang gereja, seperti kita buta undang2...

Keculi kita tiada pilihan, seperti keadaan di Iraq atau Afghanistan atau Palestin
#2 | kaki terjah on January 10 2010 06:34:14
“Haram memusnahkan rumah ibadat agama lain,” kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Diminta reaksinya berikutan kebakaran di tiga buah gereja di Lembah Klang semalam, beliau berkata, perbuatan itu didorong emosi sehingga sanggup bertindak di luar kewarasan.

“Inilah akibatnya jika menyentuh sensitiviti Islam yang cukup bersabar dan bertolak ansur selama ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, kerajaan harus bertindak tegas terhadap pihak yang membangkitkan isu ini sebelum ia menjadi bertambah kritikal.

“Tindakan seperti melucutkan hak kerakyatan patut dikenakan ke atas mereka yang cuba mengganggu-gugat keamanan dengan mencetuskan ketegangan seperti ini.

“Kita telah lama hidup dalam suasana harmoni, tetapi apabila Herald Catholic Weekend membawa kes ini ke mahkamah, ia memberi kesan besar kepada keharmonian negara,” katanya.

Sementara itu bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Islam melarang perbuatan merosakkan rumah ibadat seperti yang berlaku semalam.

Beliau percaya, perbuatan tersebut dilakukan oleh individu yang tidak memahami ajaran Islam dan mengikut nafsu amarah.

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Perak pula berharap tidak ada pihak cuba menangguk di air yang keruh atau membuat provokasi.

Yang Dipertuanya, Suhaimi Latip berkata, pihaknya menyarankan umat Islam di negara ini berdoa dan melakukan solat hajat agar isu ini selesai dengan aman.

“Abim sangat yakin perkara ini boleh diselesaikan secara baik, bukan dengan cara kekerasan,” katanya.SH
#3 | awang kecil on January 10 2010 08:36:51
Khilafah berjaya mereka runtuhkan.
Kalau kerajaan khilafah pun boleh dia tewaskannya,bagimana
kerajaan yang ada sekarang?Yang tidak perdulikan HUKUM.
Kalau pun ada hukum Islam itu sendiri ,tapi tidak gunapakai.
Membuang Hukum Allah itu kufur......sebenarnya....
ibarat orang yang terencat akarnya......macam orang gila yang tidak tahu arah tujuannya,buta hatinya....
Kesan drp hukum yang tidak digunapakai sungguh menakutkan masyarakat ,,,pencuri terlalu banyak sehingga rumah -rumah berpagar besi,tidak cukup dengan pengawal keselamatan ada CCTV pula,orang-orang tua pun kena bunuh,,hendak keluar rumah takutkan peragut.........polis pun tidak cukup kaki.........Bila pergi repot dekat balai kata polis,,bukan awak sahaja buat repot...banyak lagi kes ini..balik dahulu nanti saya datang......
Ada yang jumpa bomoh ..tolong cari barang hilang.....jadi polis sendiri.....kerja pun poteng........
(Sekarang ini ada Bomoh sepenuh masa).
Macam tidak percaya...tapi itulah kenyataan........
Kalau perniaga hendak Solat ,terpaksa lah tutup kedai..kalau tidak .....solat pun terlepas.....Orang lain solat mengikut rakaatnya, kita solat dua rakaat dalam sehari......
Kenapa jadi begitu ,,kerana tidak mengikut hukum,kita diberi pilihan,,,bukan untuk pilih, PAS,UMNO atau KEADILAN..
(KALAU KITA PILIH POLITIK INILAH JADINYA.)Pilihlah Agama Islam sebagai wadah perjuangan..
Hidup kita ini hanyalah sementara jangan buang masa dengan berpolitik buat lah amalan yang soleh ,,hendak dapat anak yang soleh susah,,,, jadi letak namanya sahaja MALAYSIA NEGARA ISLAM...NAMA SAHAJA ISLAM HAKIKATNYA KOSONG MACAM TIN KOSONG TIADA PENGISIANNYA......JANGAN BODOHKAN RAKYAT...TAPI RAKYATNYA ANGGUK SAHAJA
SEKOLAH TINGGI-TINGGI TAPI BODOHNYA BERTINGKAT-TINGKAT.......POLITIK DENGAN ISLAM PUN ,TIDAK DAPAT HENDAK BEZAKAN.- BALIK-BALIK KATA DALAM ISLAM ADA POLITIK....SEBAB ITU LAH BELAJAR TINGGI TAPI TIDAK GUNA AKAL( IBARAT PAKAI PAKAIAN SEPERTI KAUM (KUFFAR/KUFUR)...SAMA-
BERDOA PUN TIDAK BERKESAN KALAU KITA TIDAK LAKSANAKAN HUKUM ISLAM-PERCAYALAH KATA SAYA.-REDA SEMENTARA SAHAJA.....(.PENYAKIT LAIN AKAN TIMBUL LAGI-BERHUBUNG DENGAN PERKARA -KRISTIAN INI ),,,,,,..............
#4 | prince1924 on January 10 2010 13:26:45
hanya khilafah sahaja penerap hukum syariat secara total....
#5 | papanselaju on January 10 2010 23:25:02
semua yg berlaku nih disebaliknye penuh dgn konspirasi dpd pihak2 tertentu. ade pihak yg ingin ambik kesempatan dgn kaedah mewujudkan ketegangan antara org islam dgn org islam itu sendiri, ataupun dgn yg bukan islam.

daripada ketegangan yg diwujudkan, ataupun akan diwujudkan lagi dan lagi dlm masa yg terdekat ini, kesannya wujud percacian antara saudara2 semuslim itu sendiri dan mungkin peristiwa yg lebih dasyat lagi akan berlaku .

ini akhir zaman kawan2.
bace la berita dr luar negara baru2 nih.
bencana2 alam yg berlaku sungguh extrim.
ribut salji, ice blizzard luar biasa yg takpernah berlaku di eropah, gempa bumi di padang indonesia, banjir lumpur di amerika latin, volcano di filipina, ribut taufan di amerika, banjir bah di jeddah arab, tsunami di asia pasific,

pergolakan politik di sekitar selatan thai, afghan, pakistan, iran, amerika semakin penat... amalan maksiat seluruh alam esp kita di msia nih semakin rancak n menarik segala kemungkinan azab maha berat dpd Allah

bende2 nih semua nabi dah bagitau sbg tanda2 kearah tanda hari kiamat besar..ambik balik belek2 buku tanda2 kiamat mengenai fitnah yakni alfitan. fitnah akhir zaman... kitab yaumul qiamah ibnu katsir, imam suyuti..

skang nih kita kene dah ready dpd segi fizikal, mental, rohani. kita dah masok fasa getir.. tengok lah dlm masa 1-2 tahun nih...sy kuatir sampai satu masa kita bangun tidur dlm keadaan reality nightmare
#6 | mira on January 11 2010 21:40:00
Hilangkan stress anda

http://www.glcoherence.org/templates/gcp/downloads/pdf/destress_kit.pdf
#7 | goga on January 12 2010 03:39:52
hmm...boleh tak kita orang Islam yg amik kesempatan atas benda ni...? nama Allah dan Islam memang dah very well known..sehati sejiwa..kalau dorang nak guna perkataan Allah..kita pikir bagaimana nak sematkan Islam secara tak langsung ?
#8 | cakcibo sakti on January 12 2010 05:15:50
strateji yg baik goga ! Molek kita paparkan maksud al ikhlas di merata rata. di setiap keluaran akhbar, di bill board, di belakang bas, belakang cermin kereta mungkin, mana mana yang mudah nampak utk mereka yg nak guna nama Allah tu tahu bahawa Allah itu satu, tidak beranak dan tidak di beranakkan .....lantas kita tembak terus polytheism termasuk trinity itu sendiri. salam
#9 | sog247 on January 12 2010 17:05:55
Tuan hamba,
Oleh kerana nak sgt guna ALLAH yg x bermakna tu, apa kata org Islam letak sabdu kat atas huruf L tu, baru le betul kan. Sebab AL bunyinya Al dan LAH bunyi Lah, tak dpt bunyi arab yg diorg fanatikkan tu kan? Jadi org kristian guna Allah dan org islam guna Allah dgn sabdu kat atas. Gamaknya mahu kena tulis perisian baru ni sebab nak cater nama tuhan org islam tu. Surat khabar pun pening kot sebab payah lak dan x pernah belaja ngeja sebelum ni, jadi kena bukak skolah baru ajar mengeja.
#10 | cakcibo sakti on January 12 2010 19:56:41
soggy soggy sog sog. adalah sejenis makhluk yang tak paham bahasa. katanya sendiri, dia paham bahasa binatang. sesiapa yg nak berbicara dgn dia, gunalah bahasa binatang. shoh.. shoh...
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.

Penafian: Pihak Terjah.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas atau Mozilla Firefox atau Safari dengan resolusi 1024 x 768

Hakcipta terpelihara @ 2010 Terjah.com