TERJAH SEARCH :  
Email : my_terjah@yahoo.com

 
Login :    Username      Password      Masih belum menjadi ahli? Klik [Daftar]       Terlupa password? Klik [Minta Password]
TERJAH! Chat Room | TERJAH! Quran & Hadith | TERJAH! FAQ | TERJAH! Search | TERJAH! Kontek | TERJAH! Download | TERJAH! Lagu | TERJAH! Foto | TERJAH! Web Link | Hantar Artikal | Hantar Link | Hantar ke TERJAH! Foto | Hantar ke Terjah EXTRA! | Arkib Artikal Lama
Sentimen Kecinaan yang Semakin Menebal!!!
Terjah pendapatTerbaru, warga politik dihangatkan dengan perbalahan pandangan antara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri DiJabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz berkenaan modul Biro Tata Negara (BTN). Dr Mahathir mahukan modul BTN dikekalkan sementara Nazri bertegas mahukan BTN dirombak bersesuaian dengan semangat 1Malaysia.

Sebelum ini memang ramai kalangan pemimpin dan ahli UMNO berpeluang menghadiri kursus BTN bercerita pasal pengisian program BTN khabarnya sarat dengan sentimen keMelayuannya. Ada sesetengah pengisian program BTN tidak menampakkan semangat satu keluarga Malaysia berbagai kaum dan berbagai lagi. Justeru saya berpendapat ada baiknya modul BTN dirombak bersesuaian dengan matlamat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak. Apa gunanya kita melaungkan semangat 1Malaysia dalam keadaan orang Melayu, Cina dan India hidup dalam kelompok-kelompok tertentu. Memang ada kewajarannya modul BTN dirombak bersesuaian dengan matlamat 1Malaysia. Cuma yang tidak boleh dirombak adalah hak-hak keistimewaan Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipertahankan selama-lamanya.

Cuma apa yang tidak sedapnya apabila timbul perkataan racis yang dicetuskan oleh kedua-dua pemimpin terbabit. Nazri mendakwa Dr Mahathir racis manakala Dr Mahathir menuduh Nazri racis kerana menyertai parti UMNO yang ditunjang oleh orang Melayu. Saya tidak mahu mengulas perbalahan Dr Mahathir dan Nazri tetapi mengajak kedua-dua pemimpin terbabit merenung adakah hanya modul BTN sahaja didakwa meniupkan semangat perkauman Melayu? Bagaimana dengan kaum lain?

Saya berpendapat bukan setakat modul BTN sahaja perlu dirombak malah pemikiran sesetengah orang Cina perlu dirombak sesuai dengan semangat 1Malaysia. Saya berpendapat sentimen keCinaan di negara ini lebih hebat lagi dibandingkan dengan sentimen keMelayuan di negara ini atas beberapa faktor antaranya berapa banyak kilang di negara ini yang melantik orang Cina menjawat jawatan penting di kilang berkenaan? Padahal ramai pekerja Melayu lebih berpengalaman dan lama berkhidmat di kilang berkenaan boleh dilantik menjawat jawatan penting di kilang berkenaan.

Saya sendiri pernah mendengar pekerja-pekerja Melayu yang bekerja di restoran Cina menjual masakan Melayu merungut tentang pengagihan gaji, duit angpow oleh majikan mereka. Dakwa mereka wujud diskriminasi dari segi pengagihan angpow yang melebihkan kepada kakitangan bukan Melayu.

Saya sendiri pernah terserempak sebuah kilang Cina yang beroperasi di kawasan kebanyakannya orang Melayu meletakkan iklan mencari pekerja am dalam tulisan Cina di pintu pagar kilang mereka. Adakah ini melambangkan matlamatt 1Malaysia? Saya juga pernah didatangi salah seorang pengusaha restoran Melayu memberitahu ada orang Cina yang mencadangkan dia menggunakan minyak babi untuk melariskan masakannya. Katanya ramai pengusaha Cina menggunakan minyak babi untuk melariskan masakan mereka. Adakah ini matlamat 1Malaysia?

Terkini banyak pengusaha bukan Melayu yang membuat kopi segera atau berbagai minuman jus. Maka berpusu-pusulah pengusaha Melayu terutamanya meletakkan jenama produk mereka halal dan nama Melayu. Adakah campuran produk kopi umpamanya selamat dari segi kesihatan dan kehalalannya. Saya perhatikan orang bukan Melayu sendiri tidak minum kopi segera sebaliknya kopi asli. Peliknya yang mengeluarkan produk berkenaan bukannya orang Melayu tetapi orang Cina. Adakah ini matlamat 1Malaysia?

Ini serupalah dengan pengusaha nombor ekor, pusat judi, kedai arak dan kelab malam yang kesemuanya dimonopoli oleh orang Cina. Apa yang menjadi kehairanan yang memenuhkan atau menggunakan khidmat kedai nombor ekor, pusat judi, kedai arak dan kelab malam adalah orang Melayu. Adakah ini matlamat 1Malaysia? Dalam soal ini matlamat 1Malaysia hanya akan tercapai jika orang bukan Melayu tidak terlibat dalam aktiviti perniagaan jelas bertentangan dengan kehendak Islam. Termasuklah ada pengusaha Cina yang menyalahgunakan sijil halal dan sebagainya.

Saya sendiri pernah mendengar rungutan pekedai-pekedai runcit Melayu melahirkan nada kesal sesetengah pemborong Cina menjual barangan mereka lebih mahal dibandingkan dengan bangsa mereka. Adakah ini menuju matlamat 1Malaysia? Dan siapa sebenarnya yang racis dalam soal ini? Ini termasuklah sesetengah pengusaha insuran yang tidak membuat perkhidmatan kepada hospital-hospital pakar Melayu dan sebagainya.

Apa yang saya lakarkan di atas sedikit sebanyak perkara yang akan mencacatkan matlamat 1Malaysia Najib. Bukan tujuan kita untuk mencari kesalahan mana-mana bangsa tetapi sekadar mengajak kita merenung banyak perkara yang berkaitan dengan kegagalan matlamat 1Malaysia. Kalau benar-benar kita mahu menuju matlamat 1Malaysia semua bangsa di negara ini harus membuang sentimen perkauman dalam diri masing-masing. Matlamat 1Malaysia tidak akan tercapai kalau hanya satu kaum sahaja yang melaksanakannya. Sudah tiba masanya semua kaum di negara ini melenyapkan jauh-jauh sentimen perkauman dan menitikberatkan semangat kemanusiaan tidak membezakan mana-mana kaum di negara ini.

Kalau benar-benar kita mahu mencapai matlamat 1Malaysia , orang Cina terutamanya perlu ikhlas dengan rakan bukan sebangsa mereka dalam semua aspek kehidupan. Begitu juga orang Melayu kalau ingin berjaya dan maju di negara ini perlu berdisiplin dan mencontohi sikap dan tabiat bekerja orang-orang Cina. Orang Cina bukan sahaja gigih dari segi berniaga juga mengamalkan persaingan bijak tidak seperti mana orang-orang Melayu.

Justeru apa yang berlaku di antara Mahathir dan Nazri tentang modul BTN adalah perkara yang kecil dibandingkan banyak lagi perkara besar yang perlu kita renung bersama. Ya, memang ramai orang Melayu termasuk sesetengah pemimpin Melayu begitu lantang dalam isu perkauman tidak akan membawa makna jika nasib dan masa depan orang Melayu masih terpinggir. Ini termasuklah isu Ahli Parlimen Taiping yang mempersoalkan pembinaan banyak masjid di negara ini telah dipolitikkan dengan begitu luas sekali. Apa yang mahu kita renung di sini apa gunanya kita mempunyai banyak masjid yang indah tersergam dengan hawa dingin sedangkan yang bersembahyang cuma beberapa kerat sahaja?

Ada juga pertubuhan tertentu seperti PERKASA umpamanya yang membuat laporan polis pasal isu peruntukan pembinaan masjid ini apa faedahnya kepada kepentingan Islam di negara ini? Kita boleh melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana Islam dilayan di negara ini? Bagaimana masjid sudah dipolitikkan dan bagaimana seorang bekas mufti boleh ditahan oleh JAIS? Ini bermakna ada sekatan politik untuk kita mengembangkan agama Allah di negara ini. Padahal agama lain bebas melebarkan pengaruh masing-masing.

Ada pihak berpendapat pentauliahan kepada penceramah agama penting untuk mengelakkan ajaran sesat dan sebagainya. Apa gunanya pegawai-pegawai agama di Jabatan Agama Islam diberi gaji, elaun dan bonus guna untuk mengekang ajaran sesat dan perkara-perkara bertentangan dengan agama. Setahu kita kes-kes yang melibatkan ajaran sesat boleh dianggap isu terpencil tambahan pula ustaz memberikan ilmu ajaran sesat tidak mengenakan bayaran tinggi untuk memberikan ceramah dibandingkan dengan tokoh-tokoh agama yang memperdagangkan agama Allah dengan tujuan menjaga kepentingan periuk nasi. Nak panggil penceramah agama ada tauliah pun kena harga ribu-ribu lebih mahal dari guru ajaran sesat.

Bagaimana Islam mahu berkembang di negara ini kalau tokoh-tokoh agama ini tidak bekerja seperti mana Rasulullah S.A.W mengembangkan dakwah Islam . Kita kata Islam adalah agama rasmi di negara ini tetapi lihat sahaja pemimpin Melayu dan Islam di negara ini berpecah belah macam tongkang pecah. Kita lihat bagaimana tokoh-tokoh agama yang zuhud seperti Nik Aziz dihina dan apa yang diperjuangkan oleh Nik Aziz menjadi bahan ketawa pemimpin Islam sendiri. Jadi jangan peliklah bila Islam diperkotak katikkan di negara ini disebabkan orang Melayu Islam sendiri tidak menghormati apa yang Allah mahukan untuk pengisian hari akhiratnya. Matlamat 1Malaysia tidak akan tercapai jika semua bangsa di negara ini hanya memperjuangkan ketuanan masing-masing.

Sumber:
http://www.agendadaily.com
Comments
#1 | kaki terjah on January 19 2010 17:55:08
kalo melayu bersemangat kemelayuan di tuduh perkauman.. jika cina bersemangat kecinaan di biar2 kan.. apa cerita ni 1malaysia?
#2 | mirza on February 18 2010 10:35:34
Pada saya sama sahaja mereka yang memperjuangkan bangsa dengan puak Israel dan aparteid. Tak akan wujud keadilan. 1malaysia pula sekadar agenda sementara seperti mana paklah dengan slogan islam hadhari. Berlaku adillah, rakyat pasti sokong.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.

Penafian: Pihak Terjah.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas atau Mozilla Firefox atau Safari dengan resolusi 1024 x 768

Hakcipta terpelihara @ 2010 Terjah.com