TERJAH SEARCH :  
Email : my_terjah@yahoo.com

 
Login :    Username      Password      Masih belum menjadi ahli? Klik [Daftar]       Terlupa password? Klik [Minta Password]
TERJAH! Chat Room | TERJAH! Quran & Hadith | TERJAH! FAQ | TERJAH! Search | TERJAH! Kontek | TERJAH! Download | TERJAH! Lagu | TERJAH! Foto | TERJAH! Web Link | Hantar Artikal | Hantar Link | Hantar ke TERJAH! Foto | Hantar ke Terjah EXTRA! | Arkib Artikal Lama
Pemikirian Agama Ala Kartun Yang Semakin Kronik di Malaysia
Terjah PolemikAssalamualaikum wbh kepada saudara seagamaku dan laknat Allah kepada iblis dan pengikutnya.

Di TV Malaysia baik RTM, TV3 – TV9 dan tidak ketinggalan ASTRO, rancangan kartun adalah tarikan utama kepada penonton terutama sekali kanak-kanak termasuk juga orang dewasa. Menonton cerita kartun bagaikan orang di India menonton filem Bollywood. Ia bagaikan percutian murah ke tempat-tempat menarik hanya dengan memiliki tiket masuk ke panggung wayang atau pun sebagai satu escapism. Kalau dalam filem kartun pula, seorang watak lelaki yang lemah boleh menjadi kuat dengan bantuan kuasa-kuasa magik seperti pedang sakti dsbnya.

Doraemon juga amat diminati sehinggakan penerbit telah mengubahkan suara Jepun ke bahasa Malaysia agar mudah difahami oleh penonton. Cerita Doraemon ini mengajar nilai BODOH kepada manusia untuk lari dari masalah sebenar mereka. Bayangkan manusia boleh menjadi helicopter hanya dengan menyeluk saku besarnya dibaju Doraemon. Sekiranya Doraemon inginkan sesuatu, memadai dengan menyeluk saku besarnya keluarlah berbagai perkara yang sama sekali tidak masuk di akal. Itulah sebabnya Kerajaan Saudi dilihat lebih bijak apabila satu waktu dahulu mengharamkan tayangan kartun Doraemon dari TV di Arab Saudi. Yang kelihatan sama-sama macam KARTUN adalah mereka-mereka yang berkepentingan yang terus menerus menayangkan kartun Doraemon serta kartun-kartun BODOH lain di Malaysia.

Pemikiran bodoh sebagaimana yang diutarakan dalam kartun-kartun seperti Doraemon dan siri lain saban tahun ditayangkan di Malaysia dan sudah pastinya ini akan membina satu gaya pemikiran ala-kartun kepada para penontonnya. Konsep yang telah terbina diminda mereka akan mudah menjerumuskan penonton ini kepada kesyirikan besar apabila mereka bertemu dengan ajaran-ajaran sesat seperti boleh makan api, badan kebal tidak lut senjata, boleh terbang, berjalan atas api dsbnya. Lihat sahajalah Laman anugerah agung. Senangnya belajar ilmu sesat “ASMA’ KHAFI - Asma untuk mendapatkan kecukupan dalam segala hal, seperti jodoh, pengasihan, pagaran rumah, rezeki, penglarisan, keselamatan lahir batin, pengubatan lahir dan batin, penghancur sihir, mempercepat datangnya hajat dll.”

Daripada gaya pemikiran Doraemonlah maka ramai umat Islam di Malaysia mudah terpedaya lalu mengamalkan ilmu ajaib pelik-pelik seperti kitab sesat Mujarrobat dan kitab lain yang sewaktu dengannya.

Lihatlah berikut contoh pemikiran bodoh ala kartun Doraemon sebagaimana terdapat dalam kitab Mujarrobat dan yang sewaktu dengannya:

1. Bagi orang bodoh atau bebal dari asal tabiaatnya, hendaklah ia membaca enam belas kali (16X) waya haiyushab mauta qalbi falam azal bizik rika ya qai yu m .........

2. Penawar gila - Orang yang hendak mengubat orang gila hendaklah di tuliskan isim ini di pinggan putih, setelah itu dihapuskan (dileburkan) dan diberi minum, insya-Allah iaitu:

Ya rahim ‘ala..........................

(Air Musoffa dan air yang sewaktu dengannya adalah belajar dari kitab sesat seperti ini!!)

3. Tangkal gila – dituliskan dengan terang di atas sekeping kayu bersapu minyak bulung dan digantungkan pada orang gila itu, nescaya sembuh ia, juga kepada orang yang berpenakit teruk akan menjadi ringan iaitu:

Ya badi al ..................................

4. Memudahkan hafaz – Luban atau kemenyan putih apabila ditumbuk halus-halus dan dicampurkan dengan sedikit gula pasir kemudian di makan satu camca pada tiap-tiap pagi , insya-Allah mudah menghafaz dan terang hati.

5. Isteri sayang suami – apabila bersetubuh dengan isteri, bacakan dalam hati. Insya-Allah cintalah isteri kepada suaminya dengan sebenar-benar cinta. Jampinya iaitu:

Ya na fe inanibi amalika wahdini .........................

Inilah antara ilmu mirip cerita kartun Doraemon yang terdapat dalam kitab SESAT Mujarrobat dan yang sewaktu dengannya. Namun yang pelik (sebenarnya tidak pelik pun) ialah ramai sekali umat Islam di Malaysia terpukau dengan ciri kartun tersebut. Maklumlah saban hari diajarkan oleh Kementerian Penerangan melalui TV mereka. Pendek kata tak payah lagi bersusah-susah belajar, bertusyen, berdiskusi dsbnya tetapi sekadar amalan mudah sebagaimana di atas, jadilah pengamalnya terang hati dan berjaya dalam peperiksaan. Sungguh macam cerita kartun.

Mengikut ajaran sesat di atas, kalau seorang suami inginkan cinta sejati dari isteri, memadai membaca jampi tersebut waktu bersetubuh dengan isteri. Cinta kasihlah isteri kepadanya. Tidak payah lagi tolong menolong di dapur bersama-sama isteri, tidak perlu lagi membantu isteri menguruskan keluarga di rumah hanya jampi waktu bersetubuh. Inilah ajaran mirip kartun Doraemon ajaran Iblis namun pengikutnya ramai sekali kerana minda mereka sudah jadi macam minda KARTUN. Inilah satu kejayaan Yahudi mengatur minda manusia melalui TV.

Apa yang saya tulis setakat ini adalah lebih merupakan intro atau pengenalan kepada apa yang ingin saya sampaikan pada kali ini. Perkara yang ingin diketengahkan adalah berhubungkait dengan pemikiran kartun dikalangan umat Islam Di Malaysia.

Pada suatu hari seorang sahabat baik saya menemui saya minta saya menolong kes masalah abang kandungnya. Abang kandung ini saya namakan Baba adalah dahulunya seorang yang amat bertimbang rasa kepada ibu dan adek beradeknya. Baba berkahwin dan telah dianugerahkan beberapa anak. Bidang perniagaan yang diceburi Baba telah meningkat dan menjulang Baba dengan title puluhan jutawan. Harapkan panas sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari, keluarga idaman Baba di lamun badai lalu bercerailah Baba dengan isterinya disebabkan orang ketiga.

Setelah bercerai Baba mengahwini seorang janda kematian suami yang juga merupakan jutawan hasil peninggalan arwah suaminya. Sebaik-baik Baba mengahwini janda jutawan ini, Baba bertukar 180 darjah jadi pembengis dengan semua adek beradeknya. Sifat bertanggung jawab kepada adek beradek dahulu bertukar menjadi kaki gaduh. Harta sedikit warisan arwah ibu pun jadi pergaduhan. Kini walau pun Baba kaya raya, ia telah menjadi seorang yang tamak haloba. Maka sedihlah semua adek beradek Baba ini termasuklah sahabat saya ini.

Sahabat saya menceritakan kes abang kandung tersebut dengan harapan dapatlah kiranya saya melakukan sesuatu bagi membantu abang kandungnya Baba menjadi seorang manusia sebagaimana dahulu.

Dalam menjawab persoalan dan hajat yang diminta oleh sahabat saya ini marilah kita lihat ayat-ayat Al Quran berikut:

[2:7]
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan (tutup /seal) atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

[6:110]
Dan Kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka telah tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami ketika datang kepada mereka) pada awal mulanya, dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatannya dengan bingung.

[6:113]
Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat cenderung kepada bisikan itu, dan supaya disetujui oleh mereka, dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu.

[10:74]
Kemudian Kami utuskan sesudah Nabi Nuh, beberapa orang Rasul kepada kaum masing-masing; lalu Rasul-rasul itu datang kepada kaum mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata; dalam pada itu kaum mereka tetap juga tidak mahu beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya sebelum itu. Demikianlah, Kami meteraikan (tutup/seal) atas hati orang-orang yang melampaui batas.

[15:12]
(Sebagaimana hati kaum-kaum yang telah lalu dimasuki perasaan mempersendakan Rasul-rasul) demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa (yang menentangmu).

[30:58-59]
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai kisah dan perbandingan di dalam Al-Quran ini; dan demi sesungguhnya jika engkau membawa kepada mereka sebarang keterangan, sudah tentu orang-orang kafir itu akan berkata: "Kamu ini tidak lain hanyalah orang-orang yang membuat dakwaan palsu".
Demikianlah Allah meteraikan (tutup/seal) hati orang-orang yang tidak mahu menerima jalan mengetahui (kebenaran).

[40:35]
"(Iaitu) orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah dengan tidak ada sebarang bukti yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya). (Bantahan yang demikian) besar kebenciannya dan kemurkaannya di sisi hukum Allah dan di sisi bawaan orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah meteraikan (tutup/seal) atas hati tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi bermaharajalela pencerobohannya!"

Itulah antara ayat-ayat dalam Al Quran yang menerangkan bagaimana Allah menetapkan hati orang-orang yang melupakan Islam / Allah SWT supaya mereka (terus) melakukan kemungkaran / kejahatan yang mereka lakukan itu. Rujuk [6:113] dan ayat-ayat lain di atas. Kalau Allah sudah “SEAL” / materi / patri, siapalah saya atau mana-mana bomoh atau ustaz yang mampu untuk mengubah hati-hati yang tetap ingkar ini. Kalau saya atau mana-mana bomoh / ustaz dapat mengubah semula hati yang rosak maka saya atau mana-mana bomoh / ustaz adalah setaraf atau lebih hebat darai Allah SWT??? Allah memateri / seal manakala saya atau mana-mana bomoh / ustaz pula berupaya membuka pateri / seal tersebut?? Sebenarnya Ini hanya boleh berlaku dalam cerita kartun seperti Doraemon.

Selain dari dalil Al Quran yang diketengahkan di atas tadi yang menjelaskan bahawa mengubah hati manusia setelah Allah SWT mengunci / mematri /seal adalah satu kerja mustahil, berikut pula adalah dalil dari sunnah Rasulullah SWT;

1. Dua orang anak perempuan Nabi Muhamad SAW iaitu Ruqayyah dan Ummi Kalsum telah diperisterikan oleh dua orang anak-anak lelaki Abu Lahab bernama Atbah dan Utaibah. Apabila Nabi Muhamad SAW mula berdakwah mengajak manusia beriman dengan Allah SWT, kedua-dua puteri Nabi SAW ini telah menyahut seruan Nabi Muhamad SAW sedangkan suami-suami mereka tetap dengan agama nenek moyang mereka. Akibat dari situasi ini, maka berpisahlah / bercerai puteri-puteri Nabi SAW dengan suami-suami mereka iaitu anak-anak Abu Lahab. Seandainya mengubah hati manusia ini adalah kerja mudah sekadar minum air bacaan Yaasin atau minum air Musoffa atau minum Air Asy-Syifa’ TOK GURU, PASTINYA Nabi Muhamad SAW telah melakukannya untuk di minum oleh kedua-kedua menantunya iaitu anak-anak Abu Lahab.

2. Abu Talib bin Abdul Mutalib adalah bapa saudara Nabi Muhamad SAW. Beliau adalah adek beradek kepada bapa Nabi SAW iaitu Abdullah bin Abdul Mutalib. Beliau banyak sekali menyumbangkan jasa terhadap keselamatan Nabi SAW serta perkembangan Islam di Mekah sebelum hijrah ke Madinah. Namun malang sekali Abu Talib telah mati sebagai Kafir Musyrik.

Al-Bukhaari (3884) meriwayatkan bahawa Nabi SAW menyeru bapa saudara sebelah ayahnya Abu Talib kepada Islam ketika dia uzur, dan Nabi SAW bersabda: “Saya akan berdoa untuk keampunan (Abu Talib) jika saya tidak diharamkan untuk melakukannya.” Kemudian ayat-ayat berikut telah diwahyukan (terjemahan maksudnya):

“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.” [al-Tawbah 9:113]

“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).” [al-Qasas 28:56]

Begitulah walau pun Abu Talib amat rapat dan mengasihi Nabi Muhamad SAW dan sebaliknya Nabi Muhamad SAW juga amat menyayangi Abu Talib namun Nabi SAW tidak dapat berbuat apa-apa untuk memasukkan Abu Talib ke dalam Islam. Mengubah hati dan tabiaat bukan kerja Nabi Muhamad SAW. Baginda sekadar menyampaikan.

Seandainya kerja minum air jampi seperti air Yaasin, air Musoffa serta Air Asy-Syifa’ TOK GURU adalah diamalkan dalam Islam, PASTINYA Nabi Muhamad SAW telah mengambil air Zamzam lalu membacakan jampinya atau menuliskan berbagai ayat Al Quran di pinggan putih untuk dileburkan dengan air Zamzam. Apabila diminum air jampi ini oleh Abu Talib dan kedua-dua menantu Nabi SAW iaitu anak-anak Abu Lahab (Atbah dan Utaibah), teranglah hati mereka (bagaikan disuluh dengan mentol 100watt) lalu mereka memeluk Islam????????????????

Inilah pemikiran bagaikan kartun yang amat kronik di Malaysia. Islam tidak pernah mengajarkan air berjampi atau pun melebur tulisan Al Quran dengan air Zafaran atau air Zam zam. Ajaran dalam Islam telah sempurna dan segala yang perlu untuk manusia di dunia dan akhirat telah pun Nabi SAW sampaikan.

Seandainya Nabi memang terbukti ada menggunakan air jampi dan terlebih baik lagi menggunakan air Zam-zam, pastinya para sahabat telah mengamalkannya. Dan sekiranya Air jampi atau air leburan Al Quran ini adalah memang sebahagian ajaran Islam dan terbukti kesannya, maka tidak adalah lagi orang jahat termasuk George Bush kerana HANYA dengan memberi mereka minum air Musoffa atau Air Asy-Syifa’ TOK GURU, mereka semua akan insaf dan masuk Islam. Mungkin saya pula akan menempah air Musoffa dan Air Asy-Syifa’ TOK GURU sebanyak satu lori tangki untuk diagihkan ke setiap tangki bekalan air setiap daerah di Malaysia. Maka dengannya semua penduduk Malaysia menjadi baik dan masuk Islam????????????

Dalam Islam yang menurut amalan Nabi Muhamad SAW, para sahabat dan tabien sebenarnya tidak ada istilah air jampi, air/tangkal pelembut hati, amalan pelaris, amalan pendinding, amalan pengasih, pembenci, penghalau syaitan, ubat saka dan segala sesuatu yang sewaktu dengannya.

Bayangkan kalau seseorang umpamanya si Ahmad sejak kecil sampai remaja hingga berusia 50 tahun tidak menjaga solatnya, tauhidnya rosak habis, maksiatnya fulamak hebat sekali, semua wanita dianggap halal baginya, arak umpama teh, Allah pun sudah melaksanakan sebagaimana ayat [6:113] di atas, bagaimana mungkin manusia yang lemah dari kalangan apa saja termasuk ustaz atau bomoh menukarkan perlaksanaan yang telah ditetapkan oleh Allah???

Allah tidak akan mengubah nasib manusia melainkan manusia itu sendiri ingin mengubah nasibnya. Apabila seseorang banyak melakukan pelbagai maksiat termasuk mengamalkan perkara-perkara syirik semenjak muda namun disebalik perbuatan terkutuk tersebut beliau tetap berdoa bersungguh-sungguh semoga satu hari beliau akan bertaubat, insya-Allah orang seperti ini akan diberikan pertolongan dari Allah SWT dan ini dapat mengelakkan hatinya di patri / seal oleh Allah dan terus mengerjakan perkara mungkar.

Baru-baru ini seorang wanita yang mempunyai suami mengunjungi saya untuk menolongnya mengubahkan hati suaminya yang amat banyak bermasalah. Suaminya pernah bertatoo, jarang sekali solat, kaki betina, kahwin cerai lebih 10 kali, tidak memberi nafkah batin kepada isteri, tidak memberikan nafkah zahir yang mencukupi, tidak minat dengan agama, berbagai kejahatan lain dan berusia di sekitar 50 tahun. Wania ini pernah mengunjungi bomoh-bomoh sehingga ke Melaka untuk berusaha mengubah hati dan tabiaat buruk suaminya namun masih belum berjaya. Kini giliran wanita ini meminta pertolongan dari saya pula.

Maka saya ceritakan bahawa seorang yang sudah Allah berikan umur sehingga sekiar 50 tahun namun masih tetap ingkar kepada Allah, adalah amat susah untuk sesiapa pun untuk mengubahnya. Kemungkinan besarnya Allah telah melaksanakan semua ayat-ayat Al Quran di atas termasuk [6:113]. Saya sekadar memberikan tip untuk si isteri ini untuk melepaskan dirinya dari kemelut yang dahsyat ini iaitu dengan cara “KEMBALI KEPADA ALLAH SWT DENGAN BELAJAR AGAMA TERUTAMA SEKALI SOAL TAUHID DI RUMAH SAYA yang memerlukan wanita ini untuk datang banyak kali lagi bagi pelajaran tersebut”. Saya amat kasihan mendengar aduan dari si isteri ini tentang azab Allah SWT yang diberikan kepada keluarganya namun inilah hakikat yang pasti dilalui apabila si suami lupa Allah manakala si isteri rajin solat tetapi rajin juga berurusan dengan bomoh untuk mencari jalan pintas merubah suaminya menjadi kononnya orang beriman.

SESUNGGUHNYA TIDAK ADA JALAN PINTAS KE SYURGA TETAPI SENTIASA ADA JALAN PINTAS UNTUK KE NERAKA. Nak membeli tiket ke syurga mahal harganya. Seseorang amat wajib belajar, berilmu dan beramal dimana proses ini memakan masa yang agak panjang.

Sesungguhnya bomoh dan setengah “ustaz” memang ada menyediakan jalan pintas untuk mencapai hajat tetapi hakikatnya ialah jalan yang ditunjukkan mereka ini adalah jalan untuk kesengsaraan di dunia dan akhirat.

Berpijaklah ke bumi nyata kerana kita bukanlah satu watak dalam cerita kartun DORAEMON. Nabi Muhamad SAW dan para sahabat telah menyampaikan ilmu untuk kebahagian di dunia dan akhirat. Namun semua ini perlu ditempuhi dengan istiqomah yang kuat, tabah dan sabar. Dalam sirah Nabi Muhamad SAW tidak ada satu pun kaedah kartun yang digunakan untuk merawat permasalahan manusia mahu pun dalam mengembangkan agama Islam. Semuanya ditempuhi secara nyata. Apabila perlu mempertahankan dengan perang maka peranglah yang dilalui. Ramai para sahabat yang gugur syahid bukannya kebal atau menggunakan pedang sakti sebagaimana idaman peminat siri kartun Power Ranger dsbnya. Ada kalanya Nabi dan sahabat kalah perang. Ada kalanya para sahabat dibunuh secara tipu helah dan Nabi sendiri tidak ada ilmu ghaib untuk mengelakkan Nabi SAW dari kena tipu.

Kalau kita tidak mahu hati kita dan hati seseorang dipatri oleh Allah dan terus menerus mengerjakan kemungkaran sebagaimana ayat Al Quran di atas, dekatilah Allah SWT sejak muda bukan menunggu tua baru ingin bertaubat. Berdoalah agar Allah memasukkan kita semua ke syurga. Bersungguh-sungguhlah beramal untuk mencari redha Allah. Masuk syurga memang mahal namun masuk neraka adalah percuma!!!!

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

Sumber:
http://emjayjb.multiply.com

Comments
#1 | kaki terjah on January 19 2010 17:56:17
artikal yg baik utk kita fikirkan bersama
#2 | kamar6248 on January 19 2010 21:11:21
artikal beberape kali mempertikaikan amalan "minum air Musoffa atau Air Asy-Syifa’ TOK GURU"....pada pdgan saya itu hanya usaha yg boleh di lakukan dan tidak salah selagi tidak menyekutukan Allah..memanglah pada masa zaman Nabi S.A.W tiada perlakuan itu...adakah salah mengambil berkat al-quran untuk berubat. Allah menyeru kita berusaha untuk berubat. Nak di umpamakan adakah boleh kita katakan tak akan ade orang yg sakit kepale kerana adanya PANADOL?
#3 | awang kecil on January 20 2010 00:45:30
Orang-orang yang lemah semangatnya akan mencuba segala macam obat dan penawar untuk mengubati dirinya,Penawar itu juga berbentuk gelombang dan sama dengan gelombang herbs dan mempunyai kod tersendiri.Ahli-ahli sain telah membuat kajian tentang keadah rawatan melalui kod gelombang.
Air zam-zam adalah mempunyai kandungan Aura semula jadi yang paling baik.Tentunya siapa yang meminumnya akan memberi tenaga aura yang baik.Aura nya akan berubah bentuk jika ayat mentera dibaca keatasnya.Air yang dibaca dengan Kalimah ALLAH akan memdapat bentuk satu gelombang sain yang hebat dan tidak sama bentuk dengan air biasa yang tidak dibaca dengan kalimahnya.Kalau air itu dibaca berkali-kali malah beribu kali dengan kalimah,air itu akan mempunyai aura yang tersendiri.
Kalau tidak percaya anda boleh mencubanya sendiri.
Air ini mempunyai gravity yang tersendiri
(Tentu ia nya boleh di ukur dengan mengunakan keadah sain)
Carilah penawar,penawar itu ada dimana-mana.

Hendak cari penawar Hati bukan dengan air penawarnya,carilah gurunya.

Hendak menjadi manusia yang sihat,penawarnya carilah makanan yang halal.

Doa-doa Nur buat (Buah)
Doa -doa ini adalah doa mustajad,bertujuan untuk kekuatan,kekebalan dan bermacam fidayah.
Hebat.
Nabi Muhammad saw tidak kebal dan tidak mengajar menjadi kebal.
Kita tidak perlu kebal.Kenapa????
Sebab Ajaran Nabi saw lebih hebat daripada kekebalan itu...
(jangan kita tertipu dengan tipudaya Syaitan)
#4 | w3bcr4wl3r09 on January 26 2010 23:41:50
uhuhuh...no komen.. tapi mmg ada sumthg yg tak kena bila produk2 tersebut dikomersilkan.. menjana keuntungan dgn cara sebegitu..
#5 | radziothman on February 01 2010 05:59:45
saya pernah cadangkan kepada orang yang mengelaurkan kismis TOK GURU dan Air TOK GURU supaya mereka datang ke empangan dan berdoalah kepada allah dengan membaca al kitab sampai khabatm banyak kali, lalu meniup beramai-ramai ke dalam air empangan, lalu mengharaplah agar semua kaum kuffar di malaysia memeluk islam.

dan juga kalau yang dari parti pembangkang, baik juga selepas menghembus itu, tetapkan niat agar kerajaan melaksanakan dasar islam.


tetapi mereka tidak mahu buat!
#6 | maliksho07 on February 02 2010 22:57:27
Benarkah kata-kata si penulis ini? kata-kata ia seolah-olah menyekat perkembangan perubatan islam. ingat, islam tidak mengharamkan perubahan selagi ia tidak bertentangan dengan syarak yakni al-quran dan sunnah. Apakah menggunakan air jampi dengan membaca Al-quran secara nyatakan akan menyembuhkan penyakit 100 peratus. kalau begitu, tak perlu lah ada hospital, tak perlu wujudkan universiti untuk kedoktoran, tak perlu ada injection perubatan, pil dan sebagainya..tapi kenapa ia tidak berlaku.kerana nak menunjukkan Allah itu maha Besar,Allah itu Maha Kuasa dan Allah itu Maha penyembuh. Segalanya Berpaksi kepada konsep tauhid. manusia hanya perlu berusaha tapi yang menyembuhkannya adalah Allah. namun, landasan akidah dalam perubatan hendaklah dijaga. inilah yang dituntut oleh agama.
#7 | love520 on July 12 2010 10:01:24
For instance, chanel is natural lambskin leather, louis vuitton Monogram is Monogram canvas with natural cowhide trim and golden metal hardware, or oxidizing cowhide leather which turns honey brown with time, YKK zippers, upside down LV. balenciaga is natural soft calf skin leather.Our main buyers are from USA, Europe, Australia and Canada, 98% of them are very satisfied with our bags.
#8 | zhuzhu on August 10 2010 00:16:56
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.

Penafian: Pihak Terjah.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas atau Mozilla Firefox atau Safari dengan resolusi 1024 x 768

Hakcipta terpelihara @ 2010 Terjah.com