TERJAH SEARCH :  
Email : my_terjah@yahoo.com

 
Login :    Username      Password      Masih belum menjadi ahli? Klik [Daftar]       Terlupa password? Klik [Minta Password]
TERJAH! Chat Room | TERJAH! Quran & Hadith | TERJAH! FAQ | TERJAH! Search | TERJAH! Kontek | TERJAH! Download | TERJAH! Lagu | TERJAH! Foto | TERJAH! Web Link | Hantar Artikal | Hantar Link | Hantar ke TERJAH! Foto | Hantar ke Terjah EXTRA! | Arkib Artikal Lama
Apabila Akal Didewakan…
Terjah pendapatApabila Akal Didahulukan…

Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan…
Iblis terkutuk menjadi kufur. Derhaka akan arahan Tuhan supaya sujud pada Adam. Alasannya ia dicipta dari api, dan Adam dicipta dari tanah. Kononnya api lebih mulia daripada tanah. Mana mungkin suatu yang lebih mulia sujud pada yang kurang mulia. Akhirnya, Iblis menjadi makhluk terawal menolak nas kerana mendahulukan kias akalnya.

Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan….
Kaum Yahudi terpesong daripada agama yang lurus. Sebagaimana dicatatkan dalam sebuah atsar atau hadis, “Sesungguhnya Bani Israel berada dalam kelurusan, sehingga lahir dalam kalangan mereka anak-anak tawanan dari kaum-kaum lain. Lalu mereka mengambil (agama mereka) berdasarkan pandangan akal. Kemudian mereka sesat dan menyesatkan”. (Musannaf Ibn Abi Syaibah no: 37592).

Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan…
Orang Musyrikin pada zaman Nubuwwah berbahas dengan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tentang Qadar. Sebagaimana dikisahkan oleh Abu Hurairah r.a., dan direkod oleh Muslim dalam Sahihnya (no: 2656).

Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan…
Orang Musyrikin ingkar akan hari kebangkitan. Mereka berhujah, “Adakah apabila kami mati, dan kami menjadi tanah dan tulang-tulang, kami akan dibangkitkan?” (Al-Saaffat: 16).

Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan…
Orang Murjiah menjadi sesat. Mengatakan pelaku maksiat jika dia beriman, maksiatnya tidak membawa apa-apa bahana di akhirat. Masuk syurga tanpa diseksa. Dikiaskan IMAN dengan KUFUR. Kononnya, kalau si kafir melakukan amalan taat, ia tidak memberi apa-apa manfaat di akhirat, maka si mukmin juga kalau melakukan maksiat, maksiatnya tidak memberi apa-apa bahana di akhirat.

Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan…
Orang Muktazilah dilabelkan sebagai kumpulan hawa nafsu dan bidaah. Kalau Ahli Sunnah menyusun tertib dalil bermula dengan Al-Quran, kemudian Sunnah, Muktazilah pula menyusun dalil dengan mengatakan, “Pertama: Akal. Kedua: Quran. Ketiga: Sunnah”. Akal lebih diutamakan, kononnya kerana akal lah yang mengenal baik dan buruk. Dan kononnya akal juga yang mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah hujah. Maka logiknya, akal mesti diutamakan.

Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan…
Orang Muktazilah tidak percaya bahawa orang mukmin boleh melihat Tuhan di akhirat secara hakiki. Sekali lagi mereka berkias. Kononnya, kalau manusia boleh melihat Tuhan, bermakna Tuhan itu berjisim. Kalau Tuhan itu berjisim, Ia sudah menyerupai makhluk. Maka Muktazilah menjadi sesat dalam bab ini, kerana mengkiaskan Tuhan dengan makhlukNya.

Itulah natijahnya jika memuliakan dan mentaqdiskan akal hingga nas wahyu dipinggirkan. Orang yang mendahulukan akal dan meletakkan wahyu Tuhan lebih rendah daripada akal, maka imam mereka ialah Iblis. Makhluk terawal menolak arahan Tuhan dan mencabarnya dengan qiasan akal.

Sekian.

Sumber
http://abuumair1.wordpress.com

Comments
#1 | kaki terjah on January 24 2010 21:05:11
Gunakanlah akal dng bijak...
#2 | MataHati on January 24 2010 23:51:31
Salaam,

Yang jelas Allah dan NabiNya arahkan agar menggunakan Akal untuk memahami Al Quran;

AQ 38:29. Sebuah Kitab Kami menurunkan kepada kamu, diberkati, supaya mereka mengingati, dan supaya orang-orang yang mempunyai minda (akal) merenungkan ayat-ayatnya.
#3 | awang kecil on January 25 2010 23:36:03
ALLAH MEMBERI PEMIKIRAN UNTUK KITA BERTINDAK
Bertindak tanpa berfikir bererti tidak mengunakan akal.
Akal adalah minda kehidupan.
Tanpa menguna akal jadilah manusia itu seperti syaitan.
Syaitan sesat kerana tidak ada akal.
Yahudi sesat kerana keengkarannya..
Yahudi punyai minda yang songsang.(terbalik)..
Bila dia berada dalam terang digelapkan.
Tentunya dia tidak suka yang terang.....
Dan suka beribadat bersama syaitan,
Bila akal kita berdekatan syaitan.
Syaitan akan menjadi Tuhan.
Bermaksud bertuhankan syaitan.
Orang yahudi bertuhankan syaitan.
Kita bertuhankan siapa?????Kita Boleh gunakan akal untuk membuat pilihan.
Kalau kita tidak diberi pilihan apa gunanya AKAL itu..
Lebih baik tidak berakal??
Syurga atau Neraka pilihan kita.
Atau syaitan??????
#4 | Afnan on January 26 2010 10:15:58
Allah memang menyuruh kita berfikir tetapi ada batasannya. perkara yang ghaib jgn difikirkan. persoalan yang dibangkitkan oleh penulis ialah kenapa mendahulukan akal berbanding nusus-nusus wahyu? inilah yang dipertikaikan. awang tak perlu merepek2 sehingga membuat kesimpulan lebih baik tidak berakal. ramai orang2 yang berakal sesat. kerana mengaungkan pemikirannya lalu membelakangkan al-quran dan sunnah. orang gila tidak sesat kerana dia memang tidak berfikir.

sila baca artikel ini yang mempunyai kaitan dengan masalah membelakangkan al-quran dan sunnah;
http://yeopmadiny.blogspot.com/2009_09_01_archive.html
#5 | Afnan on January 26 2010 10:17:43
Mereka Yang berhujjahkan Ulama;
Seharusnya difahami bahawa kaedah sebenarnya dalam mengetahui kebenaran adalah apa yang berlandaskan dalil al-Kitab, as-Sunnah dan Ijma'. "Kebenaran itu berdasarkan dalil dan bukanlah ketokohan"! Apabila anda menjadikan seseorang ulama itu sebagai hujjah maka anda secara tidak langsung telah merosakkan agama islam yang suci ini. Bagaimanakah itu berlaku? Kerana secara ringkasnya anda seolah-olah memaksakan kemaksuman terhadap ulama tersebut daripada sebarang kesilapan dan dosa. Maka dengan ini secara tidak langsung kita telah menyamakan tarafnya dengan para Anbiya' alihimussalam.

Pada asasnya kata-kata ulama ini hanyalah menyokong dan menjelaskan maksud daripada nas-nas yang perlukan kepada penjelasan samada dari sudut istinbat, bahasa, nasah wal mansuh, sebab-sebab turun ayat, sebab keluarnya hadis dan sebagainya. Ini sangat bermanfaat! Akan tetapi yang menjadi masalah ialah jika semua kata-kata ulama dan perbuatan mereka dijadikan hujjah dalam agama! Bukankah mereka (ulama) juga melakukan dosa? Bukankah kadang-kadang ulama ini juga ada yang tidak ulama? Bukankah disana terdapat perbezaan di antara wali Allah dan wali Syaitan? Adakah semua yang berserban dan berwatakkan orang alim secara zahir itu sudah melayakkan mereka untuk digelar ulama? Sedangkan terdapat segelintir mereka yang bertopengkan ulama ini memakan harta anak-anak yatim, pecah amanah, memakan harta dengan cara yang bathil dan sebagainya?


Saya amat hairan apabila kita membacakan hadis-hadis Nabi dalam permasalahan tertentu, tiba-tiba ada yang menyanggah hadis Nabi ini dengan kata-kata ulama walaupun kata-kata itu jelas salah dan bertentangan! "Eh, guru saya cakap lain? Dia pakar dalam bidang Nahu! Dia ulama terkenal!.....". Imam Malik ketika mengajar di masjid Nabawi berkata; "Setiap kata-kata manusia boleh diambil mahupun ditolak kecuali kata-kata penghuni kubur ini (Nabi Muhammad).


Mari kita lihat apakah kesannya jika semua kata-kata ulama dijadikan sebagai hujjah;

1) Masing-masing puak akan mendakwa bahawa ulama mereka adalah yang paling benar sekalipun amat jauh pegangannya terhadap ajaran dan al-Quran dan Sunnah. Maka dengan ini akan berterusanlah menjadikan umat islam sentiasa berpecah demi mempertahankan ulama tersebut yang seolah-olah celaan kepada agama jika ulama itu ditegur ataupun diprotes.


2) Menjadikan ulama tersebut takabbur dan angkuh kerana mempunyai pengikut yang sangat jinak dan sentiasa patuh dengan apa yang disebutkannya. Sekalipun jika apa yang disuruh oleh gurunya itu adalah suatu yang amat menggelikan hati guru tersebut. Sebagai contoh; "Kau ambil air kencing aku ini buat mandi, ianya akan menjadi ubat kepada sakit engkau".


3) Seolah-olah dengan ini menjadikan mereka adalah seorang yang maksum, sedangkan hanya Nabi dan Rasul sahaja yang bersifat maksum. Maka ini secara langsung bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah.


4) Menyuburkan sikap Ghuluw dikalangan para pengikut. (Wala Taghlu fid din)


5) Ini adalah sebahagian faktor yang menyebabkan golongan Yahudi dan Nasrani sesat dari agama asal mereka. Menjadikan kata-kata ulama mereka sebagai asas akidah seperti yang dilakukan oleh kristian dalam Majami' Niqiyyah tahun 325 masihi apabila mengatakan Isa adalah anak tuhan yang secara tidak langsung adalah juga tuhan.


6) Sedia dimaklumi bahawa kedapatan sebahagian ulama yang tidak beramal dengan ilmunya. Sebab itulah datang peringatan yang amat keras kepada mereka dalam hadis Nabi yang soheh.


7) Jika kata-kata ulama menjadi ukuran kepada kebenaran tanpa kita menjadikan dalil-dalil al-Quran dan al-Hadis sebagai keutamaan maka kita telah membelakangi ayat Allah yang menyatakan; (Jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara maka kembalikanlah ianya pada Allah dan Rasul)) Allah tidak menyatakan supaya dikembalikan pada ulama' kerana tidak semua yang bernama ulama itu adalah ulama.


8) Jika kata-kata ulama menjadi ukuran kepada kebenaran tanpa kita menjadikan dalil-dalil al-Quran dan al-Hadis sebagai asas, maka kita akan dapati ulama itu sendiri mempunyai pelbagai aliran dan mazhab dalam akidah. Ulama Muktazilah pasti akan bermati-matian mendokong hujah-hujahnya walaupun jelas salah! Begitu juga dengan yang lain.


9) Jika ulama menjadi hujjah, adakah ini bermakna jika ulama tersebut melakukan zina, meminum arak, maka hukumnya sudah jadi halal? Pasti ini amat mustahil menurut Ahli Sunnah. Tetapi anda jangan pelik jika inilah yang berlaku kepada sebahagian tarikat-tarikat sufi yang sesat.


10) Yang menjadi kewajipan kita ialah mengambil ilmu daripada ulama-ulama yang terkenal pegangannya pada al-Kitab dan as-Sunnah dan pandangan ulama-ulama salaf. Mereka yang sering mendahulukan nas-nas wahyu berbanding akal.
#6 | mirza on February 18 2010 10:13:11
Kalau dewakan akal takpe; tau je beza baik dan buruk. Sekarang ni wang menjadi dewa maka nafsu dapat dipenuhi.
Kalau sesat dapat tajaan US Israel, zina dapat duit, fitnah orang dapat duit, btanding pilihanraya untuk raih projek dan mcm2 lagi lah. No money no talk
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.

Penafian: Pihak Terjah.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas atau Mozilla Firefox atau Safari dengan resolusi 1024 x 768

Hakcipta terpelihara @ 2010 Terjah.com