TERJAH SEARCH :  
Email : my_terjah@yahoo.com

 
Login :    Username      Password      Masih belum menjadi ahli? Klik [Daftar]       Terlupa password? Klik [Minta Password]
TERJAH! Chat Room | TERJAH! Quran & Hadith | TERJAH! FAQ | TERJAH! Search | TERJAH! Kontek | TERJAH! Download | TERJAH! Lagu | TERJAH! Foto | TERJAH! Web Link | Hantar Artikal | Hantar Link | Hantar ke TERJAH! Foto | Hantar ke Terjah EXTRA! | Arkib Artikal Lama
Mereka Berdua Sedang Di Azab
Terjah infoDaripada ibnu Abbas berkata; " Suatu masa Rasulullah melintasi 2 kubur, lalu baginda bersabda; " Adapun mereka berdua sedang diazab, dan mereka tidak diazab kerana dosa besar ", kemudian Nabi berkata; " Ya, bahkan ianya dosa besar, adapun yang pertama, dia selalu melakukan Namimah, adapun yang kedua dia tidak menyucikan diri dari kencingnya ". Ibnu Abbas berkata; " Maka Nabi memanggil seseorang agar didatangkan baginya kayu yang masih basah lalu dibelah kepada dua, kemudian ditanam yang satunya ke kubur ini dan yang lain ke kubur yang ini (kubur kedua). Kemudian baginda bersabda; " Semoga dengannya akan dikurangkan azab mereka selama mana (kayu) masih basah ". Bukhari & Muslim.

Hadis ini adalah hadis yang agung, mengandungi peringatan dan amaran serta azab bagi sesiapa yang melangkaui ketetapan Allah dalam toharah (bersuci) dan solat, ataupun menjadi pengeruh suasana dengan amalan Namimahnya. Berikut adalah beberapa faedah dan pemahaman daripada hadis :

1) Pengisbatan terhadap azab kubur, semoga Allah melindungi kita semua.
Hadis ini menunjukkan bahawa azab kubur bukanlah khas kepada orang kafir bahkan orang Islam juga mungkin diazab seperti yang berlaku kepada 2 orang muslim di dalam hadis bahkan dalam lafaz yang diriwayatkan oleh ibnu Majah dinyatakan; "bahwa Nabi melalui 2 kuburan yang baru" iaitu bukanlah kuburan orang jahiliyyah@kafir.


Wajar diketahui bahawa azab kubur @ nikmatnya berlaku kepada ruh dan jasad. Ini merupakan alam ghaib yang hanya diketahui melalui nas-nas wahyu. Azab yang berlaku kepada orang Islam adalah sebagai penyucian dan pembersihan. Boleh jadi ianya tidak berterusan. Ini berbeza dengan orang kafir yang azab di kubur mereka adalah kekal sehingga hari kebangkitan.

2) Hadis ini memperingatkan kita kepada kesucian badan dan pakaian
Membersihkan diri daripada najis kencing serta kewajipan supaya menyucikannya sekalipun jika kita tidak bermaksud untuk solat. Hadis didatangkan dengan 3 lafaz;


Adapun lafaz (la yastatir ) sebahagian ulama menyatakan bahwa si lelaki membuka auratnya ketika kencing tanpa menutupi auratnya dengan sesuatu agar tidak dilihat manusia. Sebahagian ulama yang lain berkata; " Bahkan yang dimaksudkan ialah tidak menyelesaikan kencingnya hingga tidak lagi menitik-nitik. Tafsiran kedua menyamai lafaz kedua (La yastanzih) bermaksud tidak menyucikan.

Adapun bagi lafaz ketiga menunjukkan kepada pertambahan @ bersangat-sangat suci. Dengan itu hendaklah tidak tergesa-gesa selesai kencing untuk terus berdiri dan berjalan keluar sebelum memastikan tiada lagi titisan air kencingnya. Dalam pada itu hendaklah kita tidak merasa was-was @ melampau-melampau bahkan buat sekadar yang wajib tanpa memandang kepada kemungkinan-kemungkinan yang meragukan.

3) Berwaspada daripada Namimah (mengadu domba) & kegelinciran lidah.
Namimah adalah menaqalkan kata-kata manusia sesama mereka dengan tujuan melaga-lagakan dan permusuhan. Ini merupakan di antara dosa-dosa besar. Sedangkan Allah mahukan agar setiap muslim itu bersaudara dan bersatu. Tetapi dengan sebab pengadu domba ini maka berlakulah permusuhan. Allah telah memberi amaran dalam surah al-Qalam ayat 10-12 bermaksud;
"Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, Yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah, Yang banyak menghalangi perbuatan baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa".

Dalam hadis Nabi Muhammad berkata : “ Tidak masuk syurga orang yang mengadu domba (melaga-laga)". Sebahagian ulama berkata : “ Sesungguhnya dia tidak diberi taufik dengan husnul khatimah “. Telah datang seorang lelaki kepada Hassan al-Basri lalu berkata: “ Sesungguhnya si fulan bercakap sesuatu tentang kamu “. Lalu beliau menjawab : “ Tiadakah utusan syaitan selain engkau ?”

Adu domba yang paling dahsyat ialah di antara keluarga dan kaum kerabat. Seperti yang kadang-kadang berlaku, si ibu melaga-lagakan anak perempuannya dengan suami yang juga menantunya. Lalu bercerailah akhirnya.

4) Berhati-hati dan berwaspada daripada dosa-dosa kecil,
Boleh jadi ianya menjadi punca kepada azab. Khususnya jika dosa kecil itu dilakukan secara berterusan. Sebab itu Nabi menyebut; " Mereka tidak diazab dengan sebab dosa besar ," kemudian Nabi menyebut selepasnya, "Bahkan sesungguhnya kerana dosa besar!".

Para ulama menyebut: Ianya tidak besar pada anggapan 2 orang yang telah mati itu ataupun pada anggapan manusia. Sedangkan di sisi Allah ianya merupakan dosa besar. Ini seperti yang berlaku dalam ayat al-Quran bermaksud: ((kamu semua menyangkanya kecil@ mudah sedangkan di sisi Allah ianya sesuatu yang besar)).

5) Berwaspaada daripada sebab kepada azab kubur;
Antaranya maksiat-maksiat yang dilakukan oleh anggota badan. Ibnu Qayyim berkata: " Maka azab kubur disebabkan maksiat hati, mata, telinga, mulut, lidah, perut, kemaluan, tangan, kaki dan seluruh anggota badan" Kemudian beliau menyebut lagi: Antara mereka yang diazab di kubur adalah; "pengadu domba, penipu, pengumpat, persaksian palsu, tukang fitnah, kaki bida’ah, pemakan riba, mereka yang memakan harta anak yatim, perasuah, peminum arak, pelaku zina, pelaku liwat dan lain-lain lagi. Dibacakan quran kepada mereka tetapi tidak memberi kesan. Kebanyakan manusia tidak selamat daripada azab kubur kecuali sedikit sahaja. Zahir kuburan itu adalah tanah, tetapi batinnya adalah azab dan seksaan". Semoga kita dilindungi oleh Allah daripada azab kubur. Amin.

6) Kenapakah Nabi meletakkan kayu basah ke atas 2 kuburan tersebut? Apakah hikmah daripada kata-kata baginda: "Semoga diringankan azabnya selama mana kayu itu masih basah"?

Ulama menyatakan : "Kemungkinan diwahyukan kepada Nabi bahawa azab dikurangkan kepada mereka berdua untuk tempoh tersebut". Sebahagian ulama pula berpendapat; " bahawa Nabi memberi syafaat kepada mereka berdua atau mendoakan kepada mereka agar dikurangkan azab dalam tempoh tersebut (selama mana kayu masih belum kering). Ini berdasarkan dalil daripada Hadis Jabir dalam sahih Muslim antaranya disebutkan:

"Baginda Nabi berkata kepada Jabir bin Abdillah: "Sesungguhnya aku melalui 2 perkuburan yang sedang diazab, lalu aku suka supaya jika dengan syafaatku agar dikurangkan azab mereka berdua selama mana 2 dahan kayu itu masih basah (belum kering)".

Bolehkah kita mencacakkan dahan kayu @ kayu di atas kubur?
1) Daripada hadis lepas dapat difahami bahwa perbuatan ini adalah khas bagi Nabi sahaja. Yang mana ianya dilakukan hanya kepada 2 orang ini tatkala Nabi mendapat tahu bahawa mereka diazab. Ini adalah zahir sunnah yang difahami oleh para sahabat. Sebab itu adalah suatu yang salah jika kita meletakkan sebatang kayu yang basah atau dahannya lalu diletakkan di atas kuburan dengan berhujjahkan kepada hadis ini.

2) Sedia dimaklumi bahawa Nabi melakukannya setelah mengetahui bahwa mereka sedang diazab. Ini adalah perkara ghaib yang diberitakan kepada baginda oleh Allah. Adapun kita mahupun para sahabat maka pasti tidak mengetahui perkara ini. Lantas jika kita melakukan seperti yang dilakukan oleh Nabi adalah sangat silap.

3) Para sahabat tidak pernah melakukan hal tersebut samada semasa hayat Nabi mahupun selepas kewafatan baginda. Mereka tidak meletakkan apa-apa di atas kuburan sesiapa jua seperti dilakukan oleh Nabi. Demikian juga para tabien dan tabi' tabien.

4) Jika kita melakukannya ini, bermakna kita telah menyangka bahwa si mati sedang diazab. Maka ini adalah buruk sangka yang paling keji. Khasnya melibatkan orang yang telah mati.

5) Jika kita mendakwa atas dasar syafaat, lalu kita letakkan dahan kayu yang masih basah, maka kita tersilap dalam 2 perkara;

a) kita menyangka bahwa kita yang memberi syafaat kepada si mati dengan perbuatan itu, maka ini adalah penipuan dan sangat bertentangan dengan fahaman para sahabat. Syafaat yang mungkin berguna ialah mendoakan keampunan pada si mati @pun syafaat golongan tertentu di akhirat kelak.

b) Jika kita beranggapan bahwa kayu itu memberi syafaat kepada simati, maka ini juga adalah penipuan dan kesilapan besar. Kayu, tumbuhan @apa jua hidupan mereka tidak mampu memberi syafaat kepada si mati yang sedang diazab oleh Allah.

Jika dilihat daripada hadis, suci daripada najis adalah syarat sah solat, sedangkan orang yang ambil mudah dalam hal ini berpandukan hadis tadi, maka pelakunya mendapat azab kubur. Bagaimanakah pula bagi sesiapa yang ambil mudah atau melalaikan rukun-rukun solat dan kewajipannya? Lebih dahsyat lagi, bagaimana pula jika dia meninggalkan solat terus yang ianya merupakan rukun islam kedua? Wallahu a’lam

Sumber; http://yeopmadiny.blogspot.com/
Comments
#1 | kaki terjah on January 30 2010 05:14:14
Tapi ramai gak yg percaya tak ada azab kubur.. terutama anti hadith...
#2 | MataHati on January 30 2010 07:44:48
Salaam,

Saya percaya Allah boleh buat apa sahaja namun saya jugak percaya Allah adil dalam melaksankan hukumanNya. Oleh itu saya percaya manusia akan diadili dulu di Mahkamah Allah kelak barulah hukuman di jatuhkan... Apakah hukuman dahulu (siksa kubur) di jalankan dan selepas itu baru di adili... ? Apakah kesalahan belum disabitkan, hukuman telah dilaksanakan... ?

Maha Suci Allah dan Allah Maha Adil.
#3 | w3bcr4wl3r09 on January 30 2010 19:06:52
salam..
apakah tuan matahati lupa atau x tau iaitu selain ALLAH maha adil.. ALLAH gak maha mengetahui dan maha berkuasa..

jgnlah nak samakan azab kubur dgn azab yg real setelah melalui titian diakhirat kelak.. azab kubur utk alam kubur.. azab dunia utk alam dunia..

bende2 yg mudah jgnlah nak dikusut2kan.. sedangkan kisah di atas tu adalah utk kisah yg harus ditauladani oleh org2 yg berakal dan beriman shj yg layak mengambil iktibar darinya.. adalah x wajar utk org2 yg nipis tahap keimanannya yg hanya bertunjang kepada kekuatan akal sahaja utk mempertikaikan mengenai sesuatu yg mampu membawa kebaikan dan tauladan..
#4 | ngerisungguh on January 31 2010 08:04:13
kalo betul kata matahati tuh camne kepercayaan saya yang telah lama saya pegang selama ini
maksud nye takde seksa kubur ke?
pening2
#5 | awang kecil on February 01 2010 04:27:20
Alam kubur

MATA HATI KU:

ALAM KUBUR LAMA JUGA HAMPIR BERATUS TAHUN LAMANYA.
SEPERTI DIDUNIA INI KITA TERSEKSA JUGA DENGAN MASAALAH YANG ADA.
SEBELUM KITA KE PADANG MASYAR UNTUK PENGADILAN TERAKHIR KITA DIHUKUM TERLEBIH DAHULU DI ALAM KUBUR..MAKA KURANGLAH HUKUMAN KITA DALAM API YANG SEDANG MENYALA ITU ,SANGGUPKAH MATAHATI
BERADA DALAM API ITU?
LEBIH BAIK KITA DIHUKUM TERLEBIH DAHULU DI ALAM KUBUR...DRP DI DLM NERAKA.
TIDAK TAHULAH SAYA KALAU MATAHATI SANGGUP??
SAYA TIDAK SANGGUP..
SEBAB ITU ALLAH MAHA ADIL KEPADA UMAT NABI MUHAMMAD SAW....
ALLAH TIDAK TERUS CAMPAKKAN UMAT ISLAM ITU...KEDALAM API YANG SEDANG MARAH,BUKAN MERAH MENYALA TAPI WARNA HITAM (SYAITAN)
ALLAH BERTANYAKAN DAHULU DENGAN BEBERAPA SOALAN?
ADAKAH KAMU PERNAH BERTANYAKAN ORANG ALIM ITU TENTANG AJARAN AGAMA (ISLAM) KAMU.
ADAKAH KAMU PERNAH MELIHAT ORANG ALIM ITU.
ADAKAH KAMU PERNAH MAKAN BERSAMA DENGAN ORANG ALIM ITU.
SOALAN ITU PUN DIMASUKANKAN ALLAH KEDALAM SYURGANYA...
ADAKAH KAMU TIDAK YAKIN KEPADA ISLAM?
JANGAN PENING KEPALA MATAHATIKU
ALLAH HENDAK BAGI SYURGA KEPADA KITA(ORANG ISLAM).
KENAPA KITA HENDAK CARI NERAKA???
KUNCI SYURGA ADALAH DUA KALIMAH SYAHADAH....
JANGAN SYIRIKANNYA...
NANTI TIDAK DIBERI SYURGA.
ALLAH ITU MAHA ADIL..
ADILLAH KE PADA DIRI SENDIRI.
JANGAN ZALIM KEPADA DIRI SENDIRI.
KALAU KEINGINAN SYURGA KETUJUH KITA PERLUKAN PENGORBANAN KEPADA ALLAH.......
KUNCI DUNIA ADALAH PENGORBANAN.
#6 | MataHati on February 04 2010 03:28:57
Salaam,

Seperti yang saya katakan sistem keadilan Allah yang sempurna dan wajar di contohi oleh makluknya terutama manusia. Sebagai contoh, Ibarat seorang anggota polis yang menangkap seorang suspek dan menahannya di lokap... lalu polis tersebut melakukan hukuman sepak terajang ke atas suspek. Apabila ditanya polis tersebut... mengapa menghukum suspek tersebut walhal belum dibicarakan dan belum didapati bersalah.... lantas polis itu menjawab... " Allah pun buat benda yang sama... belum dibicarakan di akhirat kelak dah Allah seksa dalam kubur, salahkah saya menteladani perkara tersebut... ?"

Dalam artikel diatas dan komen tuan-tuan, belum ada yang menyertakan dalil dari Al Quran berkenaan siksa kubur hanya bersandarkan riwayat hadis sahaja. Riwayat hadis tidak sama dengan Al Quran dimana ianya boleh dimanupulasikan demi sesebuah kepentingan.
#7 | MataHati on February 04 2010 03:43:21
awang kecil menulis;
SEBELUM KITA KE PADANG MASYAR UNTUK PENGADILAN TERAKHIR KITA DIHUKUM TERLEBIH DAHULU DI ALAM KUBUR..MAKA KURANGLAH HUKUMAN KITA DALAM API YANG SEDANG MENYALA ITU ,SANGGUPKAH MATAHATI
BERADA DALAM API ITU?


Salaam,

Hukuman yang macam mana yang dikatakan kurang itu... apakah apabila dah disiksa dalam kubur maka rasa api tersebut dah menjadi sejuk sedikit ... ? Tuan tidak menyertakan sebarang dalil maka perkara ini adalah andaian tuan semata-mata.

Mengharapkan siksaan dah kurang atau mengharapkan boleh keluar dari neraka setelah di masukkan ke dalamnya, adalah sama seperti harapan orang-orang kafir;

QS 2:80. Dan mereka berkata (kafir): "Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka, kecuali selama beberapa hari saja." Katakanlah(wahai Muhammad) : "Sudahkah kamu menerima janji dari Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janji-Nya, ataukah kamu hanya mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?"

Dalam Al Quran Allah dan rasulNya menyatakan apabila dah dimasukkan kedalam syurga atau neraka maka akan kekal selama-lamanya di dalam;

QS 10: 26. Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (surga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.

QS 10:27. Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan (mendapat) balasan yang setimpal dan mereka ditutupi kehinaan. Tidak ada bagi mereka seorang pelindungpun dari (azaCool Allah, seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Mereka itulah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.

QS 2:81. (Bukan demikian), yang benar: barangsiapa berbuat dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.

AQ 72:23. Akan tetapi (aku hanya) menyampaikan (peringatan) dari Allah dan risalah-Nya. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.

Ayat-ayat diatas adalah dalil-dalil yang menyatakan bahwa jika dah masuk dalam neraka maka akan kekal di dalamnya. Jika tuan tidak setujuh maka harap tuan dapat mengemukakan dalilnya dari Al Quran bahwa boleh keluar setelah dimasukkan dalam neraka.. ?
#8 | Afnan on February 04 2010 21:34:24
يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ وَيُضِلُّ اللَّهُ الظَّالِمِينَ وَيَفْعَلُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ (27)
ini dalah dalil kepada azab kubur,,,lihat tafsiran ibnu kathir dalam tafisr,,,,adapun ttg azab neraka bagi orang islam sesungguhny ia tidak kekal berdasarkan kepada dalil2 yang banyak dalam hadis. inilah akidah ahli sunnah wal jamah...mereka yang mengatakan azab bagi pelaku maksiat muslim keal selama2nya adalah akidah muktazilah dan khawarij..sila lihat tafsiran ibnnu kathir dalam surah an-nisa ayat 93....begitu juga dengan penjealasan imam nawawi ttg hadis; "akan keluar daripada neraka bagi sesiapa yang dalam hatinya sekecil zarahpun dariapda iman",,,hadis soheh...harap matahati tidak memisahkan anatara al-quran dan hadis kerana ini adalah jalan anti hadis! Allah nyatakan dalam surah najm bahawa:" dan nabi itu tidaklah berkata dengan hawa nafsunya bahkan ianya adlaah wahyu yang diwayukan".....
#9 | Afnan on February 04 2010 21:36:28
ormmm,,,tak keluar tulisan arab...baik,,lihat surah ibrahim ayat 27,,itulah dalil kepada wujudnya azab kubur...selain hadis2 yang begtu banyak.
#10 | awang kecil on February 05 2010 07:11:48
Allah Ta'ala berfirman,

"Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit." (Thaahaa: 124)

Menurut Abu Sa'id al-Khudri dan Abdullah bin Mas'ud, yang dimaksud dengan penghidupan yang sempit ialah siksa kubur.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.

Penafian: Pihak Terjah.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas atau Mozilla Firefox atau Safari dengan resolusi 1024 x 768

Hakcipta terpelihara @ 2010 Terjah.com