Perkembangan di tiga buah negeri yang diterajui tiga buah parti berlainan ideoloji perjuangan dan isu-isu yang meletup di sana sini muktahir ini makin mencuri perhatian.
Kemenangan besar pilihanraya Mac 2008 kini digerhanakan dengan segala macam kekalutan hingga dikatakan membuatkan ramai kalangan penyokong setiap PKR,PAS dan DAP yang dulunya bersemangat kini diselubungi keresahan.
Siapa pernah terfikir di Selangor, Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim tiba-tiba hilang jawatan Ketua Bahagian PKR di Kuala Selangor, apabila lubuk politiknya itu menemui kehancuran setelah saki-baki ahli jawatankuasa yang ada meletakkan jawatan beramai-ramai baru-baru ini.
Ijok yang menjadi kubu kuatnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi membolehkannya menjadi Menteri Besar sudah merajuk, tidak boleh dipujuk jauh sekali dirujuk kerana ahli jawatankuiasa bahagian, cawangan dan ahli serta pengundinya kecewa dengan corak pentadbirannya yang tidak membawa apa-apa perubahan ke kawasan berkenaan di samping tidak mempunyai kegiatan.
Di Pulau Pinang, Ketua Menterinya, Lim Guan Eng jelas membuktikan beliau cepat bergerak dan bertindak. Antara gerakan dan tindakan pantas pentabirannya ialah merobohkan premis perniagaan orang Melayu sekaligus menggelapkan masa depan mereka sedangkan peniaga bukan Melayu dibiarkan berleluasa berniaga secara haram dan tidak mengikut peraturan.
Kemuncak isu ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) negeri itu mempersoalkan tindak tanduk ini.
Terbaru Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bikin heboh bila secara terbuka mendakwa Setiausaha Agung DAP itu diktator dan cauvinis.
Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang tidak berseorangan dalam hal itu kerana dakwaan beliau disahkan oleh pelbagai pihak termasuk Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Mohd. Ali Rustam. Guan Eng pernah menjadi Ahli Parlimen Kota Melaka, tetapi akhirnya beliau kecundang termasuk di peringkat parti. Mohd. Ali berkata, senario itu menunjukkan anak Kit Siang itu ditolak oleh orang Melaka.
Demi orang Melayu, Zahrain menggesa PKR mengkaji semula hubungan parti itu dengan DAP yang telah membuat pelbagai janji dalam pilihanraya tetapi akhirnya hanya menganiaya orang Melayu di negeri itu.
Ramai yang sedang memerhatikan bagaimana pakatan pembangkang nak menyelesaikan isu yang rumit ini lebih-lebih lagi dengan ketegasan Zahrain tidak mahu berganjak dari dakwaannya itu.
Tidak kurang menariknya ialah mengenai tingkah laku Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, di Kedah Zulkifli Noordin yang kini mewarni suasana politik tanahair. Bermula dengan pelbagai kritikannya terhadap perkembangan politik negeri dan tanahair, tokoh berkenaan menjadi semakin tersohor apabila membuat laporan polis terhadap rakannya dari PAS, Khalid Samad iaitu Ahli Parlimen Shah Alam..
Zulkilfi dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) naik angin dengan Khalid kerana memberi pandangan bersekongkol dengan Kristian bersabit penggunaan kalimah Allah. Kata Khalid, kalimah itu boleh digunakan dan 25 kalimah lain juga sedemikian kerana kesemua larangan mengenai penggunaannya sudah ketinggalan zaman.
Tidak setuju langsung dengan pendirian pemimpin PAS Selangor itu, Zulkifli membuat laporan polis terhadap kenyataan Khalid. Puluhan laporan lain juga dibuat bagi menyatakan rasa tidak pas hati pelbagai pihak umat Islam di negeri Selangor dan di luar Selangor.
Khalid bagaikan tidak endah dengan perkembangan itu terus-terusan dengan tindak-tanduk yang dilihat seolah-olah menyebelahi tabloid Herald the Catholic Weekly yang mendapat penghakiman mahkamah membenarkannya menggunakan kalimah Allah.
Baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku ketua agama dan adat istiadat Melayu telah menitahkan larangan penggunaan istilah Allah bagi bukan Islam di negeri itu
Namun Khalid sekali lagi bagaikan seorang yang buta sejarah dan pekak telinga terhadap kemarahan umat Islam tanpa mengendahkan titah perintah Sultan yang disampaikan melalui Majlis Agama Islam Negeri.
Akhirnya Khalid dititah menghadap Sultan Sharafuddin dan hanya mereka yang mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam pertemuan tersebut.
Demikianlah halnya di negeri Selangor Darul Ehsan negeri maju di bawah era Barisan Nasional tetapi kini ditadbir oleh pakatan parti pembangkang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.
Menteri Besarnya adalah dari PKR kerana bukan Melayu tidak dibenarkan memegang jawatan tersebut yang dijamin dalam perlembagaan negeri. Tanpa peraturan tersebut, Selangor pasti sudah diterajui DAP sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang.
Di Pulau Pinang, memang Ketua Menterinya dari dahulu lagi adalah pemimpin Cina. Dahulu, wakil Gerakan menjadi Ketua Menteri walaupun UMNO pernah mempunyai kerusi yang cukup untuk menerajui pemerintahan. Namun atas semangat setiakawan dalam BN, Gerakan terus diberi kepercayaan.
Kini, bukan UMNO atau BN tidak memberi kepercayaan kepada Gerakan untuk memerintah, tetapi para pengundi di negeri itu telah menolak Gerakan dan MCA, sebaliknya memberi peluang dan kepercayaan pula kepada DAP.
Maka itu, jadilah Guan Eng sebagai Ketua Menteri negeri pulau itu walaupun beliau adalah anak jati Melaka.
Kebelakangan ini, banyak betul rasa marah dan bengkak di hati rakyat negeri tersebut terhadap kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui DAP.
Tatkala masyarakat Cina mungkin bergembira, masyarakat India di Kampung Buah Pala Pulau Pinang merasa sebaliknya.
Mereka terpaksa berputih mata setelah terpaksa melepas kampung halaman setelah kerajaan negeri tidak menunaikan janji pilihanraya untuk mempertahankan kampong itu dari diambil pemaju yang hendak membangunkan kawasan itu.
Baru-baru ini pula pihak Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, (DPMM) Pulau Pinang menutup pintu rundingan dengan kerajaan negeri yang disifatkan sering menindas dan menzalimi orang Melayu.
Pendirian tegas dewan itu turut disertai 50 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Pulau Pinang yang sealiran untuk berpatah arang dengan kerajaan negeri. Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas di pejabat DPMM 27 Januari lalu.
Sehubungan dengan itu DPMM dan 50 badan NGO itu bertekad untuk mengambil langkah tersendiri untuk membela nasib ahli dan para peniaga Melayu di negri tu. Dewan itu mendakwa orang Melayu dijadikan sasaran dan ditindas.
Menurut mereka, sesuatu perlu dilakukan mulai sekarang untuk menunjukkan kemarahan mereka. “Janganlah menyesal jika kami mengambil tindakan sendiri kata wakil mereka Rizal Faris Mohideen Abdul Kader.
Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, mereka menarik perhatian mengenai gerakan terancang kerajaan negeri merobohkan gerai dan premis perniagaan orang Melayu termasuk restoran di atas pokok yang dinamakan Restoran Do Re Mi.
Di Pahang, Ahli Parlimen PKR Indera Makota, Azan Ismail meletakkan jawatan selaku Timbalan Pengerusi 2 Negeri serta jawatan Pengerusi Keahliaan parti itu. Alasannya sungguh jelas iaitu amat kecewa dengan kepimpinan Pengerusi negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Adakah Azan bersendirian sedemikiaan di Pahang ataupun ada yang bakal mengikut langkahnya dalam masa terdekat ini? Hanya masa akan menentukannya. Sama ada bersendirian atau ada yang mengikut,, yang pasti ialah rasa kecewa terhadap kepimpinan PKR bukan sahaja mula berputik tetapi juga mula merebak.
Di Kelantan, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lain pula halnya jika hendak dibandingkan dengan kerajaan pimpinan Datuk Seri Azizan Razak di Kedah. Tok Guru bukan sahaja dibelenggu masalah parti PAS dan pemerintahan kerajaan negeri tetapi dakwaan wujudnya neoptisme keluarga.
Semua orang tahu bagaimana Tok Guru diasak dengan masalah menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang menjadi boss Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Walaupun pelbagai penafian dan penjelasan cuba dan telah dilakukan, matlamat untuk ‘tutup kes’ isu berkenaan tidak kesampaian gara-gara pendedahan demi pendedahan dibuat oleh penulis blog Kickdefella yakni Syed Azizi Syed Aziz, yang merupakan bekas Pegawai Perhubungan Awam PMBK.
Rentetan daripada itu, anak Tok Guru iaitu isteri kepada Abdul Ariffahmi , Nik Amalina turut mencelah dalam blog peribadinya mempertahankan suami dan bapanya. Akhirnya berlaku episod yang lebih panjang daripada yang dijangkakan.
Bertolak dari situ, timbul pula isu Datuk Husam Musa dikatakan ‘merajuk’ dan dilaporkan mahu melepaskan jawatan dalam parti, tetapi Nik Aziz cepat-cepat memintasnya dengan menyatakan Exco Kerajaan Negeri itu adalahy pemimpin pelapis yang amat disayanginya.
Pelbagai lakonan dan drama berlaku dalam PAS dan kerajaan negeri Kelantan sehinggakan Tok Guru mendedahkan pula isu ‘cah keting’ yang berlaku dalam parti. Jika dahulu, PAS sibuk menyatakan cah keting berlaku dalam UMNO, kini giliran mereka pula untuk menerima padahnya.
Pening..pening Tok Guru dibuatnya!
Cah keting atau cantas-mencantas tidak hanya berlaku di negeri Tok Guru, tetapi juga seluruh negara sepertimana yang diakui Datuk Dr. Hassan Ali di Selangorr.
Senario politik dan pentadbiran negeri yang diterajui PKR, DAP dan PAS di tiga buah negeri berkenaan sangat menarik untuk dianalisis. Rata-rata yang banyak berlaku hanyalah pentadbiran politik iaitu mengawal selia perjalanan politik sahaja. Kerja-kerja pentadbiran kerajaan khususnya yang menjurus kepada pembangunan dan kebajikan rakyat masih tidak tersentuh.
Di Kelantan khususnya, sejak sekian lama memerintah, negeri itu masih belum membina sebuah masjidpun. Begitu juga di Selangor dan jauh sekalilah di Pulau Pinang. Yang ada hanyalah peristiwa kepala babi yang dilempar ke perkarangan masjid.
Jika dahulu kerajaan BN membina dewan orangramai, tadika Kemas dan sebagainya, kerajaan PKR-DAP-PAS lebih cenderong merobohkannya atau sekurang-kurangnya mengusir pentadbiran lama dari premis berkenaan.
Jika dahulu PAS begitu lantang bersuara terhadap pentadbiran Datuk Seri Dr. Khir Toyo kerana menutup surau sementara di bawah bangunan flet di Bandar Baru Bangi, Selangor, kini perkara yang sama berulang di negeri itu di bawah kerajaan yang memerintah sekarang. Jika yang di Bangi digantikan dengan yang baharu berharga RM300,000 yang di Damansara itu dibiarkan begitu sahaja.
Janji-janji manis dalam pilihanraya 2008 hanya tinggal janji. Pakir percuma di kawasan Majlis perbandaran, elaun khas untuk surimah yang tidak bekerja, bayaran khusus untuk setiap pelajar yang mendaftar di institusi pengajian tinggi dan pelbagai habuan lain nampaknya tinggal sebagai harapan sahaja.
Bayaran bil elektrik sebanyak RM14 kepada setiap isirumah di Selangor ditunaikan, tetapi kesannya, banyak jalanraya termasuk jalan-jalan protokol yang bergelap pada waktu malam.
Malah pada waktu siang pula kelihatan rumput dan lalang yang cukup panjang di jalan-jalan tersebut. Puncanya kerajaan negeri tidak mempunyai dana yang secukupnya untuk melunaskan bayaran bil kepada Tenaga Nasional Berhad dan juga pihak kontraktor. Nak bayar wang kontraktor mengangkut sampahpun tiada sehinggakan sampah berlonggokan di merata tempat.
Lantaran tidak mempunyai dana atau bajet yang secukupnya gara-gara tidak bijak mentadbir kerajaan negeri, maka disyorkan pula wang zakat digunakan untuk pembangunan negeri termasuk untuk faedah bukan Islam. Saranan ini sekali lagi mengaitkan Sultan Selangor yang tidak setuju dengan langkah kerajaan negeri.
Jika dahulu, BN dikatakan berupa kerajaan tidak cekap, tidak telus dan rasuah, lihatlah apa yang berlaku sekarang. Bukankah kerajaan-kerajaan PKR-DAP-PAS di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang ibarat ‘Paku dulang paku serpeh‘, mengata orang, awak yang lebih?
Apabila pemimpin BN terlibat dalam kancah maksiat, ribut satu dunia dan hukuman dijatuhkan sebelum perbicaraan dilangsungkan, tetapi apabila gambar separuh bogel Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong tersebar luas ia dipertahankan.
Malah beliau kemudian tampil diatas pentas berceramah di Kelantan mengenakan jubah labuh. Dunia….dunia.
Dengan perkembangan-perkembangan yang menarik ini lojiknya BN khususnya UMNO tentu berpeluang menarik dan menawan kembali hati dan sokongan rakyat khususnya orang Melayu.
Begitu juga sepatutnya dengan Gerakan, MCA dan MIC hatta PPP sendiri dikalangan bukan Melayu.
Soalnya sejauh manakah parti-parti komponen BN ini dapat menjiwai perkembangan dan peluang ini? Apakah gerak langkah dan apa pula strategi mereka ? -1/2/2010
Sumber:
http://www.agendadaily.com
|
NIAT ,KITA BUAT KERJA KERNA ALLAH.
BUKAN KERANA POOLITIK.
PAHALA BANYAK DIDALAM AGAMA..
BUKAN DALAM POLITIK.
Gambarseparuh bogel Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong tersebar luas ia dipertahankan.
Weh...Gambar orang sedang tidurrr tuuu.
Kalau gambar awak sedang terselak kain ,diambil kut mcm mana????
kemudia nya disebar satu didunia dan difitnahkan ....
Itulah dikatakan politik.
Terlalu banyak kata-kata nasta dan membuat banyak dosa dgn cerita yang tidak betul dan tidak masuk akal langsung.
Nampaknya orang melayu ini tolol....
Elizabeth Wong itu siapa????Agama apa????
Yang kerja bodoh sebar cerita gambar separuh bogel orang yang sedang tidur......tu untuk apa..
Orang itu sedang tidur bukan sedang berbogel ,,itu pun dijadikan bahan bolitik.
Tiada feadah langsung.
Bencana apa kah yang sedang berlaku ini di Malaysia.
Wahai Melayu tolol....(org politik)
Pemimpin politik Melayu pertama yang menghadiahkan batang penyapu kepada kakitangannya sendiri siapa dia..
Bukankah orang melayu.(Tolol).
Memcabar maruah bangsa melayu itu sendiri.
Egonya melayu itu.
Kerana politik????
Mungkin mereka yang tolol kata ...sememangnya patut.
Bukan untuk menghina,tapi pengajaran.
Cuba orang lain bagi hadiah yang sama pada kita.
Apa jawapan kita,mungikin kita yang tolol juga terimanya..
Sedih melihat orang melayu berperang sesama sendiri demi mempertahankan politik
Tetapi tidak pertahankan kalimah Allah- sekurang-kurang nya untuk diri sendiri.....
Demi kepentingan Agama Islam dan umatnya.....
Kalau kita tidak jaga,siapa akan jaga????
Kalau Kalimah Allah dipersendakan..
Ditulis pada selipar-selipar Jepun...atau pada batang penyapu.
Adakah orang-orang kristian itu?????
Wahai Melayu tolol (orang politik).
Orang-orang Islam jugaaaaaaa.
Jangan jadi tolol?????Kaitkan agama dengan politik kerana tidak akan dapat pahala,
NIAT KERANA ALLAH DAPAT PAHALA.
NIAT KERANA POLITIK TIDAK DAPAT APA-APA(KOSONG)