MENTERI WILAYAH LEPAS TANGAN DAN PENGARAH JAKIM JUMUD.
Berikutan dengan pendedahan yang dibuat oleh akhbar harian popular KOSMO! mengenai pengemis ,penagih dadah dan kutu rayau bermalam dihadapan Masjid Negara , Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata "ini adalah tanggungjawab Agama Islam Wilayah Persekutuan."
Pihak Masjid Negara dari imam besarnya hingga kepada kakitangannya yang faham bahawa kerbersihan adalah melambangkan ke Islaman umatnya telah memejamkan mata terhadap pemandangan yang memburukan imej Islam ini sejak sekian lama.
Maka kenyataan melepas tanggungjawab kepada pihak lain oleh seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan adalah merosakan imejnya sendiri yang telah dibina sejak beliau dilantik memegang jawatan itu yang menunjukan beliau adalah seorang yang perihatin terhadap masalah di ibu negara.
Bahawa beliau melepaskan tanggungjawab ini kepada JAWI menunjukan beliau melepas tangan, tidak mahu berkecoh dengan Majid Negara dan juga pihak JAWI sekalipun beliau mengetahui keadaan yang amat memburukan pandangan di hadapan Masjid Negara dan persekitarannya yang indah.
Padanya kekotoran malam boleh di maafkan dan ibu negara hanya harus di lihat bersih hanya pada malam sahaja.
Raja Nong Chik telah pun menunjukan sikap pro aktif terhadap kedudukan penduduk rumah pangsa, projek rumah yang terbengkalai dan kwasan kawasan yang bermsaalah dalam Kuala Lumpur dan ini tentunya memberikan harapan yang sangat tinggi kepada rakyat.
Bagaimanapun sikapnya terhadap masalah setinggan malam di Masjid Negara adalah negatif, tidak mahu mengambil tanggunjawab, melepas tangan. Sebanya disini beliau tidak akan mendapat apa apa keuntungan ppolitik.
Ini lah contoh buruk seorang menteri atau beberapa orang menteri kita. Lebih utamakan tugas yang memberikan keuntungan politik, tidak ikhlas, buat kerja hanya untuk mencari populariti.
Lebih memalukan dan menjatuhkan maruah Islam apabila ketua jabatan yang perpendidikan agama membua kenyataan bahawa tinndakan menghalau mereka itu tidak dilakukan kerana hendak menjaga kepentingan kesucian agama Islam. Inilah kenyataan dari Ketua Pengarah Jakim( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
Beliau berfkir gulongan kutu rayau itu lebbih baik berada di kawasan masjid yang merupakan tempat paling damai di bandar raya.
Adalah lebih baik bagi beliau menjemput mereka masuk tinggal dalam masjid kerana itu lebih mendamaikan.Sesiapa juga yang bermasalah dan tidak berumah tanggang mulai dari sekarang bolehlah berumah tangga di hadapan masjid negara atau masuk bermalam dalam masjid itu. ke
Inikah taraf pemikiran orang yang berpendikian agama yang mengetuai Jakim. Pengarah yang seumpama ini boleh membawa kepada kemajuan Islam atau kejumudahan Islam
Penafian: Pihak Terjah.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas atau Mozilla Firefox atau Safari dengan resolusi 1024 x 768 Hakcipta terpelihara @ 2010 Terjah.com