TERJAH SEARCH :  
Email : my_terjah@yahoo.com

 
Login :    Username      Password      Masih belum menjadi ahli? Klik [Daftar]       Terlupa password? Klik [Minta Password]
TERJAH! Chat Room | TERJAH! Quran & Hadith | TERJAH! FAQ | TERJAH! Search | TERJAH! Kontek | TERJAH! Download | TERJAH! Lagu | TERJAH! Foto | TERJAH! Web Link | Hantar Artikal | Hantar Link | Hantar ke TERJAH! Foto | Hantar ke Terjah EXTRA! | Arkib Artikal Lama
Hentikan Segera Perarakan Keagamaan!
TERJAH! KontraversiSebarang perarakan sambutan keagamaan menggunakan jalan raya boleh dianggap mengganggu ketenteraman awam dan menyusahkan pengguna beragama lain yang tidak terlibat dalam upacara itu.

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata, perarakan ini bukan amalan pada zaman Rasulullah dan mencadangkan sebarang bentuk perarakan menggunakan jalan raya perlu dihenti.

"Saya mencadangkan semua bentuk perarakan yang menggunakan jalan raya awam dan hendaklah dihentikan. Termasuk Deepavali, Thaipusam ataupun Maulidur Rasul.

"Jalan raya ini ialah digunakan orang kerana ada urusan tertentu dan bukan semua agama berkongsi dengan kita. Bila kita guna jalan raya lain dari tujuan pengangkutan, mahu berarak, ia mungkin mengganggu urusan orang.

"Ia mengganggu pengguna yang mahu ke suatu tempat, melawat orang sakit, membazir minyak orang ramai dan seumpamanya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi TV Selangor bagi mengulas berhubung isu perarakan Maulidur Rasul yang menjadi kontroversi, baru-baru ini.

Asri berkata, perarakan seumpama itu juga tidak pernah disuruh oleh Rasulullah sehingga mengganggu urusan orang lain.

Beliau juga mencadangkan supaya sambutan keagamaan selepas ini hanya dilakukan di rumah ibadat masing-masing.

Katanya, jika sambutan Maulidur Rasul tidak membuat amalan baru yang tiada dalam Islam, maka ia tidak dianggap salah kerana ia bukan wajib dan bukan sunnah.
"Jika sambutan itu tidak mencetuskan apa-apa reka bentuk ibadat yang baru, umpamanya tak ada sembahyang khusus Maulidur Rasul, bacaan khusus Maulidur Rasul, maka tidak dianggap mengada-adakan ibadat baru dalam Islam.

"Jika sambutan itu sekadar untuk menceritakan tentang sirah, menceritakan tentang perjuangan dan seumpamanya, dengan kadar-kadar itu tidak menjadi masalahlah," katanya.

sumber:
http://penpasksgb.blogspot.com/

Comments
#1 | panglima klang on February 22 2010 22:22:35
adakah kerana mengganggu jalanraya merupakan alasan diharamkan perarakan2 agama tersebut; nanti karang ada persatuan agama lain yg minta mengharamkan perhimpunan sembahyang jumaat atas alasan gangguan jalan akibat meletak kenderaan dgn sewenang2nya. memohon dihentikan azan kerana mengganggu ketenteraman awam dsbnya. wallahu a'lam
#2 | awang kecil on February 23 2010 03:15:59
Buat majlis dalam perkarangan masjid itu ,adalah lebih baik...Agama itu adalah keimanan .....
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.

Penafian: Pihak Terjah.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas atau Mozilla Firefox atau Safari dengan resolusi 1024 x 768

Hakcipta terpelihara @ 2010 Terjah.com