TERJAH SEARCH :  
Email : my_terjah@yahoo.com

 
Login :    Username      Password      Masih belum menjadi ahli? Klik [Daftar]       Terlupa password? Klik [Minta Password]
TERJAH! Chat Room | TERJAH! Quran & Hadith | TERJAH! FAQ | TERJAH! Search | TERJAH! Kontek | TERJAH! Download | TERJAH! Lagu | TERJAH! Foto | TERJAH! Web Link | Hantar Artikal | Hantar Link | Hantar ke TERJAH! Foto | Hantar ke Terjah EXTRA! | Arkib Artikal Lama
Pemuda Kahfi - Ajaran Sesat di UM?
Terjah Dedah!Saya berasa terpanggil untuk mem­buat pendedahan mengenai aktiviti gerakan ajaran sesat yang kini melanda negara kita. Untuk pengetahuan, anak saya yang sedang menuntut di Univers­iti Malaya dan tinggal di Kolej Kediaman Raja DR. Nazrin Shah telah mencerita­kan kepada saya tentang pengalaman­nya yang hampir terlibat dengan ajaran kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Pemuda Kahfi setelah dipujuk rayu oleh rakan-rakannya.

Saya amat terkejut dengan pen­gakuannya kerana setahu saya anak sa­ya merupakan seorang anak yang taat dan patuh dengan ajaran Islam. Saya ju­ga sama sekali tidak percaya bagaimana sebuah IPTA terkemuka sebegini am­at terdedah dengan risiko ajaran sesat yang tidak sepatutnya berlaku seolah-­olah sebagai gedung ajaran sesat. Leb­ih-lebih lagi isu ini melibatkan mahasiswa yang sepatutnya pada usia sebegini mereka lebih didedahkan dengan ilmu agama yang sebenarnya.

Anak saya memberitahu bahawa kumpulan ini pada peringkat awalnya melibatkan kelas pengajaran dan pema­haman Al-Quran yang dilakukan secara tersusun dan rahsia. Ramai di kalangan ahli terdiri daripada profesional seper­ti doktor, jurutera, peguam, pensyarah dan pengatur cara. Sasaran yang berpo­tensi untuk didekati ialah kawan rapat secara individu yang menyebabkan ian­ya berkembang tanpa diketahui umum seperti mana yang terjadi kepada anak saya ini.

Selain itu, kerahsiaan atau dalam bahasa arab dipanggil sebagai "sir" yang begitu tinggi dapat dilihat melalui tem­pat belajar yang berubah-ubah, transit kereta, menutup mata dalam perjala­nan, eksploitasi kewangan atas nama pembelajaran Al-Quran. Kerahsiaan nama penyampai pengajian dan tidak membenarkan pengajian ini diketa­hui umum. Keahlian sesama ahli dalam gerakan juga dirahsiakan, malah mem­punyai beberapa lapisan kepimpinan yang tidak dapat dikenal pasti. Mereka bergerak melalui sel-sel kecil di mana anggota antara sel ini tidak mengenali anggota sel yang lain dan tidak menge­tahui nama dan maklumat penyampai dan pimpinan atasan.

Sebelum memasuki kelas tilawah, mereka dikehendaki membayar wang `taubat' dengan nilai minimum RM 300. Ini adalah tambahan kepada RM 1000 yang telah dibayar untuk menyertai ke­las ini sebagai pendaftaran awal, RM 60 bulanan, RM 70 untuk pembelian barang keperluan dan RM 3500 untuk bayaran melawat "Negara Islam". Cara pengajaran dilakukan secara tidak nor­mal seperti menutup mata, masa yang tidak menentu berdasarkan panggilan telefon, pertanyaan bertubi-tubi dan proses memerangkap peserta dengan idea ajaran dengan justifikasi ayat al­Quran yang ditafsir secara literal mengi­kut tujuan dan kepentingan gerakan ini. Bentuk nama, bayaran dan modus ope­randi juga boleh berubah-ubah mengi­kut keadaan tetapi bentuk asasnya seb­agaimana yang sebutkan di atas.

Gerakan ini juga telah dipastikan bahawa mereka memberi maksud yang menyeleweng terhadap AI-Quran dan juga Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Anta­ra contoh pemahaman yang dibawa ba­hawa baginda Rasulullah s.a.w diertikan tidak lebih dan penyampai risalah Allah dan melaksanakan arahan-Nya, malah orang lain juga adalah rasul. Memberi pemahaman yang menyeleweng dalam melaksanakan ibadah, seperti tidak per­lu solat jika berada pada zaman Jahili­yyah atau zaman Makkah, solat hanya di tempat yang aman. Mengeksploitasi kemampuan kewangan para ahli dengan mengenakan bayaran-bayaran ter­tentu termasuk yang berkala atas nama 'Daulah Islamiyyah'.
Menurut anak saya, kawan-kawa­nnya yang sudah terpedaya dengan aja­ran ini amat payah untuk melepaskan diri disebabkan sudah terikat dengan pembayaran tadi. Gerakan ini bukan sahaja berlangsung di kolej anak sa­ya sahaja malah telah tersebar di kolej kediaman kedua, ketiga dan kesebelas. Difahamkan bahawa terdapat indivi­du daripada pentadbiran kolej sendiri yang menjadi dalang terhadap ajaran ini. Cukup merisaukan saya kerana ibu bapa telah menghantar anak-anak ke universiti dengan harapan pihak pen­tadbiran universiti dapat menjaga dan membentuk jati diri yang mantap tetapi sebaliknya.
Maka, saya ingin membuat pen­egasan agar pihak pentadbiran univers­iti, kolej-kolej kediaman dan persatuan pelajar agar tidak memandang remeh perkara ini kerana ia umpama meng­gadaikan agama tercinta. Minta pihak bertanggungjawab dari jabatan agama Islam menyiasat perkara ini segera ker­ana ia sudah lama berleluasa!
Saya juga selaku bapa yang kece­wa dengan kejadian yang menimpa ini menyeru agar seluruh masyarakat Is­lam mengambil sikap berhati-hati me­mantau ahli keluarga di dalam mengi­kuti pembelajaran agama terutama sekali berkait rapat dengan modus­operandi sebegini. Pemuda sepatutnya dapat membezakan kebenaran dan ke­batilan dengan waras di samping mer­eka ini perlu diberikan pedoman agama yang tidak memesongkan [sumber: majalah i & terjah.com].


BAPA KECEWA Sekinchan,
Selangor Darul Ehsan.


Sumber : Majalah i (disember)
Majalah info Islam terbitan Krangkraf.
Dapatkan naskah anda di toko-toko buku sekarang!!!




Comments
#1 | kaki terjah on December 14 2008 21:15:47
cerdik-cerdik pun masih terkena ajaran sesat? apa raaaa...
#2 | melati on December 16 2008 16:46:33
ade kawan belajar kat kolej yg sama disebutkan kt atas tu, katanya tak pernah dengar pun berita2 mcm ni? pelik banget seyh. ape je kriteria2 mereka yg terpilih utk join benda ni? lolz
#3 | ikhwan-mt on January 30 2009 02:53:53
isu di gaza memberi impak yg cukup besar kpd umat islam serata dunia.banyak juga yg tersedar dari lamunan dan tipudaya.
namun ada pihak yg cuba mengambil kesempatan atas pelbagai isu yg melibatkan umat islam.
hati2 dgn doktrin ajaran sesat gerakan kahfi!!
SAYANGI AKIDAH KITA WAHAI UMAT ISLAM!!
walau dihidang dgn pemandangan,janji yg cantik namun jaga akidah anda.
elakkan tipudaya dajjal!
kiamat mampir sih!
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.

Penafian: Pihak Terjah.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 ke atas atau Mozilla Firefox atau Safari dengan resolusi 1024 x 768

Hakcipta terpelihara @ 2010 Terjah.com