Terkini

20/trending/recent

TERJAH

Masukkan carian anda di sini !

PRK Sungai Bakap : Dr Akmal sindir Rafizi

IKLAN TENGAH


Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, tidak beralas dalam berkata-kata ketika berceramah pada hari terakhir kempen pilihan raya kecil (PRK) Sungai Bakap baru-baru.

Dalam ceramah tersebut dia menggelarkan pengkritik sebagai "bahlol" dan "bodoh" kerana mempersoalkan ‘formula’ kerajaan perpaduan dalam menyelesaikan isu ekonomi.

"Dia duk tanya, kamu raja formula, mana formula kamu? Memang bahlol. Formula tengah jalanlah bodoh," kata menteri ekonomi itu semasa ceramah pada 5 Julai lalu.


Bagaimanapun ungkapan itu nampaknya memakan diri selepas PH tewas di kerusi berkenaan.

Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh, menyindir Rafizi susulan kekalahan PKR pada pilihan raya kecil tersebut.

Dia turut mengucapkan tahniah kepada pengundi Sungai Bakap selain mengingatkan para pemimpin agar tidak sombong.

"Formula bahlol dan bodoh dari raja formula telah mendatangkan hasil di Sungai Bakap. Tahniah rakyat Sungai Bakap. Pemimpin jangan sombong dengan rakyat," katanya secara sinis di Facebook.

Sumber : Malaysiakini

#Rakyat diam memerhati bukan bererti mereka bodoh dan bahlol




IKLAN BAWAH 1
KONGSIKAN:

IKLAN BAWAH 2

Ads Bottom