Terkini

20/trending/recent

TERJAH

Masukkan carian anda di sini !

Kita akan rampas aset GISBH - MB Selangor


KLIK > JUALAN MURAH KOLEKSI PAKAIAN DAN KELENGKAPAN RUMAH [KEMASKINI]



CYBERJAYA: Kerajaan Selangor mengambil tindakan dengan mengarahkan semua premis GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri itu ditutup berkuat kuasa serta-merta dan merampas segala aset syarikat berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata beliau sendiri akan mengumumkan pada Rabu ini jumlah keseluruhan premis, termasuk rumah perlindungan dan sekolah agama berkaitan GISBH di negeri itu.




"Rumah-rumah pelindungan yang ada kaitan dengan GISBH memang kita arah tutup serta-merta termasuk sekolah agama.

"Itu memang tindakan segera yang sedang dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor dan polis. Kalau ada lagi maklumat-maklumat kita akan pergi (serbu dan tutup)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Rumah Idaman, Putra Idaman dan majlis pecah tanah Saujana Idaman di sini hari ini.

Sementara itu, Amirudin berkata, kerajaan negeri akan membantu kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISBH dalam pelbagai aspek, terutama dalam hal berkaitan pendidikan.

"Saya juga nak tengok pada hari Isnin nanti nasib anak-anak (GISBH) yang tidak bersekolah ataupun yang ditahan oleh pihak berkuasa sekarang.

"Isunya (adalah) isu pendidikan dan masa depan mereka yang penting, kerajaan negeri akan cuba bantu nanti sebab itu keutamaan kita," katanya.

Sumber : Berita Harian


KLIK > JUALAN MURAH KOLEKSI PAKAIAN DAN KELENGKAPAN RUMAH [KEMASKINI]


IKLAN BAWAH 1
KONGSIKAN:

IKLAN BAWAH 2

Ads Bottom