Slm semua. Mengadu di fb page krt ni adalah jalan terakhir saya. Nak cerita dengan orang takot jadi lagi teruk. Sekurang2nya d cni orang takkenal saya. Maafkan saya.
.
Dulu mase bujang saya pernah mengajar alquran di surau2 dan sekolah2 sekitar. Saya juga rajin berniaga online dan buat dropship. Hasil simpanan mampu beli cash myvi sekehen. Kawin atas dasar match make. Mase tu ibu mertua memang beriya benar nak saya jadi menantu dia. Sekarang kami tinggal di taiping dan kami ada sepasang kembar girl usia 5 bulan.
.
Sejak berkahwin, suami tak izin saya bekerja atau berniaga. Segan dengan orang sekeliling katanya. Tapi suami saya ni tak pernah bagi saya duit belanja atau duit makan. Takpe, saya hanya makan apa yg ada di rumah. Lepas dpt twin ni, makin teruk. Susu dan pampers lepas 2 minggu mintak baru dpt. Alasan dia bagi 'takde duit'. Twin saya ni masih 100% bergantung pada susu. Susu badan tak cukop tampung 2 orang sekaligus. Takkan saya nak tgk je diorang nangis lapar. Last2 saya beli sendiri.
.
Suami saya keje jual coway dan saya anggap mungkin dia betul takde duit tapi setiap hari balik rumah saya nmpak resit kfc, dominos, starbucks. Saya memang kenal dia mmg suka makan kat tempat2 gitu. TAK pernah makan warung. Padahal saya kat rumah hari2 makan nasik lauk ulam petik tepi2 rumah je. Awal2 kawin dia selalu pinjam duit saya buat baya keta vios dia bulan2 sampai suruh saya buat loan sebab keta dia dah kena tarik tapi tak lulus. Sib baik. Haritu saya mintak blikan pampers tapi macam biase, takde duit. Muka terus berubah. Esoknya saya tgk dia bli iphone. Baru. Pampers masih takbli.
.
Pernah saya mengadu kat mak mertua. Dia cakap suruh bersabar. "Biasalah mana2 keluarga pon ada masalah kewangan. Isteri kene terima kekurangan suami. Anak mak tu mmg manja sikit sebab dari kecik tak biasa susah. Kalo sue nak pegang duit sendiri kenala keja. Nanti mak suruh abah carikan keje kosong kat badar. Twin tu sue bayar mak 500 je bia mak yg jaga." Tapi smpai skrg takde ape keje pon.
.
Suami pulak sejak dapat baby ni dah tak tido sama2. Bercakap dengan saya pon asyik nak marah2 je. Tiap hari kelua dengan kwn2 dia happy2, tapi blk rumah muka terus ketat. Anak2 langsung tak penah nak pegang. Buat macam bukan anak dia.
.
Mungkin dia marah sebab saya pregnant cepat sangat kot lps kawin. Atau mungkin sebab saya kerap sgt mintak blikan susu dan pampers. Mungkin dia dh benci kat saya..
.
Baru ni saya cuba gagahkan diri pegi pejabat agama kwsn cni. Cuba cari saluran yg betul untuk mengadu. Smpai 3 kali saya pegi, pegawai takde. Ustaz2 lain hanya memandang saya dengan sinis. "Puan mesti hadir bersama2 suami tak bole hadir sorang. Astaghfirullah puan, bergegar tiang arsy kalo puan fikir mahu cerai." Macam2 lagi. Saya hanya mahu mengadu, bukan nak cerai. Kalau dorang nak suruh kami suami isteri hadir kaunseling, saya sgt bersayaukur. Tolong lah panggil. Saya sgt harap mereka bantu apa sja pon takpe. Tapi takde apa2. Saya hanya pulang.
.
Sambung nangis di rumah.
.
Sekarang keta saya pon dh kene jual buat baya keta suami. Dh tak bole pegi pejabat agama lg. TAKboleh keluar kedai. Duit simpanan saya habis teros. Hari2 tgk anak2 nangis lapa, bagi susu sikit2 dan cair2 terpaksa jimat, pampers pon takde. Minta dengan suami bukan tak dpt, tapi lambat. Dia selalu dulukan keperluan sendiri dan belanja kwn2 dia. Nak mintak pon saya kene hati2 susun ayat, takot nt dia terguris lagi lambat nak dpt. Kadang2 saya terpaksa mintak adik saya dtg dari jauh blikan.
.
Sekali sekala bolehlah mintak tolong adik. Tapi nak kena pk cara menipu dan nak tepis soalan2 dorang. Tanggapan keluarga mertua lagi seolah2 saya ni isteri takreti berayukur.
.
Inilah ujian untuk saya. Mungkin takkan ada pengakhiran untuk derita saya ni.. saya redha. Cuma baru ni saya ada macam meracau sikit. Tapi alhamdulillah saya tersedar dan terus solat dan taubat banyak2. Saya berdoa semoga baby twin saya ni kuat dan tak jatuh sakit. TAKtahan saya tgk dorang nangis lapa. Saya hanya mampu nangis sama2 dorang setiap hari.. Itu sj. Terima kasih untuk semua yg sudi mendengar.
.
kredit : Kisah Rumah Tangga Fans
SERTAI KAMI DI TELEGRAM :
KONGSIKAN: